Category: Umum

Sarawak peruntuk RM124 juta anjur SUKMA 2024

KUCHING: Sarawak memperuntukkan sebanyak RM124 juta bagi menaik taraf fasiliti sukan sebagai persiapan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 pada 2024. Ketika ini, persiapan untuk menganjurkan temasya dwitahunan dijadual berlangsung mulai 17 hingga 24 Ogos 2024 sedang berjalan lancar, menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. […]

33 penerima DUN Kabong nikmati kemudahan PPRMS

KABONG: Seramai 33 penerima menikmati Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, sejumlah RM500,000 diperuntukkan kepada kontraktor bagi melaksanakan inisiatif bantuan baik pulih rumah itu. “Ini adalah Projek Rakyat yang diluluskan Kerajaan Sarawak,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara itu. […]

Dedahkan ilmu keselamatan kebakaran di sekolah

SARATOK: Kanak-kanak perlu didedahkan dengan ilmu keselamatan kebakaran sejak di bangku sekolah lagi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, ini memandangkan kanak-kanak adalah golongan paling berisiko sewaktu berhadapan kejadian seumpama itu. “Ini menjadi objektif utama program hari ini dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Saratok,” katanya ketika merasmikan Program Kesedaran keselamatan Kebakaran […]

Kementerian mohon kebenaran ubah terminologi orang kurang upaya – Nancy

KUCHING: Kerajaan Persekutuan berhasrat menukarkan terminologi Orang Kurang Upaya (OKU) kepada Orang Kelainan Upaya. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, kementeriannya akan mendapatkan kebenaran daripada organisasi antarabangsa untuk menukarkan terminologi tersebut. “Tidak dinafikan ada dalam kalangan golongan ini sebenarnya bukan kurang upaya, tetapi kelainan upaya dengan memiliki kebijaksanaan masing-masing. “Banyak permohonan […]

Pertanian, pelancongan bantu rancakkan pembangunan DUN Mambong

PADAWAN: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong perlu memfokuskan agenda pembangunan di kawasan itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr. Jerip Susil berkata, antaranya pembangunan pertanian dan pelancongan. “Mereka perlu berganding bahu untuk mengekalkan DUN Mambong sebagai kerusi Parti PBB,” katanya ketika merasmikan Majlis Ramah Tamah Dan Apresiasi […]

Toleransi, perpaduan keutamaan parti

KUCHING: Rakyat Sarawak diminta agar tidak memperbesarkan lagi isu kemasukan rakyat Palestin ke Sarawak sehingga boleh memudaratkan keharmonian kaum di negeri ini. Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi berkata, isu berkenaan tidak seharusnya dijadikan alat untuk memecahbelahkan perpaduan di Sarawak. Merujuk kepada pandangannya dan pandangan […]

Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri di Kapit

KUCHING: Buat julung kali Kapit dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2023 pada 1 hingga 3 Disember ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sambutan itu bakal dihadiri ribuan belia dari seluruh bahagian negeri ini. Katanya, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan bagi memeriahkan sambutan hari […]

TDM, Maybank adakan kunjungan hormat kepada Premier

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Maybank mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya, di sini, hari ini. Kunjungan hormat TDM diketuai Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Adnan Hashim bertujuan mendapatkan pencerahan berkaitan keselamatan sempadan Sarawak-Indonesia. Kunjungan juga bagi membincangkan maklumat berkaitan aset yang […]