KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menganjurkan program Karnival Kesihatan Sayangi Jantung Anda bagi meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan jantung. Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman berkata, program bagi meraikan sambutan Hari Jantung Sedunia yang didedikasikan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan jantung dan kepentingan menjaga sistem kardiovaskular kita. “Sambutan Hari Jantung Sedunia diraikan pada 29 September […]
Sarawak dapat peruntukan RM600 juta bawah MA63
KANOWIT: Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menerima peruntukan sebanyak RM600 juta tahun ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperuntukkan RM600 juta itu kepada Sarawak tahun ini manakala sebanyak RM300 juta pada tahun lalu. “Sebab itu kami sentiasa menekankan MA63, kami berharap rakyat […]
Tujuh acara utama berlangsung sempena sambutan Perayaan Hari Jadi TYT
KUCHING: Tujuh acara utama akan berlangsung di sekitar bandar raya ini sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-78 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sambutan itu akan berlangsung mulai 10 hingga 13 Oktober depan. “Ia termasuk […]
Polis lupus dadah bernilai RM2.6 juta
KUCHING: Polis Sarawak melupuskan pelbagai jenis dadah termasuk air dan daun ketum dianggarkan bernilai RM2.6 juta yang dirampas dari 2017 sehingga kini. Pesuruhjaya Polis Datuk Mancha Ata berkata, ia dilupuskan setelah mendapat perintah mahkamah berikutan prosiding yang sudah selesai dan tempoh rayuan bagi hukuman dikenakan ke atas pesalah kes terbabit berakhir. “Pelupusan hari ini membabitkan […]
SABATI pendamping masyarakat
LAWAS: Selama 42 tahun kewujudan Persatuan Tenaga Amal Isteri-isteri Menteri Sarawak (SABATI) telah banyak menyumbang kepada kebajikan, kesihatan, pendidikan dan segala aspek keperluan rakyat di Sarawak. Timbalan Presiden SABATI Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud berkata, SABATI yang diasas oleh Allahyarhaman Datuk Amar Laila Taib atas saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad pada […]
Ordinan Buruh Sarawak ke Parlimen
KUCHING: Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan di Persidangan Parlimen pada hujung tahun ini yang memberi hak dan perlindungan saksama dengan pekerja di Semenanjung Malaysia. Menteri Sumber Manusia, Sim Chee Keong berkata, ini adalah satu berita baik buat golongan pekerja di Sarawak. “Satu berita baik untuk pekerja khususnya di Sarawak atas usaha, dukungan dan sokongan Premier […]
Anjung Kasih YKN keempat Sarawak di Hospital Bintulu
BINTULU: Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang keempat di Sarawak akan dibina di Hospital Bintulu di sini. Penubuhan anjung kasih itu menerima tajaan sepenuhnya dari syarikat Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) dan akan menyediakan 67 katil pesakit serta fasiliti seperti bilik penginapan, ruang solat, ruang rehat, bilik mandi, tandas, dan ruang makan. Menteri Pembangunan […]
Inovasi tingkat sistem keselamatan sosial – Fadillah
KUCHING: Inovasi dan pelaburan akan meningkatkan kecekapan dan tindak balas ke atas sistem keselamatan sosial negara, kata Timbalan Perdana Menteri. Dato Sri Fadillah Yusof menegaskan, justeru amat penting bagi pembuat dasar menimbang cara menyesuaikan pembiayaan dan kerangka keselamatan sosial bagi menangani perubahan persekitaran tenaga kerja dan ekonomi digerakkan oleh kecerdasan buatan (AI). AI sangat diperlukan […]
Jualan makanan, minuman sempena Karnival Tanglung dan Kuih Bulan
KOTA PADAWAN : Timbalan Premier Sarawak Prof. Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mengambil masa hampir dua jam untuk menyantuni penjaga yang menjual makanan dan minuman di Taman Tebingan Sungai Batu Kawa dekat sini malam tadi. Pesta makanan dan minuman yang disertai 140 peniaga itu diadakan sempena Karnival Tanglung dan Kuih Bulan. Karnival Tanglung dan […]
Kukuhkan perpaduan, eratkan kerjasama demi kemajuan negeri
SIBU: Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce Tunku Mohamad mengajak masyarakat pelbagai kaum khususnya golongan Melayu supaya terus mengekalkan perpaduan yang sedia ada. Katannya, untuk membangunkan sesebuah wilayah ia tidak hanya bergantung kepada kekuatan ekonomi dan pembangunan infrastruktur semata-mata, sebaliknya perpaduan kaum atau ummah juga penting. Selain itu katanya, pembangunan modal insan atau pendidikan juga penting, […]
