Category: Umum

Pelbagai inisiatif diperkenal GPS, warga emas terus dihargai – Fatimah

KUCHING: Sebanyak 14 peratus penduduk Sarawak kini berumur 60 tahun ke atas dan kedua tertinggi di negara ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini berdasarkan statistik daripadaJabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), MyAgeing Dashboard. “Tertinggi kedua selepas Perak (15.3 peratus ) dan jelas lebih tinggi daripada purata kebangsaan yang […]

NREB Sarawak bakal distruktur sebagai badan korporat strategik

KUCHING: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dijangka melalui satu fasa transformasi penting apabila kerajaan negeri merancang menjadikannya sebagai badan korporat strategik yang lebih dinamik dan berdaya saing. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu diambil bagi memastikan NREB berupaya memainkan peranan lebih besar dalam melindungi dan […]

SJK Chung Hua Roban dapat peruntukan RM12,000, laksana aktiviti

ROBAN: Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Roban menerima peruntukan sebanyak RM12,000 bagi melaksanakan aktiviti tahunan sekolah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir mengumumkan peruntukan terbabit sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan pendidikan dan kebudayaan. “Ini selaras dengan komitmen kerajaan negeri membantu sekolah jenis kebangsaan di seluruh Sarawak,” katanya. Beliau berkata demikian […]

JKMS salurkan bantuan bulanan RM224.8 juta sejak Januari – September

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) menyalurkan bantuan bulanan berjumlah RM224,008,150 di seluruh Sarawak dari Januari hingga September 2025. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini membabitkan seramai 57,001 penerima bantuan bulanan di seluruh Sarawak. “Bagi Januari sehingga September, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Kuching menyalurkan perbelanjaan sebanyak […]

Jalan akses baharu hubungkan Klinik Kesihatan Kampung Tuie ke jalan utama akan dibina

PUSA: Jalan akses baharu untuk menghubungkan Klinik Kesihatan Kampung Tuie, Pusa terus ke jalan utama akan dibina bagi memudahkan pergerakan penduduk berurusan di klinik tersebut. Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, klinik yang dibina kira-kira 26 tahun lalu kini berdepan cabaran dari segi laluan masuk berikutan perubahan sistem pengangkutan utama […]

Transformasi tingkatkan daya saing, GLC kunci pertumbuhan ekonomi Sarawak

KUCHING: Agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) harus beroperasi seperti entiti komersial dengan menggunakan teknologi terkini. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu penting untuk meningkatkan produktiviti dan memberi pulangan kepada negeri. Sehubungan itu katanya, kerajaan bersedia melakukan transformasi menyeluruh terhadap peranan sektor awam dan GLC demi memacu […]

IDECS: Empat penceramah terkemuka dunia kongsi kepakaran AI

KUCHING: Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak 2025 (IDECS 2025) yang bakal berlangsung di sini, menyaksikan pembaharuan dengan menampilkan nama-nama terkemuka dalam menyumbang kepakaran mereka dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan inovasi digital. Persidangan tersebut akan diadakan mulai 22 dan 23 Oktober ini. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, penulis buku ‘Our Final […]

Teknologi moden bantu Sarawak sebagai hab inovasi serantau

KUCHING: Penggunaan data, analitik dan teknologi kecerdasan buatan (AI) menjadi pemacu utama dalam pembangunan ekonomi digital Sarawak. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak berpotensi muncul sebagai hab inovasi serantau sekiranya teknologi moden dimanfaatkan sepenuhnya oleh sektor industri dan penyelidikan tempatan. “Apabila kita mahu bergerak ke hadapan dalam ekonomi moden, […]