Author: Jiwa Bakti

SCORE tarik pelaburan berjumlah RM151.5 bilion, tawarkan 60,000 peluang pekerjaan

KUCHING: Jumlah pelaburan yang diluluskan di kawasan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) setakat ini mencecah RM151.5 bilion, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Perancangan Sumber ll berkata, jumlah pelaburan itu merangkumi 655 projek yang berpotensi mewujudkan lebih 60,000 peluang pekerjaan untuk anak-anak Sarawak. […]

DID Sarawak perkukuh budaya integriti, akauntabiliti

KUCHING: Penganjuran Hari Integriti bukan sekadar acara simbolik sebaliknya mencerminkan komitmen berterusan memperkukuh nilai integriti, akauntabiliti dan kecemerlangan Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS). Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian berkata, inisiatif tersebut menjadi manifestasi komitmen bersama penjawat awam dalam memastikan tadbir urus yang telus, berintegriti dan berkesan terus diamalkan. “Ini bukan sekadar […]

Kerjasama Sarawak, DNV Norway bantu percepatkan pembangunan tenaga bersih

KUCHING: Kerjasama Sarawak menerusi Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar (MEESty) dan DNV Norway akan membantu mempercepatkan pelaksanaan pembangunan tenaga bersih negeri ini. Timbalan Menterinya, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, Sarawak yang sedang melangkah ke fasa pelaksanaan dalam pembangunan tenaga baharu memerlukan kepakaran badan berkenaan yang berperanan sebagai badan verifikasi global dalam memastikan piawaian […]

Sarawak perkukuhkan projek infrastruktur, lebih 11,000 projek berjaya disiap

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak berjaya menyiapkan 11,902 projek bernilai RM27.6 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kata Timbalan Premier Sarawak. Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, pencapaian itu meningkat 9.2 peratus berbanding dalam RMK-11. Projek yang masih dalam peringkat pembinaan akan diteruskan dalam RMK-13, katanya ketika […]

200 atlet sukan ekstrem sertai DBKU International X-Games 2026

KUCHING: Lebih 200 atlet sukan ekstrem domestik dan luar negara bakal berentap dalam Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) International X-Games 2026 di Tebingan Sungai Kuching mulai 8 hingga 12 April ini. Atlet terbabit dijangka dari Perancis, Afrika Selatan, Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand dengan melibatkan kategori Junior (bawah 15 tahun) dan Terbuka dengan pelbagai acara […]

Lapan jambatan utama bakal siap tahun ini

KUCHING: Kerajaan Sarawak yakin lapan projek jambatan utama di negeri ini akan siap tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak. Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, meskipun konflik di Timur Tengah menganggu rantaian bekalan namun ia tidak akan menjejaskan jadual pelaksanaan lapan projek jambatan berkenaan. Setakat ini, kelapan-lapan projek […]

NREB siasat kebakaran hutan Sarawak

KUCHING: Kejadian kebakaran di Sarawak termasuk di Kuala Tatau, Sibu dan Penasu/Penukak dalam tempoh seminggu lalu kini terkawal. Pengawal Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Datu Jack Liam berkata kebakaran itu dipadam sepenuhnya di Sibu berikutan hujan lebat pada waktu malam. “Di kawasan Penasu, operasi pemadaman masih giat dijalankan oleh pasukan bomba, walaupun keadaan api dilaporkan terkawal,” […]

TYT, isteri sampaikan bantuan program LIFE

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal, di sini, hari ini. Sumbangan itu disampaikan ketika mengadakan kunjungan Aidilfitri ke kediaman Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah. Bantuan Program Low […]

Eksport produk kayu Sarawak cecah RM2.5 bilion

KUCHING: Nilai eksport produk kayu Sarawak pada tahun lalu mencecah kira-kira RM2.5 bilion, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Perancangan Sumber ll berkata, jumlah eksport produk kayu terbabit berjumlah 1.4 juta meter padu. Pada masa sama, katanya Sarawak mengimport spesies tertentu berjumlah 241,000 tan […]