KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat delegasi Tabung Baitulmal Sarawak (Majlis Islam Sarawak) dan Lembaga Tabung Haji (LTH) di Astana Negeri, di sini, hari ini. Kunjungan hormat diketuai Pengurus Besar, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Datu Abg Mohd Shibli Abg Mohd Nailie sempena penyerahan zakat perniagaan […]
Gunakan wang pampasan tanah secara berhemah
SPAOH: Setiap tanah yang diambil kerajaan untuk melaksanakan projek pembangunan akan dibayar pampasan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pelaksanaan projek pembangunan seperti pembinaan taman agro, klinik, jalan raya dan pelbagai lagi prasarana di Betong memerlukan tanah. Justeru, beliau mengingatkan penerima pampasan menggunakan secara berhemah wang pampasan tersebut. “Walaupun kita kehilangan tanah, […]
Jangan leka, sombong, Parti PBB perlu kekalkan perpaduan
PAKAN: Ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak diingatkan agar tidak leka dan sombong kerana Kerajaan Sarawak berdiri atas dokongan parti-parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS). Naib Yang di-Pertua Parti PBB, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan ahli parti juga harus bersatu dan jangan sesekali berpecah serta berpuak-puak. Ini penting agar perjuangan untuk […]
3,455 pertukaran guru pasangan berjauhan dilulus
KUALA LUMPUR: Sepanjang tahun 2024, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan seramai 3,455 atau 48 peratus daripada 7,220 permohonan pertukaran guru pasangan berjauhan. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, baki permohonan yang masih belum diluluskan adalah sebanyak 3,765 (52 peratus). “KPM menetapkan tiga prinsip asas dalam soal pertukaran itu iaitu kekosongan jawatan, keperluan opsyen dan keperluan perkhidmatan,” […]
Kompleks Sukan Lingga bakal dibina, peruntukan sudah lulus
LINGGA: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan berjumlah RM20 juta bagi pembinaan Kompleks Sukan Lingga tidak lama lagi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, peruntukan itu diluluskan melalui Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA). “Projek pembinaan Kompleks Sukan Lingga ini terletak bersebelahan tapak Pejabat Daerah Baharu Lingga yang berkeluasan 8.15 hektar (20.14 ekar),” […]
Beri peluang OKU dapat pekerjaan
KUCHING: Majikan di Sarawak disaran memberi ruang dan peluang pekerjaan kepada Orang Kelainan Upaya(OKU) supaya menjadi modal insan berdikari. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata, ini kerana hakikat persaingan dalam dunia pekerjaan amat tinggi pada masa ini. “Justeru, sikap keterbukaan dalam menggajikan pekerja dengan memberi peluang kepada golongan […]
Lelaki alami gangguan seksual digalak buat laporan polis
KOTA SAMARAHAN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendedahkan lebih 1,000 kes gangguan seksual yang dilaporkan melibatkan lelaki. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, ini sejak kementerian itu terlibat dalam Tribunal Anti-Gangguan Seksual (TAGS) dan kebanyakan mangsa dalam lingkungan usia 20 hingga 40 tahun serta melibatkan pelajar sehingga individu di […]
Yayasan Keluarga Malaysia Sarawak santuni 42 anak yatim
KUCHING: Seramai 42 anak yatim piatu jagaan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) di Sarawak menerima sumbangan sempena sambutan Krismas yang bakal tiba. Mantan Perdana Menteri merangkap Pengerusi YKM, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, sumbangan tersebut turut diberikan kepada 21 keluarga yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Jelasnya, program ini diadakan bagi menyokong anak-anak yang kehilangan ibu […]
Pertikaian PETRONAS- PETROS berakhir, PM bakal umum formula agihan gas
KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan formula penyelesaian isu pengagihan gas antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dalam masa terdekat. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan pengumuman tersebut sekali gus mengakhiri isu berkaitan pengagiha gas antara PETRONAS dan PETROS. Beliau berkata, isu […]
UNIFOR lulus RM800,000 untuk empat rumah ibadah
KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Unit Untuk Agama-agama Lain (UNIFOR) meluluskan peruntukan RM800,000 bagi membantu membangun dan menyelenggara empat rumah ibadah di Lundu di bawah Fasa Keempat 2024. Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri bertanggungjawab terhadap UNIFOR, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, daripada peruntukan RM800,000 itu, setiap rumah ibadah terbabit menerima RM200,000. Beliau berkata, peruntukan […]
