Year: 2024

Wanita muda sasaran Love Scam

LAWAS: Ceramah antiscam merupakan sebahagian daripada program mengelak golongan wanita mudah diperdayakan scammer berhubung penipuan pelaburan yang tidak wujud dan tawaran gaji lumayan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, program itu kebiasaannya dianjurkan bersama Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk memberi kesedaran kepada golongan […]

Penduduk Bukit Engkerbai, Lubok Bemban terima bantuan makanan

MUKAH: Sebanyak 379 pek bantuan makanan dihantar kepada penduduk kawasan Bukit Engkerbai dan Lubok Bemban, di sini, hari ini. Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Agensi Pertahanan Awam (APM) Mukah, kawasan terbabit terputus perhubungan jalan akibat kenaikan paras air di Nanga Tajam. Ini menjejaskan sebanyak 19 rumah panjang dan dua sekolah iaitu SK Bukit Engkerbai dan […]

Inisiatif bantuan ringankan beban pesakit buah pinggang

LAWAS: Inisiatif Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP) Kerajaan Sarawak kini turut diperluaskan kepada penduduk di kawasan luar bandar seperti Lawas. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak itu bagi membantu meringankan beban kewangan pesakit buah pinggang terutama golongan B40 di negeri ini. Melalui […]

Projek Jambatan Batang Igan dahului jadual, bakal siap 2025

MUKAH: Projek pembinaan Jambatan Batang Igan kini siap 0.90 peratus mendahului jadual dan dijangka siap pada April 2025. Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, kemajuan projek kini mencapai 60.77 peratus berbanding jadual 59.87 peratus. “Kerajaan Sarawak akan terus memantau projek pembinaan jalan pesisir Sarawak bagi memastikan kontraktor dilantik menyiapkan […]

Projek tukun tiruan bantu jana pendapatan nelayan

KABONG: Projek tukun tiruan yang dilabuhkan di Sarawak khususnya di Kabong mampu memberi manfaat kepada nelayan termasuk biodiversiti marin. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir berkata, ia susulan projek berkenaan boleh mengurangkan aktiviti pencerobohan nelayan pukat tunda di kawasan zon tangkapan nelayan. “Ini adalah usaha baik bagimeningkatkan sumber ikan seterusnya membantu meningkatkan […]

Dedahkan ilmu keselamatan kebakaran kepada pelajar sekolah

SARATOK: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.38 Kalaka akan menumpukan kepada pelajar sekolah bagi menyertai kempen keselamatan kebakaran. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok. “Kanak-kanak perlu didedahkan dengan ilmu keselamatan kebakaran atau kebombaan sejak di bangku sekolah lagi,” katanya ketika […]

Program kesedaran bendung gangguan seksual di sekolah perlu diwujud

KOTA SAMARAHAN: Program kesedaran bagi menangani isu gangguan seksual di sekolah perlu diwujudkan. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato Sri Nancy Shukri terdapat banyak kes yang berlaku tidak dilaporkan menyebabkan kes gangguan seksual berlaku dalam kalangan guru, keluarga dan pelajar. “Banyak kes-kes berlaku tidak dilaporkan, oleh itu program seperti ini kita bawa ke […]

STIDC, MPMA jalin kerjasama perkasa industri perkayuan

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) dan Persatuan Pekilang Panel Malaysia (MPMA) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkasakan industri perkayuan. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Bandar & Sumber Asli II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, MoU ini mewujudkan ruang bagi STIDC untuk menjalin kerjasama strategik dengan MPMA berhubung latihan sambil kerja […]

Perarakan usungan perlu diterus, perkenal pada generasi muda

KABONG: Perarakan usungan di Majlis Khatamal Al-Quran perlu diteruskan sebagai tradisi turun temurun masyarakat di pesisir Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, ini kerana masih terdapat masyarakat terutamanya generasi muda yang belum pernah kenal budaya unik ini. “Sedikit sebanyak ia mempromosikan keunikan Kabong khasnya dan Sarawak amnya kepada umum,” katanya […]

Taman Rekreasi Sundar dijangka siap April depan

LAWAS: Projek Taman Rekreasi Sundar Peacefullness di sini dijangka siap April tahun ini untuk fasa pertama. Fasa pertama membabitkan komponen ruang niaga, taman permainan dan sukan lasak serta laluan untuk berbasikal. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menjelaskan, projek taman terbabit bernilai lebih RM5 juta akan bersambung dengan projek Tebingan Sungai Sundar. […]