Month: October 2024

Naik taraf gelanggang futsal Kampung Warisan sudah siap

BINTULU: Gelanggang futsal Kampung Warisan di sini siap dinaik taraf melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak bernilai RM350,000. Projek terbabit meliputi kerja melengkapkan gelanggang dengan bumbung dan tandas serta lampu bagi penduduk dapat menggunakan kemudahan itu waktu malam. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, ini merupakan […]

Jangan mudah diperdaya ‘love scam’

SARATOK: Golongan pesara dinasihati supaya sentiasa berhati-hati dengan iklan serta tawaran lumayan perniagaan tidak wujud yang akhirnya akan merugikan mereka sendiri. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, sejak kebelakangan ini golongan pesara kerajaan sering menjadi sasaran sindiket penipuan ‘love scam’ kerana menyedari kumpulan berkenaan memiliki banyak wang simpanan. “Banyak berita telah kita […]

‘Lipan’ bakal ubah wajah industri kelapa sawit

SUBIS: Mesin penuai buah sawit hasil inovasi Sarawak Plantation Berhad (SPB) bakal menjadi ‘game changer’ dalam keseluruhan industri kelapa sawit di negeri ini.  Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mesin diberi nama ‘lipan’ yang direka SPB hasil kolaboratif dengan pihak China itu akan membawa perubahan besar terhadap industri kelapa sawit. […]

Penubuhan sayap belia Parti PBB perkukuh peranan belia

BINTANGOR: Penubuhan sayap belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan memperkukuhkan peranan dan masa depan golongan belia khususnya di negeri ini. Menurut Timbalan Menteri Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS, Datuk Abdullah Saidol, beliau yakin langkah ini akan diikuti oleh rakan-rakan parti komponen lain dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS). Beliau pada masa sama menasihati pemimpin […]

Sarawak perlukan tenaga guru tempatan

LUNDU: Sarawak memerlukan tenaga guru tempatan dan bukan bersikap anti Semenanjung Malaysia, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Abang Johari yang meluahkan rasa kecewa apabila janji Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk mengutamakan pengambilan guru latihan dari Sarawak tidak ditunaikan berkata, beliau menyerahkan kepada Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat untuk […]

Sarawak lancar Akademi Aeroangkasa

LUNDU: Kerajaan Sarawak embangunkan industri aeroangkasa di negeri ini dengan melancarkan Akademi Aeroangkasa di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Lundu. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, akademi tersebut bukan sahaja menumpukan industri penerbangan malah meliputi bidang angkasa lepas. Beliau turut mencadangkan agar nama Akademi Penerbangan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak CENTEXS […]

Pembinaan bangunan baharu SK Kampung Bahagia Jaya Teku dijangka siap lebih awal

SIBU: Projek pembinaan blok bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bahagia Jaya Teku kini 1.39 peratus mendahului jadual. Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, Datuk Aidel Lariwoo, projek yang bernilai RM2.75 juta itu dijangka dapat siap lebih awal berbanding jadual asal Mei 2026. “Projek ini melibatkan sebuah blok bilik darjah terdiri dari enam bilik […]

Sarawak tuan rumah Sukan Olimpik Khas Kebangsaan 2025

KUCHING: Sarawak akan menganjurkan temasya Sukan Olimpik Khas Kebangsaan, di sini, tahun depan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, jawatankuasa Olimpik Khas Malaysia telah merisik Sarawak untuk menjadi tuan rumah bagi temasya sukan terbabit. “Saya sebagai Pengerusi Special Olympics Sarawak memaklumkan kita akan menganjurkan Sukan Olimpik Khas Kebangsaan 2025 […]

Sarawak tunai janji, agih lebih RM2 juta insentif kepada atlet Para SUKMA

KUCHING: Kejayaan Sarawak mengotakan janjinya apabila mengagihkan ‘durian runtuh’ berjumlah RM2,256,900 kepada atlet Para SUKMA. Habuan itu susulan kejayaan mereka memenangi edisi ke-21 pada September lalu. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, jumlah tersebut melebihi jumlah insentif diterima atlet SUKMA berjumlah RM1.84 juta, menjadikan jumlah keseluruhan insentif yang diagihkan melebihi […]