Category: Umum

Awang Tengah santuni mangsa banjir

LAWAS: Seramai 169 mangsa banjir di kawasan Trusan ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara(PPS) di sini. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong turun padang menyantuni mangsa banjir di tiga PPS di Trusan. Beliau tiba di PPS Dewan Masyarakat Trusan bagi meninjau keadaan mereka. Beliau kemudian […]

KJM N7 Samariang agih bubur lambuk

KUCHING: Sebanyak 400 pek bubur lambuk diagihkan kepada orang awam di Majlis Agihan Bubur Lambuk Kejiranan Mesra (KJM) N7 Samariang hari ini. Menurut kenyataan media Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), majlis disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof, di Surau Darul Al Amin, Kampung Samariang Jaya Fasa 2, di sini. Majlis itu dianjurkan dengan […]

Program Ziarah Ramadan santuni asnaf, erat hubungan kerajaan-rakyat

LAWAS: Seramai 200 asnaf berdaftar dengan Baitulmal menerima sumbangan khas dalam Program Ziarah Ramadan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) 1446H/2025. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, asnaf yang terpilih akan menerima sumbangan yang disalurkan melalui konsep wakalah. “Dengan kaedah ini, LCDA sebagai wakil dalam pengagihan zakat, memastikan bantuan sampai kepada […]

Program Jelajah Ramadan Masjid baharu Kampung Jerijeh

TANJUNG MANIS: Program Jelajah Ramadan Dewan Undangan Negeri (DUN) 41 Kuala Rajang hari kedua diadakan di Kampung Jerijeh, di sini, malam tadi. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh kemudian penduduk berbuka puasa, menunaikan solat Maghrib, Isya dan solat Terawih. […]

Premier Sarawak santuni anak yatim dalam majlis berbuka puasa

KUCHING: Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) menganjurkan Majlis Berbuka Puasa khas bagi meraikan anak-anak yatim dari Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak (PERYATIM). Majlis yang berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) itu diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang […]

Wanita pemangkin kemajuan negara

KUCHING: Golongan wanita memainkan peranan penting sebagai tiang seri keluarga dan pemacu kemajuan di negara ini. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata keupayaan wanita dalam mendidik, memimpin dan menyumbang dalam pelbagai bidang menjadikan dunia semakin maju dan sejahtera. “Setiap usaha, pengorbanan dan kecekalan wanita harus terus dihargai serta […]

Pekan Trusan dibangun jadi bandar baharu

LAWAS: Kerajaan Sarawak akan membangunkan semula Pekan Trusan di sini menjadi bandar baharu yang lebih strategik dan menarik bagi kegiatan ekonomi di sempadan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini akan dilaksanakan melalui Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) dan agensi pelaksana seperti Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA). “Pekan […]

PDP sedia lebih banyak ruang pada wanita dan pemuda

BINTULU: Sayap Wanita dan Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) Samalaju Cawangan Stanpipe, Sungai Plan dan Kidurong Avenue telah dilancarkan di Dewan Suarah, di sini, hari ini. Presiden PDP Datuk Sri Tiong King Sing, berkata pelancaran itu satu permulaan kepada lebih banyak usaha untuk memperkasa wanita dan belia dalam arena politik serta pembangunan setempat. “PDP komited […]