Month: November 2024

148 penerima terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

KUCHING: Seramai 148 penerima termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikurniakan Pingat dan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Sarawak hari ini. Istiadat disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya, di sini, hari ini. Mendahului senarai penerima ialah Ahli Parlimen Batang […]

Transformasi pertanian rangsang ekonomi Sarawak

KUCHING: Transformasi pertanian dengan menjadikannya sebagai perusahaan perniagaan penting untuk merangsang ekonomi Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, sektor pertanian menyumbang kira-kira RM15 bilion atau 10.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak pada 2023. Menyifatkan pertanian sebagai intervensi, beliau berkata sektor itu boleh […]

53 penduduk Bukit Kinyau terima TOL

SARIKEI: Seramai 53 penerima menerima Lesen Pendudukan Sementara (TOL) bagi Skim Pembesaran Kampung (SPK) Bukit Kinyau dekat sini, hari ini. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh menyerahkan surat itu yang berlangsung di Dewan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei di sini. Berucap pada majlis itu, Len Talif berkata, […]

UKAS janjikan perubahan, lebih agresif tahun depan

KUCHING: Gerak kerja Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) akan berubah dan lebih agresif pada tahun hadapan sebagai usaha meningkatkan mutu penyampaian maklumat kepada masyarakat. Ia ditegaskan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol sambil menambah beberapa penstrukturan semula dalam organisasi UKAS akan dilakukan. Menurutnya, pendekatan ini termasuk […]

Sarawak muktamadkan pengambilan MASwings bulan depan – Premier

KUCHING: Sarawak akan memuktamadkan pengambilan syarikat penerbangan MASwings pada bulan depan, menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Katanya, pengambilalihan anak syarikat Malaysian Aviation Group (MAG) itu penting bagi mempromosikan Sarawak kepada komuniti perniagaan dan pelancong luar. “Dengan memiliki lapangan terbang yang dibangunkan dengan baik, keseluruhan ekosistem Sarawak akan dapat dilaksanakan, […]

DBKU anjur karnival tingkat kesedaran kesihatan, alam sekitar

KUCHING: Karnival Kesihatan dan Kelestarian Alam Sekitar anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjaga kesihatan dan alam sekitar. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ini melalui aktiviti karnival seperti pertandingan fesyen kitar semula dan pemeriksaan kesihatan termasuk tekanan darah dan tahap gula dalam darah. […]

Program pendidikan STEM di sekolah seluruh Sarawak

LAWAS: Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (SABATI) merancang mengadakan program pendidikan Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (STEM) kepada pelajar sekolah seluruh Sarawak. Ini menggunakan sumbangan kewangan kepada program itu daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebanyak RM1.3 juta. Timbalan Presiden SABATI, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud berkata, Petros juga menyumbang […]

Projek laluan berkembar bakal pacu pembangunan Jepak

BINTULU: Pembinaan laluan berkembar dari Jambatan Bintulu-Jepak hingga ke Lapangan Terbang Bintulu bakal memacu pembangunan di kawasan Jepak. Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, projek tersebut telah diluluskan dalam mesyuarat Kabinet Sarawak. Menurutnya, ia merupakan perancangan rapi bagi membangunkan kawasan Jepak secara terancang. “Kita akan sambungkan (rangkaian jalan) dari Jambatan Bintulu-Jepak ke […]