Tangani kes remaja hamil, program KAPS diperluas ke sekolah

PUSA: Kerajaan Sarawak menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) penurunan bilangan kes remaja hamil sebanyak 10 peratus setiap tahun berbanding bilangan kes pada tahun sebelumnya. Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli berkata, statistik Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) menunjukkan bahawa trend bilangan remaja hamil sudah semakin menurun sejak 2012 iaitu daripada 3,866 kes kepada 2,000 […]

124 Tuai rumah hadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, buktikan sokongan pada GPS

KAPIT: Seramai 1,000 penduduk dan 124 tuai rumah menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Edison Bugap, Sungai Melekun Balleh, di sini, baru-baru ini. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang terkejut dengan sambutan kehadiran majlis tersebut yang membuktikan sokongan padu rakyat kepada pemimpin dan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS). “Saya terkejut kerana […]

SCaT Fair melabuh tirai, tarik lebih 30,000 pengunjung dan tawar 1,561 peluang pekerjaan

KUCHING: Lebih 30,000 pengunjung membanjiri Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (S-Cat Fair) 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Karnival pendidikan, latihan dan kerjaya terbesar di Sarawak itu bukan sahaja melepasi sasaran kehadiran, malah memperkukuh peranannya sebagai platform utama pembangunan modal insan belia, selari dengan aspirasi negeri untuk […]

Sekolah menengah Parlimen Batang Lupar terima televisyen pintar

BELADIN: Empat sekolah menengah menerima sumbangan keseluruhan sebanyak 116 unit televisyen pintar di kawasan Parlimen Batang Lupar. Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli berkata sebanyak 35 unit televisyen pintar bersaiz 65 inci itu disumbangkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beladin, 35 unit SMK Pusa, 20 (SMK Lingga) dan 26 (SMK Sebuyau). “Sumbangan ini akan […]

Ibu tunggal bantu pembangunan masyarakat

DARO: Peranan ibu tunggal dalam pembangunan masyarakat amat penting khususnya dalam menggalakkan penyertaan aktif mereka dalam program komuniti. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi memuji usaha dilaksanakan Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) Cawangan Daro dalam memperkukuh institusi kekeluargaan serta menjadi medium mempererat silaturahim dalam komuniti. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Sukaneka Keluarga […]

Sarawak laksanakan kajian tenaga kerja masa hadapan

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang melaksanakan Kajian Dasar Pembangunan Bakat Sarawak untuk menjana tenaga kerja pada masa hadapan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kajian ini di bawah kendalian Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD). “Matlamatnya jelas untuk menjana tenaga kerja yang berkemahiran teknikal, tangkas, inovatif dan bersedia untuk […]

TEGAS perkenalkan dua program utama, tarik pelajar minat STEM

KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) memperkenalkan dua program utama tahun ini iaitu Sarawak Rocketeer CAN-SAT Challenge (SRC) berkolaborasi dengan UiTM-MTC High Energy Material Research Laboratory (H-EMREL), CENTEXS Sarawak Aerospace Academy dan Sarawak Skills bagi menghasilkan roket sebenar. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh berkata, program ini […]

Sidang khas: Penambahan bilangan ADUN Sarawak bakal dibentang

KUCHING: Sarawak bakal menyaksikan perubahan besar dalam landskap politik negeri apabila satu rang undang-undang berkaitan penambahan bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan dibentang dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Julai ini. Rang Undang-Undang DUN (Komposisi Keanggotaan) 2025 itu akan dibawa oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul […]

Ambil iktibar daripada peristiwa hijrah

KOTA PADAWAN: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) menganjurkan sambutan Maal Hijrah 1447 dengan mengadakan ceramah agama bertajuk ‘Hijrah Membawa Hikmah’ di bangunan MPP di sini, semalam. Majlis dikelolakan Jawatankuasa Pengurusan Surau Darussalam MPP itu diisi dengan ceramah yang disampaikan seorang ahli majlis tertinggi HIKMAH Sarawak, Ustaz Wan Lukmanhakim Wan Sajali. Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi MPP, […]

Kemudahan utiliti lebih menyeluruh di Sarawak menjelang 2030

KUCHING: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) mahu kemudahan utiliti disediakan lebih menyeluruh di kawasan luar bandar menjelang tahun 2030. “Hasrat kita ialah supaya kita dapat mencapai liputan yang lebih menyeluruh, dan kalau boleh, liputan penuh menjelang tahun 2030,” kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi. Menurutnya, ini melalui pelaksanaan projek utiliti […]