KUCHING: Kerajaan Sarawak setakat ini telah meluluskan satu permit kajian karbon kepada sebuah syarikat tempatan untuk membuat kajian dan menilai potensi sebenar kawasan tersebut bagi menjalankan aktiviti karbon. Menteri Perancangan Sumber, Pembangunan Bandar dan Alam Sekitar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, tiga lagi permit kajian karbon sedang dalam proses akhir dan satu […]
Klinik pasca gigitan haiwan ditambah, tangani wabak rabies
KUCHING: Jabatan Kesihatan Sarawak (JKS) menambah bilangan klinik pasca gigitan haiwan daripada 31 fasiliti sebelum Jun 2023 kepada 107. Klinik itu dilengkapi dengan vaksin antirabies. Menteri Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, langkah itu sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan kes rabies manusia. Katanya, klinik itu termasuk 78 kemudahan […]
Pendidikan awal kanak-kanak di pedalaman, dua tadika beroperasi 2024
KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui SeDidik, membina dua tadika pada tahun ini bagi memberi akses kepada pendidikan awal kanak-kanak di pedalaman. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah berkata, tadika itu ialah tadika Rumah Seliau, Selangau dan tadika Long Tebanyi, Baram yang akan mula beroperasi pada tahun depan. Menurutnya, pada tahun ini, […]
Kerajaan Sarawak peruntuk RM1.26 juta beli 30 mesin hemodialisis
KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM1.26 juta bagi pembelian 30 mesin hemodialisis untuk ditempatkan di 19 hospital dan klinik kesihatan kerajaan dari 2021 hingga 2023. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penambahan mesin hemodialisis ini dijangka dapat memberi manfaat kepada 180 pesakit buah pinggang. Katanya, mesin hemodialisis bagi kegunaan […]
Lapan pembangunan taman agro dilulus
KUCHING: Kerajaan Sarawak telah meluluskan lapan lokasi untuk membangunkan taman agro di seluruh negeri. Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, pembangunan kemudahan pertanian di Sg. Baji Agropark yang direka dengan sistem pertanian campuran terdiri daripada rumah hijau kemudahan dan lot pertanian terbuka telah selesai. Menurutnya, fasiliti […]
Empat kawasan dipilih lokasi Geotrail
KUCHING: Geotrail bakal dibangun di tapak geo Taman Delta Geo Sarawak (SDGp) melibatkan empat kawasan di negeri ini. Ia sejajar aspirasi untuk mendapatkan pengiktirafan Taman Geo Global Tapak Warisan Dunia UNESCO. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, antara kawasan itu ialah Santubong, Padawan, Bau dan Bako. “Sebanyak […]
Projek perintis VPS akan dimuktamad 2024
KUCHING: PETROS akan melaksanakan projek perintis Sarawak Virtual Pipeline System (VPS), iaitu gas asli cecair (Liquefied Natural Gas – LNG) akan dihantar dari Bintulu ke bandar raya ini. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, projek itu masih dalam peringkat rundingan komersial. “Ia dijangka akan dimuktamadkan pada suku pertama 2024,” katanya. Beliau berkata demikian […]
Penggunaan air domestik lebih 35,000 liter seisi rumah sebulan akan dikena surcaj
KUCHING: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak melalui agensi air akan mengenakan surcaj bagi penggunaan air domestik melebihi 35,000 liter seisi rumah sebulan di negeri ini. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, secara purata penggunaan air domestik di Sarawak adalah 26, 880 liter seisi rumah sebulan. “Maknanya kalau penggunaan air 35,000 […]
Perkasa bidang pendidikan, RM343 juta diperuntuk
KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) serius dalam usaha memantapkan sektor pendidikan di negeri ini. Menterinya, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, penyaluran peruntukan sebanyak RM343 juta untuk MEITD dalam Belanjawan Sarawak 2024. Ia akan digunakan dengan berkesan melaksanakan inisiatif dan projek strategik meningkatkan kualiti pendidikan, pembangunan modal insan, serta […]
Cadangan usia pemohon lesen sampan khas diturun ke 20 tahun
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir mahu syarat umur pemohon lesen sampan khas diturunkan kepada 20 tahun. Katanya, syarat yang ditetapkan untuk pemohon lesen sampan khas ialah usia 40 hingga 60 tahun pada masa ini. “Justeru, saya ingin memohon, agar syarat usia 40 tahun itu, diturunkan kepada usia 20 tahun dan […]
