Month: January 2025

Pencapaian cemerlang Premier berjaya angkat Sarawak negeri maju

KUCHING: Dengan pencapaian yang cemerlang sejak menerajui Sarawak selama lapan tahun, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berjaya mengangkat Sarawak menjadi sebuah negeri yang maju. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, kepimpinan cemerlang beliau itu berjaya mengangkat Sarawak sebagai sebuah negeri yang diiktiraf di peringkat antarbangsa dan juga kebangsaan. “Saya […]

Pinjaman AIM berjaya keluarkan rakyat dari kepompong kemiskinan

KUCHING: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berjaya mencatatkan kadar pinjaman tidak berbayar 0.02 peratus sahaja. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, kadar bayaran itu menunjukkan usaha peserta AIM berjaya menguruskan perniagaan sehingga mereka dapat membayar balik pinjaman. Menurut Fadillah, AIM ialah satu badan yang diamanahkan untuk menguruskan dana yang mengeluarkan pinjaman berteraskan Islam. “Pinjaman […]

TAGS beri peluang kepada mangsa ambil tindakan pelaku gangguan seksual

SIBU: Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) yang beroperasi sejak 8 Mac 2024 menjadi saluran mudah, cepat dan kos rendah bagi mangsa menuntut keadilan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, tribunal ini memberi peluang kepada mangsa mengambil tindakan terhadap pelaku. “Ia bagi mendapatkan hak tebus rugi atas kehilangan atau kerosakan yang […]

MySRBN: 242 rumah di Pulau Bruit dapat manfaat, buka peluang baharu

DARO: Pelancaran Rangkaian Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (MySRBN) di Kampung Betanak di sini membuka peluang baharu kepada penduduk dalam pelbagai bidang. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, inisiatif itu sekali gus menjadi bukti komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat tanpa mengira lokasi dapat menikmati akses internet yang lebih pantas dan berkualiti. […]

86 NGO, persatuan N.8 Satok terima geran MRP

KUCHING: Sebanyak 86 jawatankuasa, badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan di kawasan Satok menerima geran projek kecil luar bandar (MRP) hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki menyampaikan geran tersebut kepada penerima di Pusat khidmat Satok, Jalan Kulas, di sini. Beliau turut menzahirkan terima kasih kepada mereka atas komitmen dalam membangunkan […]

Liputan baharu MySRBN dilancar

DARO: Penduduk Pulau Bruit diminta menjaga infrastruktur telekomunikasi Projek Luar Bandar Sarawak Rangkaian Jalur Lebar (MySRBN) yang dibangunkan di kawasan tersebut. Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, MySRBN merupakan inisiatif transformasi Digital Sarawak yang dilancarkan oleh Kerajaan Sarawak melalui Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) bagi memperluas […]

Ahli Parti PBB dinasihat tidak leka – Alexander

SIBU: Ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dinasihat tidak leka dengan pencapaian parti terbabit. Setiausaha Agung Parti PBB, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, pencapaian paling utama ialah Parti PBB telah menjadi asas kukuh kepada kestabilan politik dan sosial di Sarawak. “Namun, sebagai sebuah parti yang mendalami nilai-nilai perpaduan dan keharmonian, kita tidak boleh leka […]

Pembangunan Taman Agro Bebuling bermula tahun ini

SPAOH: Pembangunan Taman Agro (Agropark Bebuling) di kawasan seluas kira-kira 300 hektar di Spaoh dijangka bermula dalam tahun ini. Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, enam syarikat besar menunjukkan minat dalam pembangunannya yang mana mereka merupakan penyokong pertanian moden dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Katanya, agropark itu akan menjadi ‘game changer’ jika […]

Beberapa usul bakal dibentang Zon Tengah

SIBU: Penyertaan Sayap Pergerakan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam Mesyuarat Perwakilan Zon Tengah ini merupakan peluang terbaik untuk mereka mendapat pendedahan dalam politik. Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti PBB, Safiee Ahmad berkata, ini adalah peluang mereka menimba ilmu serta mendapatkan pengalaman untuk meneruskan perjuangan parti pada masa akan datang. “Adalah diharap agar ahli-ahli belia […]