Month: May 2024

Perjuangan Almarhum Tun Taib dikenang, pacu pembangunan Sarawak -Abang Johari

KUCHING: Mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang kembali ke rahmatullah 20 Februari lalu, akan tetap dikenang pemimpin dan rakyat Sarawak. “Segala jasa, perjuangan dan pengorbanan Almarhum akan tetap dikenang oleh setiap pemimpin dan rakyat dalam memacu kemajuan Sarawak ke tahap yang lebih tinggi,”menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan […]

47 permohonan kewarganegaraan masih diproses

KUCHING: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak menerima sebanyak 50 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A, Perlembagaan Persekutuan dari Januari hingga Mac 2024. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, permohonan kewarganegaraan itu melibatkan kanak-kanak dan individu berusia 21 tahun ke bawah. Sementara, sebanyak tiga atau enam peratus permohonan terbabit sudah […]

RUU Perbadanan Perhutanan Sarawak (Pindaan) 2024 sokong pengambilan komuniti tempatan dalam pemuliharaan

KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) Perbadanan Perhutanan Sarawak (Pindaan) 2024 akan memberi manfaat kepada masyarakat yang terlibat dalam pemuliharaan hidupan liar. Safiee Ahmad (GPS- Daro), berkata, RUU membantu dalam memperkemas dan meningkatkan kecekapan pengurusan dalam pemuliharaan dan perlindungan hidupan liar Sarawak dan habitatnya. “RUU ini akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca […]

Masyarakat Melayu harus kuasai ilmu teknologi – Abang Johari

KUCHING: Masyarakat Melayu harus menguasai ilmu teknologi untuk bersaing dengan kaum lain, menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Tegasnya, hanya dengan menguasai teknologi ini, mereka mendapat penghormatan di persada dunia.  “Orang kita jangan ‘kalah bulu’ bak kata orang.  “Mereka juga sama seperti kita, jadi bacalah buku dengan banyak, tambah ilmu […]

RUU Perbadanan Perhutanan Sarawak (Pindaan) 2024 perkukuh usaha pemeliharaan alam sekitar

KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) Perbadanan Perhutanan Sarawak (Pindaan) 2024 akan memperhalusi, mengukuh dan meningkatkan rangka kerja undang-undang. Undang-undang itu bertujuanmengawal perlindungan dan pengurusan kawasan yang dilindungi dan hidupan liar di Sarawak. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, RUU itu juga memastikan tiada pertindihan tugas antara Jabatan Hutan Sarawak dan Perbadanan Perhutanan […]

Sarawak guna dana sendiri bina, naik taraf sekolah daif

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju membina dan menaik taraf sejumlah 100 sekolah daif di seluruh negeri. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek tersebut akan menggunakan dana Sarawak sendiri namun akan dibayar balik oleh Kerajaan Pusat. Menurut beliau, kerajaan negeri juga membangunkan lima sekolah antarabangsa menggunakan dana sendiri. Katanya, inisiatif tersebut […]

RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 dilulus

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 bertujuan menubuhkan pihak berkuasa mengurus, mengawal selia, mengawal dan mentadbir semua pelabuhan di Sarawak. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar mengumumkan kelulusan RUU itu setelah memperoleh undian sebulat suara pada hari […]

Bangunkan lebih banyak tarikan alam semula jadi

KUCHING: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) diharap membangunkan lebih banyak tarikan alam semula jadi melalui Rang Undang-Undang (RUU) Perbadanan Perhutanan Sarawak (Pindaan) 2024. Dato Dennis Ngau (GPS-Telang Usan) berkata, fungsi bertindih antara Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan SFC akan dihapuskan menerusi pindaan RUU itu. Katanya, ini akan membolehkan SFC memberi tumpuan kepada mandat terasnya untuk mengurus […]

Tiga kawasan berpotensi untuk penanaman padi

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak sedang menumpukan segala usaha untuk pembangunan industri padi di kawasan yang berpotensi untuk dimajukan secara komersial. Timbalan Menterinya, Datuk Martin Ben berkata, di Bahagian Limbang, antara kawasan yang telah dikenal pasti ialah Lembah Limbang, Sundar dan Merapok. “Memandangkan stesen percubaan padi Ukong Limbang mempunyai kawasan 0.32 […]

LPS tingkat pertumbuhan ekonomi baharu

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (GPS-Satok), Dato Ibrahim Baki yang menyokong penubuhan satu entiti Lembaga Pelabuhan Sarawak (LPS) mencadangkan supaya LPS itu dikenali sebagai Sport serupa dengan singkatan Sarawak Pay iaitu Spay Global. Dengan Pelabuhan Bintulu di bawah naungan LPS, beliau yakin Sarawak boleh menerokai potensi pelabuhan itu sepenuhnya dan menyusun strategi untuk kepentingan […]