Category: Umum

ASSAR agih dividen 2.5 sen seunit

KUCHING: Amanah Saham Sarawak (ASSAR) hari ini mengumumkan pengagihan dividen interim sebanyak 2.5 sen seunit bagi Tahun Kewangan berakhir 30 Jun 2024. Premier Sarawak, Datuk Patingg Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengagihan julung kali pasca-penstrukturan semula ASSAR itu akan melibatkan pengagihan sebanyak RM11.71 juta kepada 57,613 pelabur, dikira berdasarkan baki pegangan unit pada […]

DUN Jepak perlukan stesen minyak, ATM, pejabat bomba

KUCHING: Kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Jepak memerlukan perkhidmatan stesen minyak dan mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, banyak perancangan sudah dirancang untuk kawasan DUN terbabit dan berharap agar pembangunan kawasan itu juga diteruskan dengan mewujudkan perkhidmatan diperlukan itu. “Perkhidmatan seperti pejabat bomba, stesen minyak, mesin […]

Sembilan rumah terbakar di Kampung Bintawa Hilir

KUCHING: Sembilan rumah musnah dalam kebakaran di Lorong 13, Kampung Bintawa Hilir, di sini, awal pagi ini. Menurut info Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan jam 1.33 pagi ini dan mengarahkan pasukan Petra Jaya, Tabuan Jaya dan Padungan ke lokasi kejadian. “Keseluruhannya tujuh rumah terbakar 100 peratus manakala dua rumah terbakar 30 […]

LAKIKR sokong usaha melestarikan alam sekitar

KUCHING: Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad menzahirkan tahniah kepada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kuala Rajang (LAKIKR) atas inisiatif menyahut seruan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg  untuk melibatkan diri dalam aktiviti karbon hutan. Menurutnya, inisiatif LAKIKR ini menunjukkan keprihatian lembaga itu dalam menjaga kelestarian alam sekitar. Beliau berkata demikian semasa […]

Tujuh kampung bakal miliki dewan serbaguna menjelang 2025

LIMBANG: Projek dewan serbaguna dan gelanggang futsal sedang dilaksanakan di tujuh kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota di sini. Projek itu di Kampung Telahak, Kampung Pengkalan Rejab, Kampung Kelapa Mawar, Kampung Buangabai, Kampung Mengatai dan Kampung Ulak serta projek gelanggang futsal di Kampung Binjai. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk […]

Profesor Dr Ahmad Hata Rasit dilantik Naib Canselor baharu Unimas

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mengumumkan Profesor Dr Ahmad Hata Rasit dilantik sebagai Naib Canselor yang baharu. Pelantikan selama tiga tahun itu berkuat kuasa mulai 8 Januari 2024 hingga 7 Januari 2027. Menurut kenyataan media Unimas, beliau merupakan penyandang jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Unimas dari 2019. Dr Ahmad Hata,54, juga pernah menjawat […]

Bomba padam kebakaran gas bawah tanah

SIMUNJAN: Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memadamkan satu kebakaran gas bawah tanah di Jalan Perak, di sini, baru-baru ini. Menurut kenyataan JBPM, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian jam 10.56 malam. Satu pasukan anggota dan jentera bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Simunjan kemudian dihantar ke lokasi yang sejauh satu kilometer dari balai itu. “Setibanya […]

Johor pelajari kejayaan Sarawak bangunkan infrastruktur

KUCHING: Sarawak sentiasa menerokai dan mengguna pakai teknologi dan sistem terbaharu dalam membangunkan infrastruktur lebih baik, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, untuk itu Sarawak bersedia belajar daripada Johor yang banyak mencapai kemajuan dalam pembangunan infrastruktur. “Johor hampir mencapai 100 peratus dalam pembangunan […]

Kerajaan Sarawak terus bantu bayar yuran taska di tempat kerja

KUCHING: Kerajaan Sarawak sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta untuk membantu bantuan kepada ibu bapa menghantar anak ke taska di tempat kerja tahun ini. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya telah mendapat peruntukan dari kerajaan negeri sebanyak RM2.5 juta bagi memberikan bantuan terbabit tahun lalu. “Untuk […]