Program integrasi bangunkan kanak-kanak keperluan khas
MANILA: Sarawak berjaya membangunkan program mengintegrasikan kanak-kanak berkeperluan khas ke dalam aliran utama pendidikan awal kanak-kanak (ECCE) secara inklusif. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah mendedahkan perkara itu semasa menghadiri Persidangan Rangkaian Pendidikan Awal Kanak-kanak Wilayah Asia-Pasifik di sini. Strategi secara inklusif dan inovatif yang dilaksanakan oleh SeDidik iaitu kelas […]
Polis tekankan pemahaman teknologi dalam latihan
KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menekankan pemahaman terhadap teknologi terkini dalam latihan anggota mereka bagi menghadapi pelbagai bentuk jenayah baharu. Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, Komisioner Polis, Datuk Hamzah Ahmad berkata jenayah baharu ini termasuk jenayah siber, penipuan dalam talian, penyebaran berita palsu, hasutan menerusi media sosial dan pengaruh ekstremisme. “PDRM kini […]
146 terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak
KUCHING: Seramai 146 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri yang berlangsung di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak hari ini. Majlis istiadat dimulakan dengan penganugerahan Pingat Pentadbiran Awam – Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) kepada tujuh penerima, […]
Wartawan kekal relevan lapor isu adil, mendalam
KUCHING: Peranan wartawan akan kekal relevan dan tetap diperlukan walaupun dunia kini dicabar dengan kemajuan teknologi yang pesat. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, teknologi seperti ChatGPT dan kecerdasan buatan lain hebat dalam mengolah data dan menghasilkan teks dengan pantas, namun teknologi ini tidak mampu […]
Wartawan rakan strategik, bentuk pemahaman masyarakat
KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof mengumumkan sumbangan berjumlah RM110,000 kepada enam kelab kebajikan wartawan di negeri ini. Kelab berkenaan ialah Kelab Kebajikan Kakitangan UKAS dan Kelab Belia Azam Bandar Kuching masing-masing menerima RM25,000 manakala Persatuan Wartawan Kuching (KDJA), Persatuan Wartawan Wilayah Sarawak, Persatuan Wartawan Sibu (SJA), Institut Wartawan Rejang (IRJ) masing-masing menerima […]
19 pemilik tanah terlibat projek bina jalan akses SK Nanga Ajau terima pampasan
BETONG: Sebanyak RM341,722.80 diperuntukkan untuk membayar pampasan kepada 19 pemilik tanah yang terlibat dalam projek pembinaan jalan akses dari Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Ajau, Rumah Gensurai hingga ke Rumah Panjang Skatap, Betong. Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, tanah yang terlibat adalah tanah berhakmilik (13 lot), tanah Gunasama Komunal […]
Sambutan Kongsi Gawai Raya SK Hijrah Badong wajar diteruskan – Ahmad Johnie
DARO: Penganjuran Sambutan Kongsi Gawai Raya Sekolah Kebangsaan (SK) Hijrah Badong, Daro merupakan usaha murni yang menggabungkan elemen kebudayaan dan pendidikan. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, peogram yang bertemakan “Serumpun: Harmoni Lebaran, Meriah Gawai”, ini menampilkan penyatuan dua budaya besar dalam suasana muhibah dan harmoni. “Sarawak merupakan negeri yang unik dengan kepelbagaian kaum […]
Abang Johari bakal kongsi visi tenaga hijau Sarawak di Tokyo
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sekali lagi mendapat penghormatan global apabila bakal berkongsi visi tenaga hijau Sarawak pada Persidangan Hidrogen Dunia Asia 2025 yang dijangka diadakan mulai 8 hingga 10 Julai ini di Tokyo, Jepun. Dalam kenyataan media hari ini, Premier Sarawak dijadual menyampaikan ucaptama bertajuk “Sarawak’s Hydrogen Vision: […]
IEW 2025: Sarawak bakal muncul hab serantau transformasi tenaga bersih
KUCHING: Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty), Datuk Dr. Hazland Abg Hipni mempengerusikan mesyuarat terakhir jawatankuasa pemandu bagi memastikan kelancaran penganjuran Minggu Tenaga Antarabangsa Keenam (IEW) 2025 dijadual berlangsung mulai 15 hingga 17 Julai ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). IEW 2025 yang bertemakan “Dari Sarawak ke Dunia: Perjalanan ke Kepimpinan […]
Sarawak laksana pelbagai inisiatif bantu perkasakan PMKS
KUCHING: Kerajaan yang stabil membolehkan pelbagai bentuk bantuan disalurkan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sarawak sejak 2021. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, bantuan ini termasuk subsidi faedah berjumlah RM75.5 juta kepada 3,300 PMKS terbabit. Selain itu katanya, seramai 178,000 […]
