Month: April 2025

Premier setuju terima pencalonan tunggal YDP PERKIM

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju menerima pencalonan tunggal sebagai Yang Dipertua (YDP) Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) bagi penggal 2025 hingga 2028. Dalam kenyataan media dikeluarkan Pejabat Premier Sarawak di sini hari ini, beliau merakamkan penghargaan kepada semua ahli PERKIM atas sokongan yang diberikan. “Saya juga mengucapkan terima […]

35% kerusi Parlimen, mengapa perlu perbincangan?

SECARA logiknya, mengapa perlu diadakan rundingan untuk mengembalikan isu 35 peratus kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak. Bukankah ia sudah menjadi hak perlembagaan yang termaktub melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962? Pendek kata, serah sahajalah dan kata ‘ya… ini hak kamu (Sarawak, Sabah), kami (Putrajaya) serah kembali’.  Kemudian, Dewan Rakyat […]

Wisma Melayu Sarawak dijangka siap suku ketiga 2025

KUCHING: Pembinaan Wisma Melayu Islam, mercu tanda baharu terletak di Jalan Diplomatik, Petra Jaya di sini dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga 2025. Perkara itu dikongsikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang berkata, bangunan tersebut sepatutnya siap pada Julai ini mengikut jadual asal. Namun, terdapat penambahbaikan terhadap rekaan bangunan tersebut atas […]

Berani ubah minda untuk berdaya saing

KUCHING: Kaum Melayu perlu melengkapkan diri dan anak-anak dengan pelbagai ilmu pengetahuan serta kemahiran bagi membolehkan mereka mampu bersaing dengan kaum-kaum lain dalam pembangunan Sarawak. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pendidikan merupakan senjata utama dalam memperkasakan daya saing, khususnya dalam kalangan anak-anak Melayu agar tidak ketinggalan menikmati arus pembangunan. “Dunia sudah […]

Permohonan perolehan perabot SK Sebemban belum dilulus – Razi

DEBAK: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa mempercepatkan proses permohonan perolehan perabot di Sekolah Kebangsaan (SK) Sebemban di sini. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, proses permohonan kelulusan tertangguh lebih setahun. Katanya, berdasarkan maklumat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak, permohonan itu masih belum diluluskan hingga kini. “Jadi, saya […]

32 Ahli Majlis Daerah Serian angkat sumpat jawatan

KUCHING: Seramai 32 Ahli Majlis Daerah Serian (MDS) mengangkat sumpah jawatan bagi penggal 2025 hingga 2028, di sini, hari ini. Majlis tersebut turut menyaksikan pelantikan Dato’ Peter Minos sebagai Pengerusi MDS baharu. Pelantikan Peter Minos turut menjadi tumpuan, memandangkan pengalaman luas beliau selama 10 tahun sebagai Wali Kota Majlis Perbandaran Samarahan. Menteri Pendidikan, Inovasi dan […]

AgroBank sedia bantu petani

KUCHING: AgroBank dan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan memperkasakan golongan petani di seluruh negeri ini melalui sokongan kewangan yang komprehensif. Majlis memeterai MoU itu diadakan pada majlis sambutan Aidilfitri AgroBank Wilayah Sarawak di sini, semalam. Pengerusi PPNS, Gom Raway mewakili PPNS dan AgroBank diwakili Pengawai Wilayahnya, Abdul Halek Abdullah. Perjanjian […]

MINTRED bantu 45,500 usahawan, nilai bantuan RM199.49 juta

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) telah membantu lebih 45,500 usahawan. Ia membabitkan nilai bantuan sebanyak RM199.49 juta dari 2021 hingga suku pertama 2025. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, bantuan itu disalurkan melalui program seperti Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS), Skim Kredit Mikro […]

Douglas Uggah puas hati Jambatan Batang Igan bakal siap Disember ini

MUKAH: Jambatan Batang Igan yang bernilai RM285 juta dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember depan. Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah, projek jambatan sepanjang 1.4 kilometer (km) itu kini sudah siap kira-kira 82 peratus. “Kita puas hati dengan perkembangan semasa. Tinggal lagi 18 peratus saja sebelum projek ini betul-betul siap. “Kita sudah minta kontraktor […]

Penyelidikan UNIMAS bantu pelaksanaan projek SSLR 2

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengadakan majlis penyampaian Surat Perjanjian Geran Industri (LOA) antara Maltimur AktifUnggul JV Sdn Bhd (MAUJV) dan UNIMAS Holdings Sdn Bhd, di sini, hari ini. Menurut kenyataan media UNIMAS, majlis disempurnakan oleh Pengerusi MAUJV, Datu Safri Zainuddin dan Timbalan Naib Canseclor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS, Profesor Ir Dr Siti Noor […]