Category: Umum

BIMP-EAGA boleh terokai aeroangkasa

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggesa rakan-rakan dalam wilayah Pertumbuhan Asean Timur-Brunei Indonesia Malaysia Filipina (BIMP-EAGA) menerokai jaringan kerjasama dalam bidang aeroangkasa. Beliau berkata, bidang aeroangkasa itu akan mewujudkan banyak peluang kerjasama, perniagaan dan pekerja berkemahiran pada masa depan. “Kita mahu meletakkan wilayah BIMP-EAGA sebagai wilayah di persada dunia […]

RM110 juta diperuntuk kepada UNIFOR tahun depan

KUCHING: Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) akan terus komited membantu rumah ibadat agam lain di negeri ini selepas menerima suntikan dana sebanyak RM110 juta pada 2025. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, dana tersebut diluluskan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebagai sebahagian daripada komitmen beliau terhadap pembangunan […]

Projek hidrogen hijau diperluas ke pedalaman – Dr Abdul Rahman

KUCHING: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi akan memperluaskan projek hidrogen dan hidrogen hijau untuk membekal elektrik di pedalaman susulan kejayaan projek perintisnya di Rumah Bangau daerah Song di sini. Timbalan Menterinya, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, projek perintis yang dibangun di rumah panjang terbabit dengan kerjasama Sarawak Energy berjaya membekalkan elektrik 24 jam. “Kementerian akan […]

Rombongan Sarawak lawat Taman Perindustrian China

SUZHOU: Rombongan dari Sarawak yang diketuai Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semalam melawat Taman Perindustrian Suzhou (SIP), projek yang dibangunkan bersama oleh Kerajaan China dan Singapura. Meliputi kawasan seluas 278 kilometer (km) persegi, taman itu dihuni oleh 1.19 juta penduduk termasuk 807,800 penduduk tetap. SIP dibangunkan dengan bangunan industri yang tersusun […]

JPBN siap siaga hadapi musim tengkujuh, 7,507 anggota dikerah

KUCHING: Seramai 7,507 anggota dan pasukan keselamatan digerakkan untuk bersiap siaga menghadapi bencana Monsun Timur Laut (MTL). Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengerusuan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM)dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah bersiap sedia dan beliau berpuas hati. Katanya, dari […]

Kerajaan Sarawak berusaha ambil alih projek perumahan Sentoria

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan berusaha mengambil alih projek perumahan Sentoria sekiranya kontraktor penyelamat tidak dapat melaksanakan projek itu di Petra Jaya di sini. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, setelah beliau bertemu dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang […]

Teknologi BIM bantu bina bangunan lebih mampan, berkualiti

KUCHING: Penggunaan teknologi Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dalam sektor pembinaan diperlukan bagi mendirikan bangunan lebih mampan dengan bahan berkualiti. Sambil memberikan sokongan terhadap penggunaan teknologi tersebut, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, BIM berasaskan teknologi 3D membolehkan simulasi pembinaan bangunan dengan data terperinci. Katanya, BIM memiliki kelebihan dalam merancang rumah yang menjimatkan […]

Kecemerlangan, inovasi Cahya Mata sepanjang 50 tahun penubuhan

KUCHING: Media memainkan peranan penting sepanjang 50 tahun penubuhan Cahya Mata untuk menjadi syarikat multinasional yang dinamik. Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata, Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib berkata, sepanjang tempoh itu juga, media berperanan dalam membentuk persepsi serta naratif terhadap usaha yang dilakukan syarikat tersebut untuk masyarakat secara keseluruhan. “Dalam pelbagai cara, media […]

Dua kampung dapat perkhidmatan Pusat Sokongan Sosial Setempat

LUNDU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menyediakan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) di Kampung Pueh Sematan dan Kampung Rayu Iban Lundu. Langkah itu bagi memastikan keperluan sosial setiap kumpulan sasar terutama di luar bandar dapat diuruskan secara holistik. Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, inisiatif itu adalah […]

Hanifah Hajar Taib dipilih Ketua Cawangan Kota Sentosa

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kota Sentosa mengukuhkan lagi barisan kepimpinannya apabila Dato Hanifah Hajar Taib dipilih sebagai ketua cawangan itu pada Mesyuarat Agung Cawangan N12 Kota Sentosa di sini. Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Parti PBB, Dato Fazzruddin Abdul Rahman berkata, pelantikan Timbalan Menteri Ekonomi […]