Month: May 2024

Kakitangan, pelajar UTS bantu komuniti, terapkan nilai perpaduan

SIBU: Kakitangan dan pelajar Universiti Teknologi Sarawak (UTS) digalak memberikan sumbangan komuniti dalam usaha meringankan beban golongan sasar. Menurut Naib Canselor UTS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid, ia penting untuk memberi bakti kepada komuniti terutamanya mereka yang memerlukan seperti penghuni rumah anak yatim dan rumah jagaan warga emas. “Kita tidak boleh melupakan mereka yang […]

Insentif untuk atlet Sarawak menang pingat emas SUKMA XXI – Abang Johari

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menimbang memberi insentif kepada atlet Sarawak yang mendapat pingat emas dalam acara Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak pada Ogos depan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana Sarawak mempunyai program pemberian insentif kepada atlet yang menang pingat di temasya sukan. “Memang kita ada program insentif […]

Sungai Gaat projek rintis empangan melatar

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersama Sarawak Energy sedang mengkaji dan mengenal pasti 11 lembangan sungai yang berpotensi untuk pembangunan sumber tenaga melatar. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Abdul Rahman Junaidi berkata, sebagai permulaan, Sungai Gaat, Kapit telah dipilih sebagai projek rintis untuk mengkaji kemampanan pelaksanaan empangan melatar. Projek itu hanya akan dilaksanakan sekiranya mendapat persetujuan […]

Pengisian jawatan guru di Sarawak meningkat

KUCHING: Kerajaan Sarawak membentangkan 15 perkara Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kepada Kerajaan Persekutuan bagi menurunkan kuasa dalam bidang pendidikan. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, ia adalah sebahagian daripada MA63 dalam rangka kerja perenggan 17 Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962. “Ketika ini, kementerian saya dan Kementerian Pendidikan […]

Jalan akses ke LTAK dijangka siap 2026

KUCHING: Projek pembinaan jalan akses ke kawasan selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bernilai RM266 juta dijangka siap pada suku kedua 2025. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, projek itu nanti akan melibatkan pembinaan tiga jambatan konkrit. “Ia merupakan antara beberapa projek pembangunan infrastruktur sebagai perancangan strategik […]

Sarawak tuntut kerusi Parlimen ditambah – Sharifah Hasidah

KUCHING: Sarawak akan terus menuntut untuk menambahkan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak. Timbalan Menteri Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Negeri-Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali bagaimanapun berkata, beliau tidak dapat menyatakan bila ia dapat dicapai. “Saya tidak boleh nyatakan bila ia akan tercapai, tetapi kita akan terus menuntut hak itu,” katanya […]

Kebijaksanaan Almarhum Tun Taib kukuhkan Parti PBB – Abdullah Saidol

KUCHING: Kebijaksanaan bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ketika memegang tampuk pimpinan menjadi asas yang mengekalkan keharmonian politik di negeri ini. Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol berkata, beliau merasa bangga berkhidmat menjadi Ketua Setiausaha Politik kepada Abdul Taib […]

Program SejaTi Madani perkasa ekonomi usahawan kampung

DARO: Program SejaTi Madani yang diperkenal Kerajaan Pusat menjadi platform memperkasakan ekonomi usahawan di kawasan kampung. Menurut Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi, di bawah program itu setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan diperuntukkan RM100,000 bagi melaksanakan Program Peningkatan Ekonomi di setiap kawasan masing-masing. Pengerusi JKKK boleh mengemukakan kertas kerja kepada pihak Pejabat […]

MVCC tangani bekalan elektrik ke Simunjan

KUCHING: Punca utama gangguan bekalanm elektrik di kawasan Simunjan ekoran talian pengagihan panjang yang terdedah kepada unsur-unsur luar. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Abdul Rahman Junaidi berkata, antaranya seperti keadaan cuaca buruk, sambarankilat, haiwan atau sentuhan pokok. “Bagi menangani masalah tersebut, sumber bekalan elektrik ke Simunjan dialih daripada pencawang Kota Samarahan ke pencawang Asajaya. […]