Month: April 2024

PERKIM disaran usahakan produk makanan tradisi

LAWAS: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Lawas digalak menjalankan perusahaan ekonomi berasaskan produk makanan tradisi di kawasan ini. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, ini kerana banyak produk makanan tradisi di Lawas boleh diusahakan secara kecil-kecilan dahulu. “Banyak produk tradisi seperti sambal tahai boleh diusaha tetapi mesti mematuhi kualiti pasaran […]

Sarawak belajar dari Jepun, bina pelabuhan baharu di laut

KUCHING: Sebuah pelabuhan baharu dicadang akan dibangunkan di Tanjung Embang bagi mengurangkan kebergantungan kawasan Kuching terhadap Pelabuhan Senari. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelabuhan baharu itu akan mengguna pakai konsep di Jepun, akan dibina di laut. “Pelabuhan tersebut tidak akan dibangunkan di kawasan tanjung tetapi sebalik akan berada di […]

IGPS masih dilaksana bantu pelajar beli tiket penerbangan

KUCHING: Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (IGPS) masih dilaksanakan bagi meringankan beban pelajar Sarawak di Semenanjung membeli tiket penerbangan untuk pulang ke negeri ini. Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, ini terutamanya musim perayaan utama termasuk Hari Raya. “Itu (IGPS) masih lagi dilaksanakan setiap tahun untuk pelajar kita, saya belum ada datanya […]

Tarif elektrik Sarawak dikekal

KUCHING: Sarawak akan terus mengekalkan kadar tarif elektrik sedia ada dan tidak bercadang mengubah kadar itu. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, kadar ini dikekalkan walaupun tarif elektrik di Semenanjung telah diselaraskan. “Setakat ini seperti yang ada sekarang. Kita belum ada ( cadangan ubah tarif elektrik),” katanya. Beliau berkata demikian di Majlis […]

Kerajaan lulus pembangunan semula Kampung Datu

SIBU: Kawasan Kampung Datu, Sibu akan dibangun semula di bawah perancangan pemodenan yang akan dilaksanakan kerajaan negeri. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek pembangunan tersebut diluluskan menyaksikan Kampung Datu akan dimodenkan. Bagaimanapun, ia akan mempertahankan ciri-ciri budaya yang ada di kampung tersebut dan sekitarnya. Mengambil konsep pembangunan kawasan perumahan […]

Perpaduan, kesetiaan rakyat bantu ubah Sarawak ke arah progresif, makmur

KUCHING: Amalan ziarah menziarahi rumah terbuka semasa perayaan Hari Raya perlu diteruskan bagi merapatkan silaturahim. Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perayaan itu adalah masa yang sesuai untuk menjalin hubungan baik tanpa mengira bangsa dan agama sekali gus mengukuhkan perpaduan dalam membangun Sarawak. “Perpaduan, keharmonian dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi banyak membantu […]

Pendidikan percuma untuk kesejahteraan rakyat

KUCHING: Usaha Kerajaan Sarawak menyediakan pendidikan percuma di semua institut pendidikan tinggi awam (IPTA) negeri menjelang 2026 amat dialukan. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau amat mengalu-alukan kepimpinan Premier Sarawak menyediakan pendidikan percuma. Katanya, langkah Kerajaan Sarawak memberikan tumpuan dalam memperkasakan bidang pendidikan adalah sesuatu yang tepat […]

Masyarakat diajak kekal bersatu padu, elak perpecahan

KUCHING: Masyarakat Sarawak dinasihat agar tidak terpengaruh tindak-tanduk masyarakat di tempat lain yang cenderung melihat perbezaan agama dan keturunan. “Begitu cenderung melihat perbezaan daripada unsur-unsur penyatuan berkaitan isu-isu yang berkisar tentang agama dan keturunan hampir setiap hari,” kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam Perutusan Hari Raya 2024. Sebaliknya, Abang […]

Program Ngunting Rambut Pake Raya DUN Lingga

SIMANGGANG: Dianggarkan lebih 800 orang penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga hadir Program Ngunting Rambut Pake Raya’ di Mini Stadium Sri Aman, di sini, hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor menganjurkan pogram gunting rambut percuma yang bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang. “Program kedua kalinya ini merupakan […]