Month: August 2024

Geran RM1.18 juta untuk lima PPDK di Sibu

SIBU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meluluskan geran berjumlah RM1.18 juta kepada lima Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bahagian Sibu tahun ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, bantuan kewangan itu bagi memastikan program dan aktiviti harian PPDK berjalan lancar. Katanya, ini termasuk program pemulihan dan pembangunan dengan […]

Lindungi hak kanak-kanak

SIBU: Program Advokasi Kanak-Kanak:Kasih Kanak-Kanak merupakan landasan penting untuk perkongsian mengenai perlindungan serta hak kanak-kanak. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, kanak-kanak berhak untuk mengetahui hak mereka sebagai kanak-kanak. “Sebab itu kita bersama dengan polis dan pihak berkaitan terutama yang menjalankan penguatkuasaan undang-undang untuk melindungi kanak-kanak. “Di situlah kita memberi […]

PETRONITA hulur sumbangan kepada NGO

BINTULU: Persatuan Isteri dan Kakitangan Wanita Petronas (PETRONITA) menyerahkan sumbangan kepada empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO), di sini, hari ini. Penerima ialah Persatuan Buah Pinggang Sarawak, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Persatuan Thalassemia Sarawak dan Wad Penjagaan Khas Taska Bintulu. Sumbangan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee. Ia merupakan kutipan yuran penyertaan aktiviti […]

Sarawak sasar bebas kanser serviks menjelang 2030

KUCHING: Sarawak mensasarkan muncul sebagai negeri bebas kanser pangkal rahim atau serviks menjelang 2030. Ke arah itu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian berkata, fokus kerajaan kini memberi penekanan kepentingan pencegahan dan pengurusan penyakit tersebut, daripada sekadar membina lebih banyak hospital kanser. Katanya, kanser serviks adalah jenis kanser pertama yang boleh […]

26 wanita berjaya dibukukan dalam Wanita Sarawak 2024

KUCHING: Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak menerbitkan sebuah buku Wanita Sarawak 2024 bertajuk “Sarawak Women in Innovation And Technology”. Menteri Kebajikan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini selaras dengan tema sambutan Hari Wanita Sarawak 2024 di RH Hotel, Sibu pada 10 Ogos lalu. Katanya, buku terbabit mengetengahkan 26 inovator […]

Malam Pentas Komuniti Mukah meriah, padat pelbagai aktiviti

MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) membawa kemeriahan kepada warga Kampung Petanak di sini dengan menganjurkan Malam Pentas Komuniti bertempat di Dewan Masyarakat Kampung Petanak pada malam tadi. Program sempena Hari Bersama Komuniti 2024 Daerah Mukah itu mendapat sambutan daripada penduduk yang dimeriahkan dengan dua acara utama iaitu Pertandingan Karaoke dan Pertandingan Ratu Ibu. Aktiviti […]

SUKMA XXI: Habuan besar menanti pemenang emas Sarawak

KUCHING: Atlet Sarawak yang berjaya memenangi pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 bakal menerima durian runtuh daripada Kerajaan Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan jumlah habuan bakal diterima atlet Sarawak yang memenangi pingat emas mungkin lebih baik berbanding yang ditawarkan oleh negeri-negeri lain. Beliau […]

Sarawak tubuh SISCOM, pacu perkembangan teknologi satelit

KUCHING: Sarawak akan menubuhkan Jawatankuasa Industri Angkasa dan Satelit (SISCOM). Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata jawatankuasa itu ditubuhkan kementerian terbabit bersama agensi berkaitan dan akan dipengerusikan beliau sendiri. Katanya antara agensi itu ialah seperti Sarawak Multimedia Authority (SMA), Measat Global Berhad (MEASAT), Jabatan Tanah dan Survei(JTS) dan Jabatan Peguam Negara Sarawak. […]

Tak perlu minta kerusi percuma daripada GPS – Abdul Karim

KUCHING: Sokongan padu rakyat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya negeri (PRN) lalu menunjukkan rakyat Sarawak tidak menerima pihak (parti) dari luar. Naib Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, justeru mereka tidak sepatutnya meminta kerusi secara percuma daripada GPS. “GPS masih mendapat sokongan padu rakyat […]

Lawatan ke Sejong terokai peluang kerjasama

SEOUL, Korea Selatan: Rombongan dari Sarawak yang diketuai Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semalam melawat Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga (MOTIE) di Sejong, Korea Selatan. Lawatan itu bagi menerokai peluang projek usahasama atau inisiatif yang ada kaitan dengan kepentingan kedua-dua wilayah meningkatkan daya saing perusahaan pasaran-tengah untuk mengembangkan perdagangan di peringkat […]