KUCHING: Geran modal pemerkasaan wanita Sarawak memberi manfaat kepada 1,274 penerima pada tahun lalu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia membabitkan jumlah keseluruhan bernilai RM2.5 juta. Katanya, penyaluran geran itu bagi membantu meningkatkan produktiviti perniagaan usahawan wanita Sarawak melalui penambahbaikanperalatan perniagaan mereka. “Geran itu telah berhasil meningkatkan pendapatan […]
Sebuyau zon tanam kelapa, Bau-Pdawan kopi
KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak mengisytiharkan Daerah Sebuyau sebagai kawasan tanaman kelapa dan Bau-Padawan sebagai kawasan tanaman kopi. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, berkata, ini bagi memastikan bekalan bahan mentah mencukupi untuk industri hiliran makanan berasaskan kelapa dan kopi. Bagi kawasan tanaman kelapa, […]
Perarakan Gawai Dayak Peringkat Negeri berlangsung 15 Jun ini
KUCHING: Sebanyak 110 kontinjen melibatkan 3,3300 peserta bakal menyertai Perarakan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2024 yang akan berlangsung pada 15 Jun ini, di sini. Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Billy Sujang berkata, perarakan yang dijadual jam 2 petang itu bermula dari bangunan Tun Jugah dan berakhir di pentas utama di Tebingan Sungai Kuching sejauh 1.3 kilometer […]
Piala Pickleball Gawea DUN Serembu tawar hadiah lumayan
KUCHING: Pertandingan sukan pickleball tertutup sempena perayaan Gawai Dayak “Piala Pickleball Gawea” julung kali diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu pada 15 Jun depan. Acara akan berlangsung di Dewan Masyarakat Siniawan, Bau menawarkan hadiah sebanyak RM4,000 berserta piala dan pingat. Pertandingan itu bakal disertai 12 pasukan terdiri dari kelab pickleball sekitar bahagian Kuching. Ahli […]
Pelancongan jana pendapatan RM9.99 bilion 2023
KUCHING: Seramai 3.92 juta pelancong melawat Sarawak pada 2023 dan menjana pendapatan RM9.99 bilion iaitu meningkat 101.41 peratus, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Beliau berkata, jumlah kedatangan pelancong itu meningkat 93.82 peratus berbanding tempoh sama 2022 yang menyumbang kira-kira 7.11 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar […]
Chong tidak konsisten suarakan pendapat – Fazzrudin
KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen diingatkan tidak menimbulkan persepsi yang mengelirukan pelbagai pihak. Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman berkata, Chong disifatkan tidak konsisten dalam menyuarakan pendapat. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupongdalam kenyataannya berkata, beliau agak terkejut dengan hujah Chong yang mendakwa dirinya […]
Penghormatan terakhir kepada Mutang
MIRI: Suasana hiba dan pilu menyelubungi upacara pengebumian jasad mantan Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal di Tanah Perkuburan Fairy Park Miri Memorial hari ini. Figura masyarakat Lun Bawang itu selamat disemadikan pada jam 3 petang dengan dihadiriahli-ahli keluarga, kenamaan serta sanak saudara yang memberi penghormatan terakhir. Terdahulu, upacara penghormatan terakhir kepada mendiang […]
PETROS beli gas asli daripada pengeluar gas huluan mulai 1 Julai depan
KUCHING: PETROS bakal membeli gas asli dihasilkan di Sarawak dari semua pengeluar gas huluan mulai 1 Julai depan. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata, PETROS akan menjual gas itu kepada semua pembeli gas hiliran termasuk loji pemprosesan Gas Asli Cecair (LNG) di Sarawak. “Ia membolehkan pembekalan LNG secara berterusan oleh pihak loji […]
Pendidikan percuma: Beberapa jurusan akan ditawar sesuai kebolehpasaran kerja
KUCHING: Pelbagai perkara terutama membabitkan kewangan perlu diteliti sebelum pelaksanaan dasar pendidikan tinggi percuma untuk anak Sarawak yang bakal dilaksanakan pada 2026. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, ia susulan pelaksanaan dasar itu perlu mengambil kira kedudukan kewangan negeri serta lain-lain perbelanjaan sebelum dilaksanakan. “Kita bukan sekadar melihat […]
Lapan sekolah daif dipilih sebagai projek projek baik pulih, guna dana Sarawak
KUCHING: Kerajaan Sarawak bakal menjalankan projek baik pulih lapan sekolah daif di negeri ini menggunakan dana kerajaan negeri terlebih dahulu. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, sebanyak RM5 juta dana diperuntukkan bagi pelaksanaan projek baik pulih di setiap sekolah tersebut. “Antara sekolah yang dipilih ialah SMK Agama Sibu, […]
