KUCHING: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan LAKU ManagementSdn Bhd (LAKU), di sini, semalam. MoU itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin dengan Ketua Pegawai Eksekutif LAKU, IR. TS. Daneil Punang. Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata,pihaknya menyambut baik kerjasama ini kerana memberi nilai tambah kepada […]
Pertandingan Kumang peragakan pakaian tradisional masyarakat Iban
KAPIT: Pertandingan Kumang akan menampilkan wanita terbaik untuk memperagakan budaya masyarakat Iban kepada dunia. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ini kerana peserta pertandingan itu akan memperagakan pakaian tradisional masyarakat Iban termasuk ‘ngepan’, ‘sugu tinggi’, kraftangan dan banyak lagi. “Kumang bermaksud wanita yang cantik dan berkebolehan. Kita mahu menghantarkan yang terbaik untuk […]
Dasar pendidikan tinggi percuma utamakan kebolehpasaran graduan
KUCHING: Kerajaan Sarawak masih mengkaji kursus yang akan ditawarkan melalui dasar pendidikan tinggi secara percuma yang akan dilaksanakan pada 2026. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, ini bagi memastikan graduan anak Sarawak mempunyai kadar kebolehpasaran yang tinggi. ”Apa yang pasti ialah penentuan kursus-kursus ini berdasarkan kepada keperluan tenaga kerja […]
Pogram Jom Masuk U Zon Sarawak 2024 bantu pelajar ke IPT
KUCHING: Program Jom Masuk U Zon Sarawak 2024 amat relevan dalam membantu pelajar membuka mata terhadap pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT). Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ini kerana banyak kursus pengajian ditawarkan di peringkat IPT untuk dirujuk dan dapatkan khidmat nasihat terus dari IPTA atau IPTS […]
Rangkaian 5G dilaksana mulai 15 Jun depan
KAPIT: Penduduk di sini, akan menerima manfaat menerusi pemasangan capaian rangkaian 5G pada 15 Jun depan. Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, Digital Nasional Berhad (DNB) telah menjalankan kerja-kerja awal membawa fasiliti dari Kuala Lumpur ke bandar ini. Katanya, DNB akan memasang 5G di atas menara Majlis Daerah Kapit (MDK) dan akan diselaraskan […]
Kongsi budaya dan tradisi kaum Dayak kepada dunia
SPAOH: Sambutan Gawai Dayak yang akan datang menjadi platform mempamerkan kekayaan budaya dan tradisi kaum Dayak kepada dunia. Sehubungan itu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mahu usaha dipergiatkan lagi bagi mendedahkan warisan ini kepada orang ramai. Oleh itu katanya, usaha harus dilakukan untuk mengekalkan tradisi lisan seperti ‘Biau’ (nyanyian berkat), ‘Renung’ (kepercayaan […]
Mutang tokoh berjiwa rakyat, banyak berjasa kepada Sarawak – Premier
MIRI: Sarawak telah kehilangan tokoh yang banyak berjasa kepada negeri ini dan Malaysia susulan pemergian mantan Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, Jumaat lalu. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari menyifatkan mendiang sebagai tokoh berjiwa rakyat dan berprinsip. Katanya, mendiang juga sangat memperjuangkan perpaduan erat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan […]
MYSED sokong persatuan sukan anjur kejohanan bertaraf dunia di Sarawak
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menyokong mana-mana persatuan sukan untuk menganjurkan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa di negeri ini. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada kesanggupan persatuan sukan untuk membawa penganjuran bertaraf dunia ke negeri ini. “Kita akan terus menyokong penganjuran seperti ini. Kalau mereka […]
Misi rampas kejuaraan SUKMA
BINTULU: Sarawak perlu memanfaatkan kelebihan sebagai tuan rumah untuk merampas kembali kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 selepas kali terakhir dinobatkan juara pada 30 tahun lalu. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kali terakhir Sarawak menjadi juara temasya sukan dwitahunan itu pada 1994 dan kini peluang itu kembali […]
GPS akan usul cadangan kepada SPR semakan semula kawasan DUN
KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengusulkan beberapa pandangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung semakan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Premier Sarawak merangkap Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari berkata perkara itu akan dibincangkan bersama pihak SPR pada tahun ini. “Mungkin tahun ini akan ada semakan semula konstituensi di Sarawak. […]
