Month: September 2026

Membaca bina generasi kritis, berdaya saing

KUCHING: Amalan membaca bukan sekadar menambah ilmu, malah penting membentuk masyarakat yang mampu berfikir secara kritis dan berdaya saing. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro merangkap Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Safiee Ahmad berkata, perkembangan teknologi perlu dimanfaatkan untuk memperluaskan akses masyarakat kepada bahan bacaan. “Bahan bacaan kini mudah diakses […]

Boling: Atlet para Sarawak raih tujuh pingat

KUCHING: Atlet paralympik Sarawak yang mewakili Malaysia menunjukkan pencapaian cemerlang dalam Pertandingan Boling Asia Timur Paralympik 2026 di Hong Kong. Atlet berkenaan merangkul masing-masing tiga pingat emas dan perak serta satu gangsa. Pertandingan yang diadakan dari 4 hingga 7 September idi Pusat Boling Tenpin Top Bowl, Taman Sukan Kai Tak, Hong Kong itu disertai pemain […]

Sel regeneratif buka laluan baharu rawatan penyakit kompleks

KUCHING: Sarawak melihat penyelidikan sel regeneratif sebagai bidang berpotensi membuka pendekatan baharu dalam menangani penyakit kompleks, khususnya kanser. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, potensi itu perlu diterokai menerusi penyelidikan bioperubatan dan teknologi sains hayat. “Saya berharap para pakar dan penyelidik dapat meneroka potensi bidang ini, termasuk dalam usaha mencari […]

Pameran Hari Malaysia singkap sejarah negara

KUCHING: Pameran sempena Sambutan Hari Malaysia 2026 di Sarawak bakal memberi peluang kepada masyarakat memahami dengan lebih jelas sejarah serta proses pembentukan Malaysia berdasarkan dokumen dan fakta sejarah. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Abdullah Saidol berkata, pameran utama diadakan di Plaza Merdeka, di sini berlangsung dari 10 hingga 16 September ini. Jelasnya, pameran […]

Nahas FDS Long Lellang: Pengorbanan ‘Wings of Mercy’ kekal terpahat

KOTA SAMARAHAN: Tragedi nahas helikopter, perkhidmatan doktor udara (FDS) di Long Lellang, Baram, bukan sahaja meninggalkan kesedihan mendalam kepada keluarga lima mangsa, malah turut dirasai bekas petugas yang pernah menyertai misi perubatan udara di pedalaman Sarawak. Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Dr Ahmad Hata Rasit, yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan muda di […]

Pemuda Parti PBB: Pertambahan kerusi DUN, Parlimen berbeza

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak menyifatkan dakwaan DAPSY Sarawak bahawa penambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah “gagal” kerana tidak disertai pertambahan kerusi Parlimen sebagai mengelirukan. Dalam kenyataan hari ini, Pergerakan Pemuda menegaskan bahawa penambahan kerusi DUN dan kerusi Parlimen merupakan dua proses berbeza. Menurut pergerakan itu, kerusi DUN berada di […]

Pelihara reputasi Kuching sebagai Bandar Gastronomi UNESCO

KUCHING: Penggiat industri makanan perlu menjaga reputasi Kuching sebagai Bandar Kreatif Gastronomi Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menerusi standard tinggi dalam penyediaan makanan dan perkhidmatan. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, pengiktirafan itu turut membawa tanggungjawab besar kepada […]

Nahas FDS: Lima mangsa dikenal pasti, tunggu pengesahan DNA

MIRI: Kelima-lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Baram, semalam dikenal pasti berdasarkan barangan peribadi yang ditemukan pada jasad mangsa. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, bagaimanapun, pengecaman rasmi kelima-lima mangsa akan dibuat melalui ujian sampel DNA. Menurutnya, semua jenazah mangsa akan diterbangkan ke Hospital Miri untuk proses bedah […]

Nahas helikopter: Awang Tengah zahirkan takziah

LAWAS: Perkhidmatan doktor udara masih diperlukan di Sarawak kerana merupakan talian hayat kepada penduduk di pedalaman, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Katanya, perkhidmatan itu sangat penting bagi memberi rawatan kesihatan dan membawa pesakit semasa kecemasan yang diterbangkan ke hospital berdekatan. “Perkhidmatan doktor udara masih diperlukan walaupun beberapa perkampungan akan dihubung […]

Sarawak Energy pandang serius komen ancam keselamatan, laporan polis dibuat

KUCHING: Sarawak Energy membuat laporan polis terhadap satu komen di media sosial yang mengandungi bahasa berunsur ugutan terhadap syarikat itu baru-baru ini. Menurut kenyataan Sarawak Energy, ini termasuk apa yang kelihatan seperti seruan kepada individu atau kumpulan untuk berkumpul di premis syarikat dan melakukan tindakan yang berpotensi ganas atau berbahaya, termasuk merujuk kepada bahan berbahaya. […]