KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyifatkan cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan melalui Langkah Dubai sebagai tindakan membuang masa. “Buang masa yang itu, setahun (sudah penubuhan Kerajaan Perpaduan),” menurut Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau juga hairan dan terkejut membaca namanya dimasukkan dalam Langkah Dubai dan ditawarkan jawatan […]
Tiang Bendera Ibu Pertiwi di tempat strategik, bersejarah
KUCHING: Tiang Bendera Ibu Pertiwi dipilih dibina di kawasan yang dahulu dikenali Tanjung Kubu susulan sangat bersejarah dan strategik di bandar raya ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerana sejarahnya, pasukan polis Sarawak malahan mempunyai lagu mengenai Tanjung Kubu dan pihaknya juga mengambil Kubu Margherita sebagai bangunan warisan. “Di […]
Persempadanan semula kawasan Parlimen perlu guna sistem Westminster
KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sudah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen di Sarawak. Premier Sarawak yang juga Yang di-Pertua Parti PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Parti PBB mengemukakan cadangan kepada persempadanan semula itu yang masih di peringkat kajian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR) […]
Tiga syarikat minyak sumbangkan kos bina tiang bendera gergasi
KUCHING: Syarikat Petroleum Sarawak Berhad (Petros), Petronas dan Shell menjadi penyumbang kos pembinaan tiang bendera gergasi berhampiran Tebingan Kuching, di sini. Tiang bendera setinggi 99 meter itu dibina dengan kos RM30 juta itu terletak antara Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan Fort Margherita. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkannya […]
Penggabungan PSB-PDP perlu diberitahu kepada pucuk kepimpinan GPS dahulu
KUCHING: Cadangan penggabungan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) perlu dikemuka kepada pucuk kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum dimuktamadkan. Menurut Naib Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, sebarang keputusan berhubung tidak sepatutnya dilakukan secara persendirian. “Memandangkan PDP merupakan salah satu parti komponen GPS, apa-apa […]
Tuntutan MA63 jadi perjuangan – Fadillah
KUCHING: Isu-isu yang masih tertunggak berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan terus diberi keutamaan diselesaikan dalam Kerajaan. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, sebagai menteri dipertanggungjawabkan menjaga hal ehwal Sabah Sarawak ini adalah menjadi keutamaannya. Dalam memperjuangkan isu MA63 ini, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya menjadikan pantun empat kerat Allahyarham Pehin […]
“Alhamdulillah, jenazah anak saya dapat dikebumi di Sarawak,” – bapa Nurhaslinda
KUCHING: “Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan. Jenazah anak saya akan dibawa balik untuk dikebumikan di sini,” luah Abdullah Mat, 64, bapa kepada Nurhaslinda Abdullah, 30, yang meninggal dunia di Korea Selatan Isnin lalu. Menurut Abdullah, dia amat terharu apabila menerima panggilan pegawai Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan hari ini yang memaklumkan jenazah anaknya akan dibawa […]
KKMG, SEB adakan kursus jana ekonomi di rumah panjang
KUCHING: Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) mengadakan kursus keusahawanan dan kursus penanaman dan penjagaan hidroponik di Rumah Nyaun Sungai Duan, Balingian baru-baru ini. Kursus diadakan Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) KKMG dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Persatuan Tuai Rumah Jalan Bukut Balingian. Menurut kenyataan KKMG hari ini, kursus ini untuk melahirkan usahawan serta […]
Program subsidi tambang bas RM1 dikaji semula
KUCHING: Program Subsidi Tambang Bas Kadar Rata RM1 di Sarawak bakal dikaji semula bagi meningkatkan keberkesanan kemudahan pengangkutan awam di negeri ini. Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, ia susulan Kerajaan Sarawak memutuskan untuk mengkaji semula pelaksanaan program subsidi dengan operasi bas melibatkan laluan dihadkan tidak melebihi 40 kilometer (km). “Pada 26 […]
Stok diesel habis di beberapa stesen PETRONAS
KUCHING: Terdapat beberapa stesen PETRONAS di seluruh negara ini sedang menghadapi kehabisan stok diesel. Menurut PETRONAS Dagangan Berhad, isu ini dijangka berterusan sehingga 31 Disember ini. “Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan,” menurut kenyataan syarikat berkenaan. Syarikat itu juga ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pihak berkepentingan bagi […]
