MUKAH: Sebuah anjung selera makanan laut akan dibina di Tapak Kaul Oya bagi menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat tarikan pelancong. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, anjung selera tersebut mengambil konsep anjung selera di Melaka yang menyajikan makanan laut. Mengikut konsep itu, makanan siap dimasak kepada pengunjung di pantai. […]
Jambatan Muara Lassa beri manfaat kepada warga Daro
DARO: Projek Jambatan Muara Lassa yang sedang rancak dibina akan memberi banyak manfaat kepada penduduk Daro dan sekitarnya. Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi berkata, masyarakat tidak akan membuang masa beratur menunggu feri apabila jambatan itu siap kelak. Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Berlanggar Meja Ramah Tamah Aidilfitri anjuran PIBG SK Pangtray dengan […]
Rumah terbuka Aidilfitri ADUN, Ahli Parlimen di Lundu
LUNDU: Seramai 1,000 orang hadir rumah terbuka Aidilfitri dua wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu, di sini, hari ini. Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Pehin Sri Adenan dan Ahli Parlimen Santubong yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri. […]
Lebih 200 sekolah daif dibaik pulih, tujuh sekolah baharu dibina
SIMANGGANG: Lebih 200 sekolah daif di Sarawak telah dibaikpulih oleh Kerajaan Negeri termasuk membina tujuh sekolah baharu bagi memberikan kemudahan pendidikan selesa kepada rakyatnya. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ee berkata, proses membaik pulih sekolah daif bukan perkara mudah terutama melibatkan kawasan-kawasan jauh dari pusat bandar dan mempunyai kesukaran dari […]
Sidang DUN: Usul tubuh pejabat pengurusan bersepadu tidak dibentang
KUCHING: Usul penubuhan pejabat pengurusan bersepadu (IMO) bagi menggabungkan pihak berkuasa bekalan air tidak akan dibentangkan pada Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan datang. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, usul itu sedang diusahakan dan sebarang butiran akan dibentangkan kemudian. “Buat masa ini, ia hanya menjadi pejabat kecil dengan dua […]
Dewan sebarguna SK Kampung Pangtray bakal dilaksana tahun ini
DARO: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan berjumlah RM350,000 bagi membina sebuah dewan serbaguna baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pangtray di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, peruntukan itu disalurkan melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP). “Dewan itu bakal dimanfaatkan untuk pelbagai program dan aktiviti seperti perhimpunan; majlis rasmi sekolah; pembelajaran; pertandingan […]
Draf MoU salur peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang sedang dirangka
KOTA SAMARAHAN: Draf Memorandum Persefahaman (MoU) penyaluran peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang sedang dirangka. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, draf itu akan diagih kepada pembangkang untuk mereka menilai inti pati draf berkenaan dipersetujui atau dipinda setelah siap kelak. “Kita perlu melakukan proses mendraf dengan teliti sebelum draf MoU itu diagihkan kepada pembangkang. […]
Cadangan setiap sekolah wujudkan televisyen pintar
SIBU: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat mencadangkan supaya Kerajaan Sarawak mempertimbangkan memberikan dana bagi mewujudkan televisyen pintar di setiap sekolah di negeri ini. Timbalan Menteri Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, ini bagi memudahkan guru mengajarkerana merupakan satu keperluan. “Sekolah-sekolah agama kita telah memulai programnya seterusnya kita akan ke […]
Wujudkan lebih banyak PAWE di Sarawak
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggalakkan warga Sarawak menubuhkan lebih banyak Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di negeri ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, sebanyak 13 PAWE sudah ditubuhkan di negeri ini setakat ini. Ia bertujuan memberi kemudahan dan peluang kepada warga emas berkumpul untuk mengadakan […]
KPWKM sedia pelbagai bantuan ringankan beban rakyat
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan pelbagai bantuan bagi membantu mereka yang memerlukan terutama yang diuji dengan musibah. Menterinya Dato Sri Nancy Shukri berkata, di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terdapat bantuan untuk membantu mangsa yang diserang binatang buas. “Kita telah sediakan bantuan secara ‘ad-hoc’ sahaja untuk mereka membeli makanan dan minuman. “Tetapi […]
