Peningkatan kes diabetes Sarawak membimbangkan – Dr Sim
KUCHING: Hospital Umum Sarawak (HUS) kini berdepan peningkatan kes membimbangkan membabitkan pesakit diabetes yang terpaksa dipotong kaki akibat komplikasi serius, dengan kes dilaporkan hampir setiap minggu. Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, situasi ini mencerminkan betapa seriusnya penularan penyakit tidak berjangkit (NCD) khususnya diabetes dalam kalangan rakyat negeri ini. “Setiap […]
Enam kontinjen sertai Sukan Borneo 2025 September ini
KUCHING: Sebanyak enam kontinjen akan berentap pada temasya Sukan Borneo 2025 di Kompleks Sukan Petra Jaya, di sini dari 24 hingga 28 September ini. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kontinjen terbabit ialah Sarawak, Sabah, Labuan, Brunei Darussalam, Kalimantan Barat dan Kalimantan Timur. Katanya, sebanyak lapan acara […]
Jelajah lindungi hak pekerja
LAWAS: Siri jelajah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak yang bermula di Kuching, 30 Jun lalu berakhir di sini hari ini. Program Banteras Buruh Paksa, Lindungi Pekerja sempena Labour Go Rural Area Program 6.0 itu berjaya menyemarakkan kesedaran majikan tentang tanggungjawab mereka dan hak pekerja itu sendiri. Siri jelajah itu merupakan pendekatan turun padang JTK Sarawak […]
Sidang Kemuncak Integriti Antarabangsa Borneo bakal himpunkan 800 peserta
KUCHING: Sarawak yang menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Integriti Antarabangsa Borneo (BIIS) 2025 akan menghimpun lebih 800 peserta dari dalam dan luar negara. Sidang tersebut akan berlangsung dari 29 hingga 30 Julai ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti & Ombudsman), Datuk Dr. Juanda Jaya berkata, […]
AKYBMS bincangkan perkembangan Wisma Melayu
KUCHING: Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) membincangkan perkembangan projek pembinaan Wisma Melayu di Wisma Sumber Alam, di sini, hari ini. Wisma berkenaan bakal menjadi mercu tanda penting bagi warisan budaya Melayu di Sarawak. Projek itu dibincangkan pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS pertama untuk tahun 2025 dipengerusikan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar […]
SABERKAS bakal gandakan aktiviti menjelang hujung tahun ini
KUCHING: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) melaksanakan 244 program dan aktiviti sejak November 2024 hingga Jun 2025. Presidennya yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program tersebut merangkumi pelbagai skop termasuk kebajikan sosial, sukan dan rekreasi, kebudayaan, seminar, bengkel, taklimat, hal ehwal wanita, latihan kemahiran, […]
NACO minat bangunkan lapangan terbang antarabangsa
KUCHING: Duta Besar Belanda ke Malaysia, Jacques Werner yang mengetuai rombongan wakil industri penerbangan Belanda mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, di sini semalam. Pada pertemuan yang berlangsung di pejabat menteri berkenaan, kedua-dua belah pihak mengadakan perbincangan mengenai pembangunan sektor penerbangan di Sarawak yang fokus kepada lapangan terbang […]
Awang Tengah dilantik Pengerusi Komuniti KEMAS Sarawak
KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dilantik sebagai Pengerusi Komuniti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak. Watikah pelantikan tersebut disampaikan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang di Pejabat Timbalan Premier, Wisma Sumber Alam, Petra Jaya, di sini, hari ini. Majlis ini disaksikan Pengarah KEMAS Sarawak, Anisah Saidin […]
Sarawak perlu pertimbangkan hidupkan semua Sarawak Rangers
KUCHING: Cadangan Premier Sarawak untuk menghantar anak-anak negeri ini melanjutkan pengajian ketenteraan ke Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom disifatkan sebagai langkah bijak dan strategik dalam membentuk barisan kepimpinan masa depan negeri. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, peluang tersebut bukan sahaja mendedahkan anak muda Sarawak kepada pendidikan dan strategi ketenteraan […]
Sarawak sedia terajui perubahan iklim
KUCHING: Sarawak bersedia menerajui wilayah Asia Tenggara dalam menangani isu perubahan iklim, peralihan tenaga dan pematuhan Matlamat Kelestarian Alam Sekitar dari segi undang-undang. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni berkata, Sarawak bukan setakat menyahut trend kelestarian alam sekitar tetapi juga membantu mencari jalan penyelesaian dalam pembangunan secara bertanggungjawab di […]
