KUCHING: Kerajaan negeri perlu memikirkan cara mengekang aktiviti vandalisme kemudahan bekalan air, elektrik dan telekomunikasi yang semakin berleluasa sekarang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS-Kalaka, Mohamad Duri berkata, antaranya kecurian kabel tembaga dan aluminium dan bateri di menara telekomunikasi dan transformer elektrik. “Isu vandalisme ini semakin kerap berlaku sehingga mengakibatkan gangguan kepada perkhidmatan utiliti dan […]
Tangani masalah guru, Sarawak guna khidmat CoS
KUCHING: Sarawak akan mengguna pakai perkhidmatan guru kontrak (CoS) bagi menangani masalah kekurangan tenaga pengajar di negeri ini. Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Datuk Dr Annuar Rapaee sambil berkata, pendekatan itu akan meningkatkan jumlah guru di Sarawak. Katanya, CoS merupakan kaedah tambahan kepada pengambilan biasa guru daripada graduan Institut […]
Lebih RM59 juta subsidi tambang bas RM1, jumlah penumpang meningkat
KUCHING: Kos keseluruhan subsidi bas henti-henti tambang RM1 dari Mei 2020 hingga September 2023 berjumlah lebih RM59 juta dan dimanfaatkan oleh golongan B40. Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil berkata, program perhidmatan bas henti-henti tambang RM1 merupakan subsidi Kerajaan Sarawak yang telah dilaksanakan di Bahagian Kuching, sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri sejak Mei 2020. […]
Pemuda, Belia Parti PBB Balingian hadiri sidang DUN Sarawak
KUCHING: Delegasi Pergerakan Pemuda Dan Sayap Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian mengadakan lawatan ke DUN Sarawak di sini, semalam. Seramai 10 ahli kemudian berpeluang menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berbahas pada persidangan DUN Sarawak itu. Ahli Pergerakan Pemuda Parti PBB Balingian, Mikai Saban […]
Penyambungan elektrik projek ALAF diterus
KUCHING: Kerajaan Sarawak memperkenalkan inisiatif bantuan iaitu Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di bawah Projek Rakyat. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ini bertujuan penyambungan bekalan elektrik kepada rumah yang tertinggal atau baharu dibina selepas projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) siap di sesuatu kawasan. “Penyambungan elektrik di bawah projek ALAF masih […]
Ordinan Ombudsman 2023 akan dikuatkuasa setelah dapat perkenan TYT
KUCHING: Ordinan Ombudsman 2023 yang diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Isnin lalu, seterusnya akan dikuatkuasakan. Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Dato Murshid Diraja Dr Juanda Jaya berkata, ordinan ini akan dikuatkuasakan setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak. “Manakala, tarikh kuatkuasanya akan ditentukan kemudian oleh kerajaan,” katanya […]
Bau, Lundu dicadang bergabung jadi bahagian Ke-13
KUCHING: Sarawak bakal mempunyai 13 bahagian jika cadangan penggabungan Daerah Bau dan Lundu dilulus oleh kerajaan negeri. Cadangan penggabungan dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19. Katanya, dengan penggabungan itu akan membolehkan kerajaan negeri […]
Tarif levi CCS berbeza
KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Tanah dan Survei sedang dalam proses untuk menentukan tariff membabitkan levi ke atas caj penyimpanan karbon dan ses (CCS). Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alamr Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni berkata, perkara itu akhirnya akan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Tarif bagi CCS dalam sektor minyak dan […]
Dasar tanah Sarawak diberi kepada persekutuan kini selaras MA63
KUCHING: Kerajaan Sarawak melaksanakan dasar baharu terhadap tanah negeri ini yang diberi kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (FLC) selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datuk Len Talif Salleh berkata, menerusi dasar ini sejak 2022, setiap tanah diberi milik kepada FLC akan dikenakan syarat khas pembangunan perlu dilaksana dan disiapkan dalam […]
Kaji semula elaun ketua masyarakat, ketua kaum dan ahli majlis
KUCHING: Kerajaan Sarawak digesa agar mempertimbangkan dan mengkaji semula elaun ketua masyarakat, ketua kaum dan ahli majlis. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu (GPS-PBB),Dr Simon Sinang Bada, berkata peranan mereka terlalu penting namun mereka hanya menerima elaun RM1,200 sebulan bagi ketua masyarakat, ketua kampung (RM900) dan ahli majlis (RM300). “Mengikut definisi paras kemiskinan kebangsaan, sesiapa […]
