Author: Jiwa Bakti

Iftar Ramadan Hotel Harbour View sajikan hidangan istimewa ala kampung

KUCHING: Bufet Ramadan Hotel Harbour View pada tahun ini tampil dengan slogan ‘Serantau Desa’ yang menyajikan hidangan istimewa berkonsepkan ala kampung. Antara sajian kampung tradisional termasuk pelbagai jenis ulam-ulaman serta sambal belacan, rojak buah-buahan, umai ikan, bubur pedas, laksa Sarawak, mi jawa, pelbagai jenis masakan sayuran, udang, ayam, daging dan banyak lagi. Sementara, pelbagai jenis […]

Bazar Ramadan Semarak tampil imej baharu

KUCHING: Pada Ramadan tahun ini, Bazar Ramadan Semarak di Jalan Pinang Jawa tampil dengan imej baharu apabila penjaja yang berniaga di tapak tersebut menggunakan tapak ruang niaga kekal (KIOSK HIJAU). Berbanding sebelum ini, peniaga berniaga di bawah kanopi besar. Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul […]

Pertimbang lantik wakil PAVB dalam Majlis Konsultatif BDA

BINTULU: Persatuan Anaq Va’ie Bintulu (PAVB) mencadangkan pelantikan wakil mereka dalam Majlis Konsultatif Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA). Presiden PAVB, Pandi Suhaili berkata pihaknya berharap agar BDA dapat mempertimbangkan cadangan terbabit. “Pelantikan wakil PAVB dalam Majlis Konsultatif BDA supaya suara komuniti Va’ie dapat diambil kira dalam perancangan pembangunan setempat,” katanya. Beliau berkata demikian semasa Majlis Makan […]

Usaha bersepadu basmikan kemiskinan di Dalat

DALAT: Usaha pembasmian kemiskinan di kawasan Dalat terus diperkasa melalui penganjuran Bengkel Menangani Isu Kemiskinan yang berlangsung di Kompleks Kebajikan Dalat baru-baru ini. Bengkel dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah yang jugaAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat. Ia menghimpunkan pelbagai agensi dan pemegang taruh termasuk Pejabat Residen, […]

Peruntukan RM700,000 bina pembangunan Infrastruktur Kampung Nauran

LIMBANG: Sejumlah RM700,000 diperuntukkan untuk dewan serba guna Kampung Nauran dan pembinaan parit konkrit. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail memberitahu projek tersebut akan mula dibina pada tahun ini. Beliau menyatakan demikian pada Program Badudun(ziarah) Ramadan Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Kota Bersama Pemimpin di Surau Al-Muqarrabin Kampung […]

DBKU sediakan 108 tapak jualan Bazar Ramadan Satok

KUCHING: Sejumlah 108 tapak jualan membabitkan 82 jualan makanan, 22 jualan minuman dan empat jualan berpanggang disediakan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di Bazar Ramadan Satok pada tahun ini. Bazar Ramadan Satok itu beroperasi mulai hari ini hingga 20 Mac ini, menjual pelbagai jenis menu makanan dan minuman. Majlis perasmian Bazar Ramadan Satok disempurnakan Timbalan […]

Bazar Ramadan Stutong miliki tahap kebersihan tinggi

KUCHING: Bazar Ramadan Stutong merupakan antara bazar terbaik di bandar raya ini. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazland berkata ini dari segi pengurusan, kepelbagaian juadah dan harganya berpatutan. Katanya, ini juga merangkumi tahap kebersihan yang tinggi melalui amalan menjaga kebersihan gerai, penggunaan peralatan bersih serta pengendalian makanan yang selamat. “Ini […]