Pangkalan Kpg Sungai Aur Telaga Air dinaik taraf, lebih selamat
KUCHING: Peruntukan sebanyak RM270,000 akan dibelanjakan bagi membaik pulih serta menaik taraf pangkalan awam di Kampung Sungai Aur, Telaga Air di sini. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, usaha ini dilaksanakan dengan kerjasama Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri. […]
SUKMA 2024: Sarawak tidak tanggung kos negeri lain
BETONG: Sarawak tidak menanggung mana-mana kos yang ditanggung negeri-negeri lain yang menyertai temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 dijadual berlangsug dari 17 hingga 24 Ogos depan. Ia ditegaskan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu sambil berkata, negeri-negeri yang terlibat harus bertanggungjawab membiayai kos dan bukannya mengharapkan Sarawak selaku […]
Tidak menepati piawaian kebersihan, empat premis diarah tutup dua minggu
KUCHING: Empat premis jualan menjual rempah ratus di Jalan Gambier di sini diarah tutup selama dua minggu kerana beroperasi dalam keadaan tidak bersih. Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching Dr Johnny Pangkas berkata, premis-premis itu diarah tutup selama 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983. “Berdasarkan serbuan hari ini, pihaknya mendapati penyimpanan makanan dan kebersihan […]
Sarawak & Shell MDS terokai teknologi makanan guna gas
KUCHING: Shell Middle Distillate Synthesis (MDS) Malaysia muncul sebagai syarikat pertama di dunia memperkenalkan penghasilan mentega yang disintesis daripada gas. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penghasilan produk baharu itu merupakan langkah besar ke hadapan negeri ini dalam teknologi makanan dan pembangunan perindustrian. Jelasnya, produk yang dihasilkan daripada lilin berkualiti […]
Pelaksanaan projek pembangunan di Sibu lancar
SIBU: Tiada projek sakit melibatkan projek kerajaan yang dilaksanakan di bahagian ini. Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, Datuk Aidel Lariwoo berkata, semua projek kerajaan sedang dilaksanakan di bahagian Sibu melibatkan kos sebanyak RM317.4 juta. Katanya, projek yang telah diluluskan pelaksanaannya berjumlah RM1.603 bilion. “Kos keseluruhan projek yang sedang dalam pelaksanaan, telah diluluskan dan sedang […]
SADA luluskan 69 projek pembangunan DUN Lingga
LINGGA: Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) meluluskan sebanyak 69 projek pembangunan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga setakat Jun tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, projek terbabit berjumlah RM1.3 bilion telah diluluskan pada mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SADA baru-baru ini. “Antaranya ialah pembinaan Kompleks Sukan daerah Lingga, pembinaan […]
25 pelajar cemerlang UiTM Cawangan Sarawak jadi duta
SAMARAHAN: Seramai 25 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak menerima watikah pelantikan sebagai UiTM Global Ambassador (UGLAM), di sini, hari ini. Menurut kenyataan UiTM Cawangan Sarawak pelajar cemerlang terbabit dari 10 gugusan akademik di cawangan universiti itu dan terpilih menyertai program duta muda itu selepas melalui prosedur pemilihan ketat dan sistematik. UGLAM Cawangan Sarawak […]
Sarawak sasarkan lahir lebih ramai pereka teknologi cip
KUCHING: Sarawak mahu melahirkan lebih ramai pereka teknologi cip bagi memacu sektor tersebut di negeri ini. Bagi tujuan itu, Sarawak menjalinkan kerjasama bersama syarikat kejuruteraan mikroelektronik global dari Belgium, Melexis. Golongan ini akan berperanan melatih dan melahirkan tenaga kerja seiring kemajuan teknologi yang sentiasa berubah terutamanya dalam industri pembuatan cip. Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi […]
Festival Bahasa dan Sastera Peringkat Sarawak mulai 15-19 Julai
KUCHING: Festival Bahasa dan Sastera Peringkat Sarawak akan diadakan di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, di sini, mulai 15 hingga 19 Julai ini. Ahli Lembaga Pengelola DBP Malaysia, Dato Dr. Jeniri Amir berkata festival anjuran DBP Cawangan Sarawak itu bagi meningkatkan minat serta penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar Sekolah […]
TYT bakal sempurnakan Sambutan Hari Sarawak di Bintulu
KUCHING: Sambutan Hari Sarawak 2024 bakal sempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Bintulu, pada 22 Julai ini. Sehubungan itu, ahli jawatankuasa induk sambutan diketuai Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wiayah (M-FICORD), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom mengadakan kunjungan hormat dan penyerahan jemputan rasmi kepada TYT. Isteri […]
