CIMB berminat jalin kerjasama dengan Kerajaan Sarawak
KUCHING: Commerce International Merchant Bankers Berhad (CIMB) berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak pada masa akan datang. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Group Holdings Berhad, Dato’ Abdul Rahman Ahmad, ini bagi membantu mengembangkan ekonomi syarikat-syarikat di negeri ini. Ketika ini CIMB mempunyai aset sebanyak RM7 bilion yang boleh digunakan untuk memberi pinjaman kepada […]
Sebuah lagi TTG untuk Kuching
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWKK) yang giat memantau populasi gelandangan di negeri ini merancang membuka sebuah lagi Tempat Transit Gelandangan (TTG) di sini. Beliau berkata, selain itu, KPWKK akan turut membuat profil golongan sasaran untuk tujuan pengecaman. KPWKK sedang giat menyediakan fasiliti sokongan dan intervensi untuk komuniti gelandangan dalam bentuk tempat […]
PPCC urus tenaga secara mampan
KUCHING: Jawatankuasa Perancangan dan Penyalarasan Tenaga (PPCC) mengadakan mesyuarat di Wisma Sumber Alam di sini pada 17 Januari lalu sejajar dengan komitmen dan strategi Kerajaan Sarawak membangun dan menguruskan tenaga secara mampan. Mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Turut menghadiri […]
DBKU, KPWK bertukar pendapat, berkongsi idea dan pengalaman
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) mengadakan kunjungan hormat ke Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hari ini. Menurut kenyataan media DBKU, kunjungan KPWK itu diketuai Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah di Ibu pejabat DBKU Bukit Siol di sini. Turut hadir Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), […]
Pantau kesihatan mangsa banjir di PPS
DEBAK: Jabatan Kesihatan diminta memantau dengan teliti kesihatan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini. Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, mereka yang mengalami demam perlu disaring segera bagi memastikan mereka tidak dijangkiti Covid-19. “Kita tidak mahu menambah beban mereka yang berdepan banjir,” katanya. Menurut Uggah, dua PPS […]
Lantikan TYT baharu kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong – Premier
KUCHING: Kuasa mutlak untuk melantik Yang di-Pertua Negeri Sarawak baharu di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. Demikian menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika diminta mengulas berhubung spekulasi pelantikan Yang di-Pertua Negeri baharu bagi menggantikan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Abang Johari bagaimanapun enggan menggulas lanjut berhubung perkara […]
Laluan Kuching-Pontianak tingkat kerjasama, pelancongan
KUCHING: Peningkatan bilangan kekerapan laluan Kuching-Pontianak setiap hari mulai 8 Februari ini membantu melonjakkan kedatangan pelancongan di kedua-dua negara. Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono berkata, kekerapan penerbangan ini akan meningkatkan kerjasama antara Indonesia dan Sarawak dalam pelbagai aspek. ‘’Pelaksanaan kekerapan penerbangan antara Sarawak dan Indonesia terutama di Kalimantan juga dapat meningkatkan […]
Pembinaan Lapangan Terbang Baharu Lawas dilaksana secara berperingkat
LAWAS: Pembinaan lapangan terbang baharu daerah Lawas akan dilaksanakan secara berperingkat, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari berkata, beberapa proses seperti pemindahan kubur dan pengambilan tanah perlu untuk melaksanakan projek ini. “Peringkat pertama melibatkan kerja-kerja tanah dan jalan raya akan dilaksanakan […]
Kerosakan tidak jejas khidmat HSA ll
SIMANGGANG: Kerosakan siling dan sistem perparitan adalah antara sebanyak 1,206 kerosakan yang dikesan berlaku di Hospital Sri Aman (HSA) ll sejak mula digunakan 1 September 2022. Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, bagaimanapun secara keseluruhannya kerosakan itu tidak menjejaskan pengoperasian hospital baharu itu. Kerosakan siling dikesan pada bahagian unit farmasi dan beberapa wad […]
Gagal siap projek ikut jadual, Klinik Kesihatan Lubok Antu ditender semula
LUBOK ANTU: Kontraktor membina projek Klinik Kesihatan (KK) Lubok Antu jenis 4 berharga yang gagal menyiapkan mengikut jadual telah ditamatkan kontrak. Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, projek berharga RM28.9 juta itu dijangka ditender semula pada Jun atau Julai tahun ini bagi mengelak dikategorikan sebagai projek sakit. Kontraktor terdahulu hanya mampu menyiapkan projek […]
