Category: Umum

Sarawak rekodkan 572 kes dera, abai kanak-kanak

SAMARAHAN: Sarawak merekodkan sebanyak 572 kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak dari Januari hingga Jun tahun ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, menurut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak sebanyak 45 kes itu berlaku di Bahagian Samarahan. “Ini bukan angka kosong. Ia mewakili anak-anak yang memerlukan pertolongan kita,” katanya. Beliau […]

Program Dao’ Telo Pamat, Run 2025 ajak masyarakat hidup sihat

MATU: Klinik Kesihatan Tian menyambut ulang tahun ke-34 dengan penganjuran Program Dao’ Telo Pamat, Run 2025: “Nak Medut, Asal Sihat” dan Karnival Kesihatan yang berlangsung meriah di Dewan Masyarakat Tian, semalam. Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi semasa berucap menyifatkan usaha amat penting meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penjagaan kesihatan. “Ia juga memberi peluang kepada […]

Gawai Dayak kukuhkan hormat menghormati, nilai masyarakat

BINTULU: Perayaan Gawai Dayak memperkukuh nilai bergotong-royong dan hormat menghormati warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, ini kerana Gawai adalah masa masyarakat kembali kepada akar budaya. “Ia mengingatkan kita kepada nilai persaudaraan, gotong-royong dan hormat-menghormati,”katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Ngiling Bidai Parti Pesaka […]

Stesen PETROS Ke-11 akan dibuka di Batu Kawa

KUCHING: Sebuah lagi stesen PETROS Tenaga Pelbagai “Multifuel Station” (MFS) Ke-11 akan dibuka di Batu Kawa di sini, tidak lama lagi. Perkembangan positif itu dimaklumkan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak Energy (SEDCE) susulan lawatan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian ke tapak projek tersebut padah hari ini. Ia untuk melihat kemajuan […]

Pertandingan memancing udang galah

LUNDU: Nik Mohd Arif Nik Haron dari Kelantan, yang kini berkhidmat dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), muncul johan Pertandingan Memancing Udang Galah di Waterfront Lundu, hari ini. Pertandingan anjuran Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N3 Tanjong Datu dengan kerjasama Geng Kalan Kubu itu menyaksikan Nik Mohd Arif membawa pulang hadiah wang tunai […]

Kes berulang penagih dadah membimbangkan, pendekatan komprehensif dipergiat

SAMARAHAN: Sarawak mempunyai kes berulang dalam kalangan penagih dadah yang membimbangkan tahun ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata Sarawak merekodkan sebanyak 4,602 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan dadah tahun ini sehingga April. Katanya daripada jumlah tersebut, sebanyak 77.68 peratus (3,575 tangkapan) merupakan tangkapan melibatkan kesalahan positif urin. “Kes […]

PKM beri peluang individu perbaiki diri

KUCHING: Pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) bertujuan memberi peluang kedua kepada individu untuk memperbaiki diri, membina semula kehidupan dan kembali menyumbang kepada masyarakat. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri, PKM dilihat sebagai pendekatan yang lebih inklusif dan bersifat membina, berbanding hukuman konvensional. “Ia memberi ruang kepada pesalah, terutamanya dalam kalangan […]

91 kontinjen sertai perarakan Budaya Gawai Dayak 2025

KUCHING: Sebanyak 91 kontinjen menyertai Perarakan Budaya Gawai Dayak 2025 di Tebingan Sungai Kuching, di sini hari ini. Perarakan sejauh 1.2 kilometer (km) ini melibatkan lebih 3,000 peserta yang mempersembahkan busana tradisional, muzik etnik serta tarian masyarakat Dayak bermula dari Bangunan Tun Jugah ke Pentas Utama Tebingan Sungai Kuching. Perarakan dipimpin Premier Sarawak, Datuk Patinggi […]

Dana Industri Belia Kreatif Sarawak diperluas

KUCHING: Dana Industri Belia Kreatif Sarawak bakal diperluas kepada penggiat industri kraf anak tempatan. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ketika ini dana itu lebih tertumpu kepada bidang muzik, teater, video dan permainan digital. Berikutan itu pihaknya berhasrat meluaskan jangkauan dana terbabit kepada sektor kraf. “Langkah […]

Kenal pasti bakat anak muda

SAMARAHAN: Sarawak akan dapat mengenal pasti bakat anak muda tempatan melalui Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata kejohanan itu sekali gus dapat membentuk pasukan takraw Sarawak yang lebih mantap seterusnya diketengahkan di sukan kebangsaan dan antarabangsa. “Kita mahu bakat-bakat dan potensi dimiliki belia di negeri […]