Month: March 2025

Juh Berambeh Sungkei simbol perpaduan masyarakat majmuk Sarawak

KUCHING: Perpaduan masyarakat majmuk di Sarawak terserlah menerusi Program Juh Berambeh Sungkei 2025 di Padang Merdeka hari ini, menyaksikan penglibatan lebih 5,000 warga bandar raya dari pelbagai latar belakang. Program tahunan anjuran Kelab Belia Proaktif dan Borneo Glamping dengan sokongan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) itu dirasmikan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan […]

Pejabat Operasi USK Kampung Nyabor bakal dibina

KABONG: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) meluluskan peruntukan berjumlah RM800,000 bagi membina Pejabat Operasi Urus Setia Saudara Kita (USK) di Kampung Nyabor di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, ini bagi memastikan kebajikan saudara baharu di sini terus dibela. “Justeru, tidak timbul soal saudara kita dipinggirkan atau tertinggal daripada […]

Asnaf Satok terima bantuan Ramadan

KUCHING: Seramai 45 asnaf di kawasan Satok menerima bantuan berupa wang tunai dan bakul makanan di Dewan Anak Seni Kampung Bandarsah, di sini, hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki mengagihkan bantuan itu dengan seramai 15 asnaf terbabit dari Kampung Bintangor manakala yang lain dari Kampung Muda Hashim A dan B. […]

NADI sedia akses maklumat terkini, latihan digital

SEBUYAU: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai platform menyediakan akses kepada maklumat terkini, latihan teknologi digital serta pelbagai inisiatif pembangunan komuniti. Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, NADI boleh menjadi pusat pembelajaran dan interaksi yang membantu masyarakat mendepani cabaran era digital selain tempat untuk mendapatkan maklumat. Justeru, beliau menggalakkan penduduk, khususnya […]

MIPD pertimbang pendekkan klasifikasi projek sakit kepada 30 hari

SPAOH: Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) mempertimbangkan untuk memendekkan klasifikasi projek sakit daripada 100 hari kelewatan sekarang kepada hanya 30 hari. Menterinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, di bawah peraturan sedia ada, Jabatan Kerja Raya (JKR) boleh mengambil tindakan jika projek yang diluluskan tidak dilaksanakan secara aktif sehingga 100 hari. “Tetapi kami telah […]

Tabung bantu mangsa kebakaran Kampung Hilir Simanggang dilancar

SIMANGGANG: Ketua kaum dan ketua masyarakat (KMKK) Kawasan Ladong melancarkan tabung bencana kebakaran di Surau Kebahagiaan Kampung Hilir Simanggang, di sini, bermula hari ini. Tabung ini bagi membantu keluarga di kampung berkenaan yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran tengah hari semalam. Pemanca Abang Norin Abang Norudin berkata, tabung diletakkan di surau […]

KRT Sungai Lajim Kampung No.5 agih bubur lambuk

KUCHING: Setiap kali Ramadan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sungai Lajim, Kampung No.5 di sini, menganjurkan program Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Sarawak 2025 di kampung tersebut, di sini hari ini. Program tersebut dimulakan dengan acara memasak bubur lambuk seawal jam 9 pagi secara bergotong-royong oleh ahli KRT kampung dan penduduk sekitar. Menurut Pengerusi KRT Kampung […]

Peranan, fungsi Ombudsman Sarawak diperluas

KUCHING: Ombudsman Sarawak mengadakan sesi perjumpaan bersama Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Riverside Majestic Hotel di sini, baru-baru ini. Menurut kenyataan media SFC, sesi itu yang turut dihadiri pengurusan tertinggi SFC dan pegawai pengurusan Ombudsman merupakan langkah proaktif Ketua Ombudsman Sarawak, Dato Sri Abdul Ghafur Shariff. Ini dalam memperkenal dan menyebarluas peranan dan fungsi Ombudsman […]

BDA serah sumbangan CSR

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menyerahkan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat(CSR) kepada lima penerima di sini, semalam. Sumbangan masing-masing sebanyak RM1,000 kepada setiap penerima iaitu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Persatuan Warga Emas, Persatuan Ibu Tunggal, Pertubuhan Anak- Anak Yatim (PERYATIM) Bahagian Bintulu, Surau Darus Syakirin Kampung Assyakirin Fasa 1. Penyerahan sumbangan disempurnakan Timbalan Pengerusi BDA, […]

50 pelajar Petra Jaya sertai Kem Ihya Ramadan

KUCHING: Seramai 50 pelajar daripada tiga sekolah di sekitar Petra Jaya akan menyertai Kem Ihya Ramadan di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) di Telaga Air dekat sini selama dua hari bermula hari ini. Program ini dikelolakan Pertubuhan kebajikan Sahabat Amal Care Cawangan Sarawak dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen P.194 Petra Jaya, Jabatan Agama Islam […]