LAWAS: Masalah penyalahgunaan dadah kini menular sehingga ke kawasan pedalaman Lawas. Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, masalah itu bukan hanya berlaku di kawasan bandar sahaja. “Ia menjalar hingga ke pedalaman seperti di Ba kelalan,” katanya ketika majlis perjumpaan dengan Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Datuk Yahya Sulaiman, di sini, baru-baru ini. […]
Sumbangan RM10,000 kepada Kelab KEMAS Lubok Antu
SRI AMAN: Kelab Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Lubok Antu menerima sumbangan peruntukan sebanyak RM10,000 di Eden Restaurant, di sini, semalam. Sumbangan terbabit daripada Ahli Dewan Negara, Senator Susan Chemerai Anding yang juga Setiausaha Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Beliau menyampaikan sumbangan ketika Majlis Sekalung Budi Seindah Kenangan anjuran KEMAS Lubok Antu bagi mengenang budi […]
Laksana tanggungjawab demi kesejahteraan masyarakat
DARO: Pemimpin peringkat akar umbi harus melaksanakan tanggungjawab demi kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Dalam hal ini, pemimpin masyarakat perlu bijak mengurus setiap isu atau permasalahan yang timbul di kampung masing-masing bagi memenuhi keperluan dan kepentingan penduduk secara menyeluruh. Demikian ucapan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal-Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol semasa […]
Cadangan bina anjung selera makanan laut di Tapak Kaul Oya
MUKAH: Sebuah anjung selera makanan laut akan dibina di Tapak Kaul Oya bagi menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat tarikan pelancong. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, anjung selera tersebut mengambil konsep anjung selera di Melaka yang menyajikan makanan laut. Mengikut konsep itu, makanan siap dimasak kepada pengunjung di pantai. […]
Jambatan Muara Lassa beri manfaat kepada warga Daro
DARO: Projek Jambatan Muara Lassa yang sedang rancak dibina akan memberi banyak manfaat kepada penduduk Daro dan sekitarnya. Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi berkata, masyarakat tidak akan membuang masa beratur menunggu feri apabila jambatan itu siap kelak. Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Berlanggar Meja Ramah Tamah Aidilfitri anjuran PIBG SK Pangtray dengan […]
Rumah terbuka Aidilfitri ADUN, Ahli Parlimen di Lundu
LUNDU: Seramai 1,000 orang hadir rumah terbuka Aidilfitri dua wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu, di sini, hari ini. Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Pehin Sri Adenan dan Ahli Parlimen Santubong yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri. […]
Lebih 200 sekolah daif dibaik pulih, tujuh sekolah baharu dibina
SIMANGGANG: Lebih 200 sekolah daif di Sarawak telah dibaikpulih oleh Kerajaan Negeri termasuk membina tujuh sekolah baharu bagi memberikan kemudahan pendidikan selesa kepada rakyatnya. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ee berkata, proses membaik pulih sekolah daif bukan perkara mudah terutama melibatkan kawasan-kawasan jauh dari pusat bandar dan mempunyai kesukaran dari […]
Sidang DUN: Usul tubuh pejabat pengurusan bersepadu tidak dibentang
KUCHING: Usul penubuhan pejabat pengurusan bersepadu (IMO) bagi menggabungkan pihak berkuasa bekalan air tidak akan dibentangkan pada Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan datang. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, usul itu sedang diusahakan dan sebarang butiran akan dibentangkan kemudian. “Buat masa ini, ia hanya menjadi pejabat kecil dengan dua […]
Dewan sebarguna SK Kampung Pangtray bakal dilaksana tahun ini
DARO: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan berjumlah RM350,000 bagi membina sebuah dewan serbaguna baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pangtray di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, peruntukan itu disalurkan melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP). “Dewan itu bakal dimanfaatkan untuk pelbagai program dan aktiviti seperti perhimpunan; majlis rasmi sekolah; pembelajaran; pertandingan […]
Draf MoU salur peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang sedang dirangka
KOTA SAMARAHAN: Draf Memorandum Persefahaman (MoU) penyaluran peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang sedang dirangka. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, draf itu akan diagih kepada pembangkang untuk mereka menilai inti pati draf berkenaan dipersetujui atau dipinda setelah siap kelak. “Kita perlu melakukan proses mendraf dengan teliti sebelum draf MoU itu diagihkan kepada pembangkang. […]
