Month: March 2026

Sarawak-Perancis terokai peluang pelaburan bersama

KUCHING: Perancis berhasrat untuk meneroka peluang pelaburan bersama Sarawak bagi mengukuhkan kerjasama strategik dalam beberapa sektor utama yang berkepentingan bersama. Ia perkara utama dibincangkan dalam pertemuan Duta Besar Perancis ke Malaysia Marc Abensour ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, hari ini. Perbincangan tertumpu […]

KPWK komited pastikan golongan B40 tidak tersisih

SERIAN: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) dan jabatan di bawahnya komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah menjadi fokus utama untuk dibantu serta tiada yang tersisih. Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) berada di bawah kementerian berkenaan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, […]

Jalinan Kasih Ramadan Cawangan Parti PBB Padungan

KUCHING: Sumbangan keseluruhan berjumlah RM15,400 disampaikan kepada penerima di Program Jalinan Kasih Ramadan 2026 di Masjid Darul Akhirat, Kampung Lumba Kuda, di sini, semalam. Sumbangan itu disampaikan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N9 Padungan yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee. Beliau berkata, sebanyak RM8,000 adalah sumbangan dana tahunan disalurkan kepada Masjid […]

Tiga NGO santuni anak-anak PERYATIM

KUCHING: Menjelang musim perayaan, khususnya pada bulan Ramadan, golongan kanak-kanak daripada keluarga yang kurang berkemampuan tidak seharusnya dipinggirkan dalam meraikan sambutan Aidilfitri. Prihatin dengan nasib golongan tersebut, tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bergabung tenaga mengambil inisiatif menganjurkan program sumbangan kepada anak-anak yatim bagi membantu menceriakan sambutan Aidilfitri mereka. Persatuan Amal Sahabat Sego Kuching, Belia Parti […]

Abg Johari santuni pusat kebajikan dalam majlis berbuka puasa

KUCHING: Majlis Berbuka Puasa bersama Premier Sarawak meraikan dua pusat kebajikan di bahagian ini menerusi sumbangan dana bagi menyokong kebajikan serta keperluan operasi rumah kebajikan tersebut. Sumbangan berjumlah keseluruhan RM20,000 itu disampaikan kepada Kompleks Kebajikan Laila Taib (PERYATIM) dan Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah Kuching dalam majlis anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Pusat […]

Akses pendidikan tinggi kepada golongan bekerja diperluas

KUCHING: Usaha mengukuhkan pembangunan modal insan negeri ini diteruskan oleh UCSI University Kampus Sarawak menerusi pelancaran Centre for Pre-University & Continuing Education (CPUCE) serta laluan Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL). Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif berkenaan bertujuan memperluaskan akses kepada pendidikan tinggi khususnya golongan […]

AKYBMS pastikan projek Wisma Melayu Sarawak ikut spesifikasi

KUCHING: Lembaga Pemegang Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) mengadakan lawatan khas bagi meninjau perkembangan projek Wisma Melayu Sarawak, di sini, baru-baru ini Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi AKYBMS, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai lawatan itu bertujuan mendapatkan kemaskini mengenai kemajuan kerja-kerja pembinaan. Ini juga memastikan setiap komponen pembangunan dilaksanakan mengikut jadual […]

Bazar Aidilfitri Satok tumpuan pengunjung

KUCHING: Kemeriahan Bazar Aidilfitri Satok yang mula beroperasi sejak minggu lalu menarik kehadiran pengunjung yang mencari pelbagai barangan keperluan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri. Bazar anjuran Koperasi Usahawan Bumiputera Sarawak Berhad menyediakan 200 ruang niaga dengan menjual pelbagai barangan Raya seperti baju Melayu, baju kurung, perhiasan diri, kek lapis, biskut dan sebagainya. Malam tadi, kemeriahan Bazar […]

1,086 penerima bantuan kebajikan terima sumbangan Sejambak Kasih Aidilfitri

MIRI: Seramai 1,086 penerima bantuan kebajikan beragama Islam di Bahagian Miri layak menerima sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sempena program Sejambak Kasih Aidilfitri. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata program tersebut bagi membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan, khususnya penerima bantuan kebajikan sebagai persiapan meraikan Aidilfitri. Menurutnya, […]

Premier Sarawak luang masa hadiri Majlis Sungkei Yayasan Sarawak

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Sungkei Yayasan Sarawak 2026 di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, malam ini. Kehadiran kira-kira 390 kakitangan Kumpulan Yayasan Sarawak dan Pejabat Premier Sarawak menambahkan seri majlis tersebut. Pada majlis berkenaan, Premier selaku Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Sarawak turut menyaksikan simbolik penyerahan zakat […]