KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) menganjurkan Program Sarawak Rocketeer CAN-SAT Challenge (SRC), di sini, bermula 14 Jun lalu. Menurut kenyataan TEGAS, seramai 50 peserta mewakili 10 sekolah menengah dari lima Pejabat Pendidikan Daerah menyertai program yang julung kali di Sarawak. Ini bermula dengan bengkel dan sesi demonstrasi di Hotel Hock Lee dan Politeknik […]
Sarawak terus bersuara selagi perkara MA63 belum selesai – Hasidah
KUCHING: Lebih enam dekad telah berlalu sejak Malaysia dibentuk, namun bagi Sarawak, perjuangan menuntut pemulangan hak-hak yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih jauh dari garisan penamat. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menegaskan bahawa kerajaan negeri akan terus memperjuangkan segala perkara tertunggak […]
iCEPS UiTM mampu lahirkan tenaga kerja profesional
KUCHING: iCEPS UiTM Cawangan Sarawak memainkan peranan sebagai platform penting dalam menyokong kemahiran warga Sarawak selari dengan ekonomi digital dan tenaga kerja masa depan. Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Abdul Wahab Aziz percaya, sebagai salah satu institusi pendidikan tinggi (IPT) di Sarawak yang berteraskan kecemerlangan, iCEPS UiTM bertanggungjawab melahirkan tenaga kerja profesional dan […]
Projek mega Tanjung Embang bakal pacu ekonomi Asajaya
KOTA SAMARAHAN: Pelaksanaan projek mega di Tanjung Embang termasuk pembinaan lapangan terbang dan pelabuhan baharu bakal menjadi pemangki pertumbuhan ekonomi luar bandar khasnya di Asajaya dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Asajaya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, projek […]
‘Itut’ ditawar secara percuma kepada orang ramai di BCF 2025
SIBU: Permainan tradisional masyarakat Melanau “Itut” dijangka terus menjadi tarikan utama Festival Kebudayaan Borneo (BCF) 2025. Pengerusi penganjur Itut BCF 2025, Kaunselor Abg Carrol Abg Dris berkata “Itut” diperkenalkan secara rasmi sebagai tarikan BCF sejak 2015. Katanya, lebih 1,000 orang menyertai permainan ini tahun lalu dan pihaknya menyasarkan penyertaan lebih tinggi pada BCF tahun ini. […]
RES rapatkan jurang pembangunan luar bandar
MATU: Pelaksanaan Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) bukti komitmen teguh Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam merapatkan jurang pembangunan di luar bandar. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, projek RES adalah selaras dengan aspirasi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk memastikan kawasan luar bandar turut menikmati kemudahan asas […]
BDDA rangsang pembangunan pesat Betong
KUCHING: Sebuah klinik kesihatan akan dibina di Simpang Layar membabitkan kos RM16 juta sebagai usaha menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada masyarakat di Betong. Semasa mengumumkan berita gembira itu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, klinik baharu ini akan menjadi tambahan kepada yang akan dibina dengan kos RM36 juta dan pusat hemodialisis bernilai […]
Tanah NCR: Program penyukatan dilaksanakan secara sistematik, Sarawak paling aktif
LIMBANG: Lebih 1.2 juta hektar Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) berjaya disukat setakat ini, menjadikan Sarawak antara negeri paling aktif dalam usaha mengiktiraf hak tanah adat masyarakat pribumi. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, program penyukatan ini dilaksanakan secara sistematik melalui pendekatan penyukatan perimeter, diikuti pemberian hak milik kepada pemilik tanah […]
Peruntukan RM6 juta dilulus kepada Amanah Kebajikan Bisaya Sarawak
LIMBANG: Masyarakat Bisaya disaran mengambil peluang dalam mengembangkan sektor ternakan kerbau di sini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini kerana Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju meluluskan peruntukan berjumlah RM6 juta kepada Amanah Kebajikan Bisaya Sarawak bagi mengembangkan sektor itu di Batu Danau. “Saya tahu […]
Bantuan pendidikan, geran disampai kepada 59 penerima
LUNDU: Bantuan pendidikan dan geran keseluruhan berjumlah RM507,000 diagihkan kepada penerima di Dewan Anjung Tok Milah, di sini, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menyampaikan bantuan dan geran terbabit kepada keseluruhan seramai 59 penerima. Seramai 32 penerima bantuan pendidikan bagi memasuki Institut Pendidikan Tinggi (IPT) yang berjumlah RM16,000. […]
