Sarawak sedia komputer riba percuma kepada 5,000 pelajar
KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk menyediakan komputer riba percuma kepada 5,000 pelajar Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelajar terbabit sama ada di institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta. “Ini mengesahkan komitmen Kerajaan Sarawak untuk mengurangkan kos sara hidup, terutamanya bagi keluarga berpendapatan rendah,” katanya. […]
TVET ‘game changer’ sistem pendidikan negara
LUNDU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini merupakan ‘game changer’ dalam membentuk hala tuju sistem pendidikan baharu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Patinggi Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, TVET merupakan pelengkap kepada sistem pendidikan sedia ada yang boleh memenuhi permintaan dan keperluan tenaga mahir dalam industri di negara ini. Katanya, persaingan dan perbandingan tidak harus […]
Premier Sarawak terima anugerah darjah kebesaran tertinggi Sabah
KOTA KINABALU: Premier Sarawak menerima anugerah darjah kebesaran tertinggi negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu, di sini, hari ini. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima anugerah darjah kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran “Datuk Seri Panglima”. Beliau juga mendahului senarai 55 penerima anugerah tersebut sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi […]
Pesta Tanglung martabat budaya tradisional, pupuk semangat kekitaan
MATU: Inisiatif Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Matu dan masyarakat bersama menganjurkan Pesta Tanglung wajar dicontohi. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyifatkan acara itu bukan sahaja memupuk perpaduan malah turut memartabatkan budaya tradisional. Selain itu katanya, ia turut memperkukuhkan semangat kekitaan dan keharmonian dalam kalangan penduduk. Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan perasmian pesta […]
Sarawak cadang tubuh entiti bersepadu urus aset, pelaburan
BANDAR SERI BEGAWAN: Kerajaan Sarawak sedang mempertimbangkan penubuhan sebuah entiti bersepadu seperti yang dilaksanakan di negara-negara maju bagi pengurusan aset dan pelaburan kerajaan. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, beliau telah mengarahkan kajian dijalan oleh pakar bagi menilai kebolehlaksanaannya bagi meningkatkan hasil kerajaan dalam jangka masa panjang. Pada masa ini […]
ScaT Fair 2024 mulai 5-6 Oktober ini di Kuching
BINTULU: Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (ScaT Fair) 2024 akan diadakan di Kuching mulai 5 hingga 6 Oktober ini. Pameran terbabit yang bakal memacu pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Sarawak seterusnya akan diadakan di Sibu pada 2 hingga 3 November ini. Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee […]
Sarawak rekod lebih 800 kes salah guna media sosial
KUCHING: Sarawak merekodkan lebih 800 kes penyalahgunaan media sosial dalam kalangan belia dari Januari hingga Julai tahun ini. Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, kes tersebut yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC). “Jumlah ini (800 kes) dari Januari hingga Julai tahun ini,” katanya pada sidang media […]
Anggota SCS perlu bekerjasama pacu Sarawak dengan idea inovatif, kompetitif
BANDAR SERI BEGAWAN: Anggota Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS) disaran terus bekerjasama dalam menghadapi cabaran dan memastikan Sarawak terus berkembang dengan idea yang inovatif dan kompetitif. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan SCS harus mempunyai satu pemikiran yang seiring. Katanya, anggota SCS perlu bersatu dalam satu platform menggunakan teknologi dengan pemikiran […]
UiTMCS anjurkan syarahan Malaysia Madani & Jiwa Merdeka
KOTA SAMARAHAN: UiTM Cawangan Sarawak (UiTMCS) menganjurkan syarahan bertajuk Malaysia Madani & Jiwa Merdeka di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Samarahan 2, di sini, baru-baru ini. Menurut kenyataan UiTM Cawangan Sarawak, syarahan disampaikan Ahli Lembaga Pengarah Universiti itu, Mustaffa Kamil Ayub, bersama kira-kira 100 warga kerja UiTM Cawangan Sarawak baru-baru ini. Penganjuran syarahan tersebut […]
HDC: RM505.94 juta biayai SPRP
BINTULU: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) membantu membiayai 1,131 projek membabitkan 24,553 pintu rumah panjang di bawah Skim Pinjaman Rumah Panjang (SPRP) sehingga September tahun ini. Pengerusi HDC, Abdul Yakub Arbi berkata, jumlah pinjaman keseluruhannya mencecah RM505.94 juta. SPRP yang diperkenal sejak 1978 itu merupakan usaha bersungguh Kerajaan Sarawak dalam membantu komuniti rumah panjang, katanya pada […]
