Month: March 2026

Pilihan raya secara serentak perlukan kajian mendalam

DEBAK: Keputusan untuk mengadakan pilihan raya secara serentak melibatkan beberapa negeri wajar diputuskan oleh kepimpinan tertinggi parti-parti utama di negara ini. Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, cadangan tersebut memerlukan penelitian mendalam sebelum dilaksanakan. “Bagi saya, perkara ini terserah kepada kepimpinan tertinggi parti. […]

Fasa pertama SKAS 2026 mula dikredit esok

KUCHING: Fasa pertama pengagihan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan dikreditkan esok. Bantuan itu membabitkan jumlah peruntukan sebanyak RM179.6 juta. Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Dato Sri Abdullah Zaidel berkata fasa kedua, juga berjumlah RM179.6 juta, dijadual untuk pengagihan pada 15 Mei depan. Katanya, ini diikuti fasa ketiga pada 10 November depan, membabitkan jumlah peruntukan sebanyak […]

Kem Ihya Ramadan pupuk jati diri, kepimpinan generasi muda

KUCHING: Kem Ihya Ramadan 2026 Siri Ke-11 yang berakhir semalam, menghimpunkan pelajar sekolah sekitar bahagian ini sebagai platform membentuk kepimpinan serta sahsiah generasi muda berteraskan nilai agama. Malah, program seumpama itu wajar terus disokong kerana mampu memupuk jati diri serta kepimpinan anak muda sejak usia awal. Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk […]

Program Pautan Kasih raikan 171 penerima golongan sasar

SARATOK: Seramai 171 penerima terdiri daripada anak yatim, golongan asnaf dan pelajar tahfiz dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka menerima sumbangan Ramadan dalam Majlis Program Pautan Kasih yang di Masjid Jamek Saratok, dekat sini. Majlis dianjurkan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Saratok (LAKIS) dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka bagi menyantuni golongan memerlukan menjelang […]

Infrastruktur baharu buka peluang pelancongan, ekonomi Spaoh

KUCHING: Generasi muda di Spaoh perlu meneroka aktiviti ekonomi baharu berasaskan pelancongan serta produk tempatan menjelang pelaksanaan beberapa projek pembangunan utama di kawasan itu. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata peluang tersebut perlu direbut lebih awal agar penduduk tempatan tidak ketinggalan apabila pembangunan pesat mula berlaku. Menurutnya, beberapa projek infrastruktur yang sedang […]

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak wajar ditambah, tambahan 17 kerusi DUN Sarawak sedang diteliti

KUCHING: Cadangan untuk menambahkan bilangan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak wajar dipertimbangkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud. Katanya, penambahan kerusi Parlimen itu akan membantu wakil rakyat memberi tumpuan lebih kepada perkhidmatan serta kebajikan rakyat di kawasan masing-masing Beliau menegaskan keluasan kawasan di Sabah dan Sarawak antara […]

119 pemilik tanah projek AgriHub Lubok Punggor terima pampasan

GEDONG: Sejumlah RM6.5 juta pampasan diagihkan kepada 119 pemilik tanah terlibat dengan pelaksanaan AgriHub Lubok Punggor, projek berimpak tinggi yang akan memperkukuh sektor pertanian moden di kawasan Gedong. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan penyerahan cek pampasan tersebut sempena Majlis Berbuka Puasa Daerah Gedong di Masjid Al-Khawtar, di sini hari […]

Penambahan 17 kerusi DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai ini

KUCHING: Cadangan penambahan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang bakal menjadikan jumlah keseluruhan kerusi meningkat daripada 82 kepada 99 kerusi dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen, Julai ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, perbincangan berhubung perkara itu kini masih berlangsung di peringkat Kerajaan Persekutuan sebelum dibentangkan untuk pertimbangan Parlimen. “Sekarang, […]

1,400 bekas bubur lambuk, bubur kapur diagih, kongsi rezeki bulan Ramadan

KABONG: Sebanyak 1,400 bekas bubur lambuk dan bubur kapur diagihkan kepada penduduk di sini, sebagai tanda kebersamaan dan semangat berkongsi rezeki sepanjang Ramadan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, program tersebut sebagai medium memperkukuhkan hubungan silaturahim. Menurut beliau, semangat gotong-royong yang ditunjukkan menjayakan program berkenaan mencerminkan nilai perpaduan yang kukuh […]

Iftar Perdana Masjid Darul Firdaus Sibu kukuhkan ukhuwah Ramadan

SIBU: Program Iftar Perdana di Masjid Darul Firdaus di sini, berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan keberkatan sempena bulan Ramadan. Program itu menghimpunkan jemaah, pemimpin masyarakat serta penyumbang yang bersama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa di masjid berkenaan. Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri […]