KUCHING: Pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) bertujuan memberi peluang kedua kepada individu untuk memperbaiki diri, membina semula kehidupan dan kembali menyumbang kepada masyarakat. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri, PKM dilihat sebagai pendekatan yang lebih inklusif dan bersifat membina, berbanding hukuman konvensional. “Ia memberi ruang kepada pesalah, terutamanya dalam kalangan […]
91 kontinjen sertai perarakan Budaya Gawai Dayak 2025
KUCHING: Sebanyak 91 kontinjen menyertai Perarakan Budaya Gawai Dayak 2025 di Tebingan Sungai Kuching, di sini hari ini. Perarakan sejauh 1.2 kilometer (km) ini melibatkan lebih 3,000 peserta yang mempersembahkan busana tradisional, muzik etnik serta tarian masyarakat Dayak bermula dari Bangunan Tun Jugah ke Pentas Utama Tebingan Sungai Kuching. Perarakan dipimpin Premier Sarawak, Datuk Patinggi […]
Dana Industri Belia Kreatif Sarawak diperluas
KUCHING: Dana Industri Belia Kreatif Sarawak bakal diperluas kepada penggiat industri kraf anak tempatan. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ketika ini dana itu lebih tertumpu kepada bidang muzik, teater, video dan permainan digital. Berikutan itu pihaknya berhasrat meluaskan jangkauan dana terbabit kepada sektor kraf. “Langkah […]
Sidang khas DUN Sarawak 7 Julai depan, Premier akan bentangkan agenda persidangan
KUCHING: Persidangan khas sehari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan berlangsung pada 7 Julai depan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, sehubungan itu Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal membentangkan sesuatu pada persidangan itu. “Butiran lanjut, hanya Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun […]
Kenal pasti bakat anak muda
SAMARAHAN: Sarawak akan dapat mengenal pasti bakat anak muda tempatan melalui Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata kejohanan itu sekali gus dapat membentuk pasukan takraw Sarawak yang lebih mantap seterusnya diketengahkan di sukan kebangsaan dan antarabangsa. “Kita mahu bakat-bakat dan potensi dimiliki belia di negeri […]
Hadiah pakej umrah, motosikal menanti pengunjung Sambutan Maal Hijrah LAKMNS
KUCHING: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) menganjurkan Sambutan Maal Hijrah 1447H/2025 di sini bermula 20 Jun hingga 29 Jun 2025. Orang ramai dijemput hadir dengan hadiah cabutan bertuah seperti pakej Umrah dan motosikal juga disediakan kepada pengunjung sepanjang minggu sambutan itu. Acara sambutan termasuk Ceramah Perdana Maal Hijrah, Pertandingan Badminton, Pickleball, Boling, Pertandingan […]
S-CaT Fair tawarkan pelbagai peluang kerjaya, berlangsung 5-6 Julai di BCCK
KUCHING: Peluang untuk menyertai industri tenaga semakin terbuka luas apabila Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (S-CaT Fair) 2025 kembali dengan menampilkan zon minyak dan gas sebagai tarikan terbaharu. Zon istimewa yang dikendalikan oleh Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) itu bakal menghimpunkan nama-nama besar dalam sektor tenaga seperti PETRONAS, ENEOS Xplora, PTTEP, Mubadala, Brooke Dockyard, Petra Energy […]
Komponen fasa ketiga Galeri Warisan Melanau Oya ditambah
KUCHING: Pembinaan fasa ketiga Galeri Warisan Melanau Oya bakal menyaksikan penambahan 10 komponen utama berhubung adat dan budaya masyarakat Melanau. Ia sekali gus memperkukuh fungsinya sebagai pusat pemeliharaan warisan dan tarikan pelancongan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata komponen baharu itu merangkumi pameran tokoh tempatan, perubatan tradisional, pesta Kaul, […]
Sait, Meryam johan qari dan qariah Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Mukah
BALINGIAN: Majlis Tilawah al-Quran peringkat Daerah Mukah 1446H/2025M menyaksikan Sait Bom dinobat sebagai johan qari di Dewan Masyarakat Balingian, di sini, semalam. Tempat kedua dimenangi Musa Basri dan tempat ketiga, Drahman Satan. Manakala, johan qariah ialah Meryam Bol dan Syarifah Nur Ruqayyah Syed Zainon sebagai naib johan serta Habibah Hanapi mendapat tempat ketiga. Majlis penyampaian […]
Sebaran maklumat tepat bantu tangkis berita palsu
DARO: Masyarakat luar bandar yang menjadi barisan hadapan dalam penyebaran maklumat sahih harus dibekal ilmu yang betul agar tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, langkah itu penting supaya dapat menangkis penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa dewasa ini. “Ia juga penting agar masyarakat luar bandar tidak mudah terpengaruh […]
