Category: Umum

AirBorneo: Proses transisi ambil masa setahun – Premier

KUCHING: Nama AirBorneo dipilih sebagai jenama syarikat penerbangan pertama Sarawak kerana negeri ini mahu menjaga kepentingan rakan di Sabah. Perkara itu didedahkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sambil menambah AirBorneo akan meneruskan operasi yang dilakukan oleh MASwings sebelum ini iaitu terbang ke kawasan luar bandar. “Dari peringkat ke peringkat, […]

Pemain sape Sarawak berusia 10 tahun wakili negara

KUCHING: Pemain sape berusia 10 tahun dari Sarawak, Baptista Emmanuell Korintus akan mewakili negara ini ke Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) tahun ini. Kejohanan terbabit melibatkan sebanyak 70 negara di Hollywood, Amerika Syarikat pada 16 hingga 27 Julai depan. Ini selepas Baptista atau Nuel@Levat dari Rumah Sekapan, Piit Belaga berjaya memenangi pingat perak dalam uji […]

Kerjasama strategik perkukuh pembangunan infrastruktur

KUCHING: Kementerian Kerja Raya (KKR) giat bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi memastikan setiap projek pembangunan infrastruktur berjalan lancar. Agensi itu termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, JKR Sarawak, JKR Sabah, Lembaga Lebuhraya Malaysia serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia menjadi platform bagi […]

Sarawak hab penerbangan Borneo, pintu masuk ASEAN

KUCHING: Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk MASwings hari ini memetari Perjanjian Jual Beli dengan Kerajaan Sarawak untuk memindahkan pemilikan MASwings secara rasminya. Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menandatangani perjanjian itu bagi pihak Kerajaan Sarawak dan MAG diwakili oleh Pengurusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail sambil disaksikan oleh Premier Sarawak, […]

AirBorneo syarikat penerbangan baharu Sarawak

KUCHING: Sektor penerbangan Sarawak melakar sejarah baharu susulan pengambilalihan sepenuhnya syarikat penerbangan MASwings dari Malaysia Avation Group (MAG). Detik bersejarah itu dilakar hari ini pada Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli antara Kerajaan Sarawak dan MAG di Hotel Hilton di sini. Susulan pengambilalihan tersebut, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan penjenamaan […]

Perkhidmatan Awam Sarawak perlu idea strategik, signifikan capai visi 2030

KUCHING: Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS) perlu mengetengahkan idea strategik yang signifikan sebagai usaha memperkuatkan kejayaan yang dikecapi Sarawak hari ini. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kejayaan ini tidak dinafikan adalah hasil kerjasama SCS yang bergerak dalam sebuah pasukan dalam menjayakan inisiatif kerajaan negeri. “Saya perlu mengatakan di sini bahawa […]

Sarawak masih perlukan ramai guru khas berkelayakan

KUCHING: Masih terdapat banyak kekosongan untuk guru khas di Sarawak meskipun proses pengambilan hampir selesai, menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn. Katanya, meskipun terdapat ramai pemohon untuk jawatan tersebut, namun jumlah calon yang benar-benar layak masih rendah. Jelasnya, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) menangani isu ini dan satu […]

Sarawak ambil langkah berani tangani isu pemanasan global

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengambil langkah berani dengan menerajui pengeluaran tenaga hidrogen di rantau ini sebagai usaha mengurangkan isu pemanasan global. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak perlu menyumbang kepada dunia dalam mengurangkan pemanasan global dan melihat pengeluaran hidrogen sebagai senjata terbaik untuk mencapainya. “Sarawak memandang serius perkara ini, sebab […]

KPWK komited perkasa wanita, gadis dalam bidang sains, inovasi

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak dalam usaha memperkasakan golongan wanita dan gadis di negeri ini menerusi bidang sains dan inovasi. Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, meskipun wanita telah membuat sumbangan yang luar biasa dalam sains dan inovasi, namun jumlah penyertaan mereka masih kurang. Selain itu katanya, norma dan sikap […]

JKR sedang perhalusi anggaran kemusnahan infra akibat banjir

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sedang memperhalusi anggaran kemusnahan infrastruktur akibat banjir melanda di negeri ini baru-baru ini. Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi mendedahkan jumlah tersebut agak besar kerana banjir yang melanda Sarawak kali ini adalah luar biasa. Katanya, ada dilaporkan kemusnahan infrastruktur akibat banjir dan kali ini memang banyak. “Kali […]