Month: October 2026

Zon Ekonomi Khas Sibu buka peluang pelaburan baharu

KUCHING: Sibu bakal menjadi pusat pertumbuhan ekonomi baharu Sarawak menerusi cadangan penubuhan Zon Ekonomi Khas Sibu dalam Belanjawan MADANI 2027. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, zon berkenaan akan memanfaatkan kekuatan sedia ada Sibu dalam perdagangan, pembinaan kapal dan logistik sungai. “Zon Ekonomi Khas Sibu akan menarik pelaburan dalam sektor […]

Pengeluaran minyak darat Sarawak kembali selepas hampir 50 tahun

KUCHING: Pengeluaran minyak darat Sarawak kembali beroperasi pada Julai 2026 selepas hampir 50 tahun terhenti. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, PETROS dan PETRA Energy memulakan pengeluaran minyak menerusi Adong Kechil West di Blok SK433, Miri, dengan kira-kira 800 tong sehari daripada satu telaga. “Teknologi geofizik dan pengimejan bawah permukaan […]

Pelaburan untuk kesejahteraan rakyat

KUCHING: Projek pembangunan dan inisiatif yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak merupakan pelaburan untuk mensejahterakan masa hadapan anak-anak Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak berupaya melaksanakan projek yang dicadangkan kerana memperoleh hasil pendapatan meningkat setiap tahun. Di samping itu, kerajaan turut melabur dalam bidang pendidikan supaya anak-anak Sarawak mendapat […]

BKK untuk penjawat awam, pesara dan pengamal media diumum

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua bulan gaji kepada 19,851 penjawat awam negeri membabitkan anggaran perbelanjaan RM144 juta. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan itu berdasarkan gaji pokok terakhir November 2026 dan akan dibayar sebelum penghujung tahun ini. “Kejayaan Sarawak hari ini adalah hasil titik peluh […]

1,246 projek pembiayaan alternatif Sarawak siap

KUCHING: Sebanyak 1,246 daripada 1,869 projek pembangunan menerusi inisiatif pembiayaan alternatif Kerajaan Sarawak siap setakat September 2026. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu II, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, baki 623 projek masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan. “Sebanyak RM169 juta daripada peruntukan RM353 juta bagi Projek Rakyat turut dibelanjakan setakat September. […]

PRN-13: Sarawak optimumkan penggunaan anggota polis

BINTULU: Polis Sarawak akan mengoptimumkan penggunaan kira-kira 11,500 anggota sedia ada bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13. Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak berkata, penugasan anggota tempatan akan diberi keutamaan bagi mengurangkan keperluan mendapatkan bantuan anggota dari negeri lain. Katanya, penempatan anggota akan diselaraskan mengikut keperluan setiap […]

Bonnie Bunyau raih emas Sukan Para Asia 2026

KUCHING: Jaguh angkat berat para negara kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin berjaya meraih pingat emas pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026, Jepun. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Bonnie mengungguli acara powerlifting kategori lelaki 72 kilogram (kg) selepas mencatat angkatan seberat 225 kg. “Kejayaan itu menggembirakan dan membanggakan […]

157 rumah mampu milik dilengkapi solar, kerajaan tanggung separuh kos

KUCHING: Sebanyak 157 unit rumah mampu milik di Sarawak bakal dilengkapi sistem tenaga solar dengan Kerajaan Sarawak menanggung 50 peratus daripada kos pemasangan keseluruhan berjumlah RM4.553 juta. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, inisiatif itu melibatkan sebahagian daripada 402 unit rumah mampu milik yang sedang giat dibina dan dijangka siap pada […]

Premium tanah lot kediaman Sarawak dihad RM2,500

KUCHING: Rakyat Sarawak yang memperoleh lot kediaman menerusi Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) hanya perlu membayar premium tanah tidak melebihi RM2,500 bagi setiap lot. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, bayaran itu boleh dibuat secara ansuran sehingga 10 […]

Pesta Telaga Air mulai 5 November depan

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan menganjurkan Pesta Telaga Air Edisi Ke-19 di Kampung Telaga Air mulai 5 hingga 8 November depan. Pengerusi MPP, Cr Tan Kai berkata antara aktiviti pesta ialah Forum Perdana, pertandingan petanque, futsal, badminton, pickleball, karaoke, memasak dan Battle of the Band. Aktiviti lain ialah nopeng, silat, fesyen, mewarna lukisan, Orang […]