Month: February 2025

Kabinet Sarawak dikekalkan, tiada rombakan – Premier

KUCHING: Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan tidak ada rombakan kabinet susulan keputusan pemilihan Perhimpunan Agung Ke-16 Parti PBB yang berakhir pada lewat petang ini. “Tidak ada (rombakan kabinet), itu pregrotive saya sebagai Premier,” katanya. Beliau berkata demikian selepas penangguhan Perhimpunan Agung Ke-16 Parti PBB […]

Parti PBB bukan buat janji kosong

KUCHING: Perjuangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkhidmat kepada rakyat dan bukan membuat janji kosong.  Timbalan Yang di-Pertua Parti PBB yang juga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menegaskan perjuangan mereka ialah sentiasa memastikan parti itu kukuh. Katanya, perjuangan mereka juga untuk Sarawak stabil, maju dan makmur dengan menambah baik perkhidmatan mereka […]

Julaihi Narawi sifatkan kemenangan lambang suara rakyat luar bandar

KUCHING: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi melihat kejayaan mengekalkan jawatan Naib Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai suara rakyat khususnya dari luar bandar. “Parti PBB adalah parti yang berakar umbi di kawasan luar bandar dan saya percaya juga kepercayaan yang diberi oleh rakan-rakan Parti PBB dari seluruh Sarawak boleh […]

Ibrahim Baki berikrar bangun ekonomi, kukuhkan parti

KUCHING: Naib Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang baharu, Dato Ibrahim Baki berikrar terus perjuangkan pembangunan ekonomi rakyat di Sarawak. “Jadi, saya ingin menggunakan peluang ini dengan pengalaman sedikit ini untuk memperjuangkan ekonomi rakyat dan melengkapi perjuangan Parti PBB,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Kemenanganya bagi jawatan salah seorang Naib Yang […]

Abdul Karim serah kedudukan kabinet pada Premier Sarawak

KUCHING: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyerahkan kepada Premier Sarawak berhubung kedudukan beliau dalam kabinet Sarawak. Ini setelah beliau gagal mempertahankan kerusi Naib Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Perhimpunan Agung Ke-16 Parti PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. […]

Kompleks bangunan pentadbiran baharu untuk keselamatan, belum ada nama

KUCHING: Kerajaan Sarawak belum menetapkan nama kompleks bangunan pentadbiran baharu dekat Petra Jaya. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kompleks itu bukan “Rumah Putih” seperti kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat. “Kompleks tersebut masih dalam pembinaan dan belum ada kakitangan kerajaan yang berpindah ke sana. “Ia dibina untuk tujuan keselamatan, menggantikan […]

Budaya saling percaya, integriti perjuangan perkasakan Parti PBB

KUCHING: Yang di-Pertua parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengajak ahli-ahli parti supaya mengamalkan budaya saling mempercayai dan berintegriti dalam meneruskan perjuangan membangunkan negeri dan rakyat. Beliau berkata, budaya saling mempercayai diamalkan oleh pemimpin terdahulu telah membolehkan Parti PBB bertahan dan utuh sehingga kini. “Kita harus bersama-sama […]

Perjuangan Pemuda Parti PBB wadah mulia

KUCHING: Perjuangan Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) wadah mulia untuk memastikan parti keramat iaitu Parti PBB tetap utuh, disegani dan menjadi tulang belakang Kerajaan Sarawak, kata Ketua Pergerakan Pemuda parti, Miro Simuh. Katanya, generasi pemuda ini adalah generasi keramat, maka pastinya Pergerakan Pemuda adalah hulubalang parti yang akan berada di mana-mana bila sahaja […]

SEB lancar sistem penyimpanan tenaga bateri pertama di Malaysia

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) melancarkan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) berskala utiliti pertama di Malaysia yang ditempatkan di Stesen Janakuasa Sejingkat, Kuching. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, BESS berkapasiti 60 Megawatt (MW) atau 82 Megawatt Jam ini diaktifkan pada Disember 2024 dan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan […]

Laluan alternatif Jambatan Bintangor dibuka

KUCHING: Penduduk kawasan kampung nombor dan sekitarnya menarik nafas lega apabila laluan alternatif satu hala Jambatan Bintangor berhampiran Jalan Datuk Ajibah Abol di sini, dibuka kepada umum mulai hari ini. Bagaimanapun, masa itu dibuka mulai jam 5 pagi hingga 2 petang dan ditutup semula 2 hingga 4.30 petang bagi membolehkan kerja- kerja pembinaan. Manakala, dibuka […]