BETONG: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) memainkan peranan penting kepada pelancongan lestari di Sarawak. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ini kerana pelancongan lestari di Sarawak perlu tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. “Tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, mudah menyesuaikan diri dan inovatif membentuk tulang belakang […]
PMKS pacu ekonomi Sarawak
BINTULU: Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) terus memperkasa sektor keusahawanan sebagai pemacu utama ekonomi Sarawak, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Katanya, ini khususnya dalam menyokong Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Beliau menegaskan, lebih RM3.3 bilion disalurkan sejak beberapa tahun lalu untuk membantu memperkasa lebih 178,000 usahawan. […]
MAKSAK Wanita anjur bacaan Yaasin, tahlil buat Puan Sri Datuk Amar Juma’ani
KUCHING: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) Wanita menganjurkan Majlis Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil buat Allahyarhamah Penasihat MAKSAK Wanita Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di Wisma SABATI, di sini hari ini. Majlis inisiatif MAKSAK Cares itu dihadiri Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak, Datin Amar Baduyah Bujang, Penasihat MAKSAK Wanita […]
UNESCO menilai potensi Sarawak Delta Geopark
KUCHING: Usaha sedang dijalankan Sarawak Delta Geopark menyertai rangkaian 229 Geopark Global UNESCO di seluruh dunia. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, kehadiran dua penilai antarabangsa dari UNESCO, Jean-Simon Pages dan Antonio Garcia Jiminez menandakan detik penting dalam usaha Sarawak itu. “Kami amat menghargai masa, kepakaran dan […]
Semangat hijrah teras transformasi Sarawak
BINTULU: Perjalanan agung junjungan besar Rasullullah SAW dalam peristiwa Hijrah terus menjadi inspirasi Sarawak untuk mentransformasikan wilayah ini secara keseluruhan. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak kini menuju wilayah yang maju dan makmur melalui pendekatan ekonomi hijau, digitalisasi, keterangkuman sosial dan pembangunan yang lestari. Menurutnya, sambutan Maal Hijrah 1447 […]
TYT, isteri hadiri Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun
BINTULU: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun 1446H dan Awal Tahun 1447H yang diadakan di Masjid Assyakirin, di sini. Ketibaan mereka pada jam 6.15 petang tadi disambut Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan […]
16 projek Kerajaan Sarawak di Kapit ditender tahun ini
KAPIT: Kerajaan Sarawak membiayai pelaksanaan sejumlah 40 projek membabitkan peruntukan sebanyak RM1.233 bilion di Bahagian Kapit. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sebanyak 19 projek terbabit telah disiapkan manakala lima projek lagi bernilai RM116 juta termasuk jalan dan jambatan sedang dalam fasa pembinaan. “Baki 16 projek bernilai RM721 juta akan dijangka tender […]
Tabung Haji hargai agensi terlibat operasi haji Sarawak
KUCHING: Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji Tanah Air Stesen Kuching diadakan di Raia Hotel and Convention Centre, di sini, hari ini. Menurut kenyataan media Tabung Haji, majlis bertujuan menghargai sumbangan pelbagai agensi kerajaan, swasta sertasukarelawan yang menjayakan operasi haji tahun ini. Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said berkata ini termasuk memastikan kelancaran, keselamatan […]
300 unit Reef Ball bakal ditanam di perairan Lawas
LAWAS: Projek Reef Ball Sarawak Fasa Dua akan menanam sejumlah 300 unit tukun Reef Ball di perairan Lawas. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, serentak itu, lokasi baharu memancing disediakan bagi penduduk Lawas terutamanya dari Sundar hingga ke Awat-Awat. “Sejumlah 300 unit ditanam di dalam enam kluster untuk Fish Aggregating Device (FAD) […]
Hafiz,Norhashimah johan qari dan qariah Majlis Tilawah al-Quran Bahagian Betong
KABONG: Muhammad Hafiz Pelira dari Saratok dan Norhashimah Marzuki dari Kabong muncul sebagai Johan Qari dan Qariah pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Betong. Seramai 12 peserta terdiri daripada enam qari dan enam qariah telah menyertai majlis tilawah ini di Masjid Assabirin, di sini, malam tadi. Tempat kedua qari, ialah Mohammad Zahary Mansor dan ketiga […]
