SMD Semiconductor lancar keteq.GaN & keteq.ai power, angkat nama Sarawak di peringkat global

LONDON: SMD Semiconductor terus melakar kejayaan membanggakan di peringkat global apabila melancarkan keteq.GaN, peranti kuasa berasaskan Gallium Nitride (GaN) dan keteq.ai power converter yang didorong kecerdasan buatan (AI). Pelancaran bersejarah itu disempurnakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di ExCeL London hari ini (waktu tempatan). Ia turut disaksikan delegasi kerajaan negeri […]

Sukan Borneo pupuk perpaduan serantau

KUCHING: Temasya sukan serantau, Sukan Borneo 2025 Kuching (BGK) 2025 membuka tirainya dalam suasana meriah serta semangat kesukanan. Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini, hari ini. Sukan serantau itu bermula 24 hingga 28 September ini menghimpunkan lapan […]

Perkhidmatan awam perlu perkukuhkan budaya inovasi, kreativiti

KUCHING: Warga Perkhidmatan Awam Sarawak digesa terus memperkukuh budaya inovasi dan kreatif bagi kecekapan jabatan dan agensi masing-masing. Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, ini kerana kecekapan jabatan dan agensi mereka amat kritikal khususnya dalam menyokong pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). “Semua projek harus dilaksanakan mengikut jadual dan […]

Regata Telaga Air: Tapak parkir kenderaan dikenal pasti

TELAGA AIR: Pengelola Pesta Regata Telaga Air 2025 menyediakan tempat parkir kenderaan sementara  di beberapa lokasi di kawasan Kampung Telaga Air dan sekitarya pada 26 hingga 28 September ini. Usaha ini  untuk membolehkan pengunjung meletakkan kenderan masing-masing dengan  selamat dan selesa ketika menyaksikan pesta tersebut. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola pesta Kr Sebeki Jen berkata, lokasi berkenaan […]

Pelajar lapan sekolah menengah Baram sertai Bengkel Edu:Pico

MIRI: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) menganjurkan Bengkel Edu:Pico kepada pelajar sekolah menengah kawasan Baram di sini, baru-baru ini. Menurut kenyataan media TEGAS, pelajar daripada lapan sekolah menengah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baram menyertai bengkel selama dua hari itu. Bengkel Edu:Pico ini merupakan sebahagian daripada inisiatif #DigitalInnovation4All yang dilaksanakan TEGAS dan peserta […]

Kampung Nanas Hilir dipilih lokasi projek SEJATI MADANI

SIMUNJAN: Kejayaan tuaian pertama sayur-sayuran hidroponik di bawah Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) di Kampung Nanas Hilir menjadi bukti bahawa pertanian moden mampu menjadi pemangkin ekonomi luar bandar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris berkata, hasil tuaian ini membuktikan masyarakat kampung berupaya melaksanakan projek berasaskan teknologi pertanian moden apabila dijalankan secara terancang […]

Polis Sarawak lupuskan lebih RM1.4 juta nilai barang kes dadah

KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak melupuskan barang kes dadah dan racun bernilai keseluruhan RM1,471,837.24 hari ini. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, pelupusan disaksikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Sarawak, ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah menggunakan kaedah Loji Rawatan Termal (Insinerator) di Trienekens Sarawak Sendirian Berhad, Kuching Integrated […]

Sarawak, LSE meterai kerjasama bangunkan modal insan, kelestarian alam

LONDON: Kerajaan Sarawak terus memperkukuhkan usaha dalam pengurusan kelestarian alam, pembangunan modal insan serta inovasi dasar global dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama London School of Economics and Political Science (LSE). Majlis menandatangani MoU itu disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki mewakili Sarawak bersama Professor of Enviromental Economics LSE, Susana […]

Konvensyen Antarabangsa PraSekolah Sarawak himpunkan 1,350 peserta

KUCHING: Seramai 1,350 peserta akan menyertai Konvensyen Antarabangsa PraSekolah Sarawak (SPIC) 2025 yang dijadual berlangsung mulai 26 hingga 28 September ini di Hotel Waterfront di sini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, SPIC 2025 itu dianjurkan dengan kerjasama Majlis Pembangunan Awal Kanak-kanak Sarawak (MPAKS). Bertemakan ‘Building the Nation Through […]

Permasalahan, keperluan penduduk diberi perhatian – Dr Hazland

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.5 Demak Laut kini mengadakan siri mesyuarat dan dialog pembangunan bersama pemimpin parti di peringkat ranting dan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) sejak 1 Februari lalu. Mesyuarat dan dialog itu dipengerusikan oleh Timbalan Menteri  Tenaga dan Kelestrian  Alam Sekitar yang juga ADUN dan Ketua Cawangan Parti PBB […]