Category: Persidangan DUN Sarawak

Sarawak guna pendekatan menyeluruh perkukuhkan sektor pertanian

KUCHING: Kerajaan Sarawak menumpukan kepada pendekatan yang lebih mampan dan menyeluruh melalui peningkatan produktiviti dalam mengurangkan kos input pertananian terutama baja dan makanan ternakan. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komiditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata, di samping itu kerajaan juga fokus pembangunan infrastruktur, penerapan teknologi moden serta pembangunan sumber input alternatif tempatan. […]

Deklarasi strategik autonomi pertanian Sarawak

KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Padi dan Beras Sarawak, 2026 merupakan satu instrumen penting yang mencerminkan kedaulatan negeri Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri Daro, Dr. Safiee Ahmad berkata, dengan undang-undang itu, Sarawak dapat melaksanakan langkah kawal selia yang disesuaikan dengan keadaan tempatan. Di samping itu, ia membolehkan Sarawak menyimpan stok secara setempat dan rangkaian pengedaran […]

Sarawak sasar kesalinghubungan menyeluruh, 503 projek infrastruktur dilaksana

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh kesalinghubungan infrastruktur apabila sebanyak 4,959 daripada 6,344 kampung dan kawasan penempatan di negeri kini dapat dihubungi melalui jalan darat. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata baki 1,385 kampung lagi dijangka menikmati akses jalan darat dalam tempoh beberapa tahun akan datang. “Pembangunan […]

Pembayaran bantuan kebajikan dipendek kepada lima hari

KUCHING: Sebanyak RM249.2 juta daripada peruntukan RM295.5 juta telah disalurkan kepada 56,650 penerima bantuan kebajikan bulanan di Sarawak setakat Oktober lalu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata bantuan itu merangkumi golongan warga emas, orang kelainan upaya (OKU), kanak-kanak serta keluarga miskin. “Bermula tahun ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) […]

Peruntukan pertanian naik 80.1%, fokus tingkatkan keselamatan makanan

KUCHING: Kerajaan Sarawak meningkatkan peruntukan sektor pertanian dalam Belanjawan 2026 sebagai strategi utama memperkukuh keselamatan makanan serta merealisasikan aspirasi menjadikan negeri itu pengeksport makanan menjelang 2030. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata sektor itu menerima RM326 juta dalam Belanjawan 2026—peningkatan RM145 juta atau 80.1 peratus berbanding tahun […]

Sarawak rekodkan kes buli meningkat, program kesedaran diteruskan

KUCHING: Kes keganasan rumah tangga di Sarawak menunjukkan penurunan, manakala kes buli pula mencatatkan peningkatan tahun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah. Beliau berkata, sebanyak 444 kes keganasan rumah tangga direkodkan setakat Oktober 2025, menurun 4.1 peratus berbanding 463 kes dalam tempoh sama pada 2024. “Walaupun menurun, […]

SUKSAR IV 2026: Platform persiapan Sarawak ke SUKMA

KUCHING: Temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026 bakal menjadi platform penting untuk memantapkan persiapan kontinjen negeri dalam mempertahankan kejuaraan SUKMA di Selangor. Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, SUKSAR sejak 2017 berperanan sebagai medan pencarian bakat dan pembangunan atlet pelapis. “SUKSAR IV yang berlangsung pada awal Februari […]

Pelancongan jana pendapatan RM10.22 bilion

KUCHING: Industri pelancongan di negeri ini terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila mencatatkan 4.01 juta pelawat berkunjung ke Sarawak mulai Januari hingga Oktober tahun ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, angka itu meningkat 0.7 peratus berbanding tempoh sama pada 2024 sungguhpun menempuhi cabaran disebabkian krisis geopolitik. Kedatangan […]

Sarawak catat 17,847 nahas jalan raya, kereta penyumbang utama

KUCHING: Sarawak mencatat 17,847 kemalangan jalan raya antara Januari hingga Oktober lalu, termasuk 305 kematian, 110 kes serius dan 213 kemalangan ringan, menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin. Beliau berkata, insiden ini menyebabkan seramai 749 mangsa cedera, 154 parah dan 259 cedera ringan. “Kenderaan jenis kereta menjadi penyumbang utama, diikuti pacuan empat […]