TYT bakal hadiri Sambutan Hari Sarawak di Miri
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sarawak 2025 di Astana Negeri Sarawak hari ini. Kunjungan pada jam 11 pagi itu diketuai Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin yang turut […]
Anugerah Tokoh Wanita diketahui pada Hari Wanita Sarawak 2025 Ogos depan
KUCHING: Seramai 800 orang akan menghadiri sambutan Hari Wanita Sarawak 2025 (HW25) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, pada 2 Ogos depan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak Awal dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata mereka ialah ahli kabinet, ahli arlimen, ahli DUN, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Timbalan Setiausaha Sarawak, Residen, Datuk Bandar, […]
TEGAS pelawa belia sertai program latihan tingkatkan daya kreativiti
KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) sekali lagi akan menganjurkan program latihan ‘Unreal Engine’ 2025, susulan kejayaan penganjuran program pertamanya pada 2024. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekiotar merangkap Pengerusi TEGAS, Datuk Len Talif Salleh berkata, bengkel Program Latihan Unreal Engina Motion Graphic 2025 itu akan diadakan mulai 11 hingga 15 […]
Tambahan kerusi DUN cerminkan GPS prihatin dengan rakyat
KUCHING: Rang undang-undang (RUU) menambah sebanyak 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak memperlihatkan keprihatinan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terhadap rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim berkata, ini kerana RUU itu lebih kepada membantu rakyat Sarawak dengan menambah bilangan wakil rakyat yang bekerja untuk mereka. “Kita mahu menambah wakil rakyat, […]
Pertambahan 17 kerusi DUN Sarawak selaras perlembagaan, bidas tuduhan pembangkang – Fazzrudin
KUCHING: Usul penambahan sebanyak 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sepenuhnya dalam bidang kuasa DUN Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, usul itu akan meningkatkan jumlah82 kerusi DUN ketika ini menjadi 99 kerusi DUN juga selaras perlembagaan dan menafikan GPS akan menjalankan proses semakan sempadan bagi DUN terbabit. “Kita […]
RUU Komposisi Keanggotaan lulus, 31 ADUN bahas
KUCHING: Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini meluluskan Rang Undang-Undang DUN (Komposisi Keanggotaan) 2025 setelah dibahaskan oleh 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak. Daripada 31 ADUN yang membahas RUU itu, 29 dari blok kerajaan manakala dua lagi blok pembangkang. RUU itu dibentangkan secara rasmi oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan […]
Tambahan kerusi DUN Sarawak pacu agenda pembangunan holistik
KUCHING: Cadangan penambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dilihat sebagai langkah strategik bukan sahaja memenuhi tuntutan demografi dan politik semasa, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine. Katanya, malah ia memperkukuhkan kestabilan politik dan pembangunan negeri. Beliau berkata, penambahan kerusi mampu memacu agenda pembangunan holistik dan inklusif yang lebih mampan, sejajar dengan […]
Komposisi anggota baharu DUN Sarawak dikuat kuasa PRN akan datang
KUCHING: Komposisi anggota baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan mula dikuatkuasakan pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia selaras dengan semakan semula persempadanan yang dijalan mengikut Perkara 113(2)(ii) Perlembagaan Persekutuan, yang memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk […]
Cadangan nama kawasan DUN baharu perlu ambil kira pandangan rakyat
KUCHING: Nama-nama kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu dibuat dengan teliti. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, pandangan dan pendapat rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut perlu diperoleh. “Ini bagi menggelak sensitiviti dalam kalangan rakyat tempatan. Nama yang dicadang atau dipilih hendaklah sesuai […]
RUU DUN Komposisi Keanggotaan 2025 bukan alat politik, keperluan demokrasi
KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan), 2025 bukan alat politik, sebaliknya kewajipan perlembagaan, keperluan demokrasi dan keperluan untuk pembangunan Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Norazah Awang Sohor berkata, RUU untuk menambah keanggotaan DUN daripada 82 kepada 99 ahli yang dipilih ini bukanlah cadangan yang tidak rasional. Tegasnya, ia adalah […]
