Year: 2024

Projek infrastruktur pertanian Stumbin dijangka siap 2027

LINGGA: Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terus membangunkan infrastruktur pertanian di kawasan Stumbin. Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli berkata, antaranya KPKM sedang dalam proses melaksanakan projek pembinaan dan naik taraf infrastruktur di blok A dan B, Stumbin. “Projek dengan anggaran kos sebanyak RM19 juta dijangka siap pada 2027,” katanya. Beliau […]

HAWANA 2024 landasan iktiraf, hargai pengamal media

KUCHING: Sarawak menjadi tuan rumah Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 menjadi platform untuk menghargai sumbangan pengamal media khususnya di negeri ini. Malah, ia menjadi wadah dalam mengiktiraf seluruh pengamal media di negara ini. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata HAWANA memberi peluang kepada warga […]

Pameran HAWANA lambang evolusi industri media

KUCHING: Pameran sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di bandar raya ini menjadi lambang r evolusi yang telah dilalui industri media selama ini, termasuk dari segi peralatan yang digunakan. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, HAWANA 2024 yang berlangsung dari 25 hingga 27 Mei turut menampilkan pameran menarik menggambarkan evolusi dan sejarah dunia kewartawanan di Malaysia […]

Projek IAC Jepak siap lebih 60 peratus

BINTULU: Kekurangan tenaga kerja menyebabkan penyiapan Projek Pusat Pentadbiran Bersepadu (IAC) Bintulu di Jepak di sini mengalami sedikit kelewatan. Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur ), Datuk Ir. Aidel Lariwoo berkata, pencapaian kemajuan fizikal projek setakat ini sebanyak 60.85 peratus berbanding jadual sebanyak 66 peratus iaitu sedikit kelewatan sebanyak 5.5 peratus. “Kalau dibandingkan […]

Aplikasi WhatsApp Chatbot bakal dilancar

KUCHING: Aplikasi WhatsApp Chatbot dijangka bakal dilancarkan Kerajaan Persekutuan pada minggu hadapan bagi memerangi penyebaran berita palsu dalam kalangan rakyat. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, aplikasi itu juga sebagai usaha mengesahkan kesahihan berita yang dikongsi supaya maklumat dan fakta tepat dapat disampaikan kepada masyarakat. “Kami kini sudah berada di fasa terakhir untuk melaksanakan WhatsApp Chatbot. […]

Salurkan aduan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jepak – Iskandar Turkee

BINTULU: Masalah bekalan air dan isu pembangunan lain di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak telah disuarakan kepada persidangan DUN Sarawak baru-baru ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, ini selepas beliau menerima maklumat daripada pemimpin seperti pemanca, penghulu dan ketua kampung. “Kita tidak membawa masalah ini dengan bercakap di kedai kopi sebaliknya […]

RM100 juta untuk Sarawak, Sabah dan Labuan kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan

SIBU: Kementerian Kewangan (MOF) telah meluluskan kerja-kerja penyenggaraan Kontraktor G1 hingga G4 di Jalan Persekutuan seluruh Malaysia berjumlah RM300 juta melalui Belanjawan 2024. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM200 juta telah diperuntukkan untuk Semenanjung bagi sebanyak 336 kerja penyenggaraan terbabit. “Manakala RM100 juta diperuntukkan untuk Sarawak, Sabah […]

Waspada, elak terjebak kes penipuan pekerjaan

DARO: Masyarakat terutama di kawasan luar bandar dingatkan agar berhati-hati dengan sindiket penipuan pekerjaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, ini kerana terdapat rakyat tempatan terjebak dengan kes penipuan sindiket terbabit. “Sering kita dengar dalam kalangan rakyat kita yang terjebak dalam kes penipuan pekerjaan khususnya di luar negara,” katanya. Beliau berkata demikian […]

SADA luluskan dua projek

SIMANGGANG: Jawatankuasa Pemandu Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) meluluskan dua dari 17 projek dicadangkan bagi kawasan Sri Aman. Pengerusi SADA, Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata, 17 projek itu merangkumi infrastruktur jalan dan jambatan, pengairan dan saliran, infrastruktur pelancongan, projek pertanian dan fasiliti sukan yang telah dibentangkan agensi pelaksana masing-masing. “Dua daripada 17 cadangan projek […]