Syarikat, individu tempatan digalak ceburi industri microalgae
KUCHING: Syarikat dan individu tempatan di negeri ini disaranmengambil bahagian dalam industri microalgae yang sedang diusahakan oleh kerajaan negeri. Menurut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, mereka yang berminat boleh menceburi tiga bidang dalam industri tersebut iaitu penanaman dan penuaian microalgae, pengeluaran minyak algae mentah dan membangunkan biojisim algae […]
Kelab Beliawanis Betong, Kelab Belia Parti PBB Layar lancar misi bantuan mangsa kebakaran Rumah Litong, Nanga Kesit
BETONG: Kelab Beliawanis Betong dengan kerjasama Kelab Belia 1828 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Layar, Kelab Belia Perkasa Layar dan Betong Excess melancarkan Misi Bantuan Kebakaran Rumah Litong, Nanga Kesit, Lubok Antu, hari ini. Setiausaha Jawatankuasa Penganjur, Cecelia Tini Ajah berkata, ia untuk memudahkan orang ramai menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa. “Ia juga bagi […]
25 sekolah terlibat Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak
LUNDU: Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak yang bermula sejak 2024 kini melibatkan 25 sekolah di seluruh Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Dato Sri Nancy Shukri berkata, ia membabitkan5,500 peserta. Pada tahun ini katanya, ia diperluas ke 30 Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) di seluruh negara. “Peningkatan itu menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk membawa […]
Muktamadkan segera kerjasama PETROS, PETRONAS
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berharap kerjasama PETROS dan PETRONAS berkaitan isu gas dan minyak dapat dimuktamadkan dengan segera. Beliau berkata, ia pasti akan membawa banyak kebaikan dalam pembangunan rantaian industri minyak dan gas di Sarawak untuk kemakmuran bersama negara dan Sarawak. Beliau bersyukur kerana Perdana Menteri dan […]
TYT mahu kestabilan politik Sarawak dikekal
KUCHING: Rakyat diingat agar tidak terpengaruh dengan anasir yang boleh menganggugugat kestabilan politik dan kemajuan ekonomi Sarawak. Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini kerana kestabilan politik merupakan syarat utama kepada pembangunan mampan. “Sekarang, wawasan Sarawak ke arah ekonomi maju berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya. Beliau berkata demikian semasa […]
TYT rasmi Persidangan Pertama Penggal Keempat DUN Ke-19
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar merasmikan Persidangan Pertama bagi Penggal Keempat DUN Ke-19di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini. Tun Dr Wan tiba bersama isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, dan disambut oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta […]
Sidang DUN Sarawak bermula, enam RUU bakal dibentang
KUCHING: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 menyaksikan enam Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentangkan pada Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Empat yang bermula Selasa ini. Manakala, perasmian persidangan DUN Sarawak akan dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, di Dataran Perbarisan DUN, esok, bermula jam 9.30 pagi. Speaker DUN […]
Sarawak fokus ekonomi baharu, bangunkan pekerja berkemahiran tinggi
KUCHING: Kerajaan Sarawak kini memberi fokus kepada ekonomi baharu berasaskan teknologi, kemahiran dan produktiviti, selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, tumpuan diberikan kepada sektor-sektor strategik seperti tenaga boleh diperbaharui, ekonomi digital dan adaptasi terhadap perubahan iklim global yang memberi kesan langsung […]
Abdul Karim dilantik Ketua Penerangan Parti PBB baharu, Dr Abdul Rahman Junaidi bendahari
KUCHING: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baharu manakala Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi sebagai bendahari. Pelantikan mereka diputuskan dalam Mesyuarat MajlisTertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi sesi 2025-2028, kemudian diumum […]
Lapangan Terbang Tanjung Manis bakal dinaik taraf
TANJUNG MANIS: Lapangan Terbang Tanjung Manis bakal berwajah baharu selepas kerajaan negeri meluluskan kerja-kerja menaik taraf prasarana tersebut dengan anggaran kos RM372 juta. Ia diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sambil menambah, kerja-kerja menaik taraf akan meliputi pembinaan terminal baharu, pemanjangan landasan, menara kawalan trafik udara serta kemudahan imigresen, kastam dan […]
