Pantau kejadian tanah runtuh, banjir, turut simpati – Premier

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) diarah memantau kawasan berisiko mengalami tanah runtuh di Miri. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, arahan pemantauan itu bagi membendung tragedi serupa di Kampung Lereng Bukit di Miri, awal pagi Rabu lalu. “Ini terutamanya di kawasan berbukit dan tanah tinggi yang terdedah hujan […]

Jalan baharu Kampung Tuie ke Suri dihubung jalan utama

SARIBAS: Projek jalan baharu menghubungkan Kampung Tuie ke Suri sepanjang sembilan kilometer (km) di sini, kini siap sepenuhnya. Projek dengan kos RM35 juta ini diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 2018. Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Mohammad Razi Sitam mengumumkan peruntukan tambahan untuk menghubungkan jalan baharu […]

53 keluarga sekitar Bintulu dipindah ke PPS

BINTULU: Sejumlah 193 mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pusat Sukan BDA Kidurong di sini setakat jam 10.56 pagi ini. Mereka daripada 53 keluarga dari kawasan terjejas sekitar Bintulu, termasuk Setinggan Sungai Plan melibatkan 107 orang. Selebihnya dari Setinggan Sungai Sebatang (38), Gem Park (29), Kampung Kemunting (tujuh), Seaview Court (tiga) dan RPR […]

GPS rakamkan takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mungkin memangil pakar dari Kuala Lumpur bagi membantu insiden tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri pagi tadi. Pengerusi JPBNS merangkap Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, gerakan mencari mangsa masih diteruskan dan sedang menilai situasi ini. “Jika diperlukan, kita akan panggil pakar dari […]

Malaysia, Qatar perkukuh kerjasama

QATAR: Yang di-Pertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah mengetuai delegasi rasmi dalam kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Qatar, Syeikh Mohammed Abdul Rahman Jassim Al Thani. Lawatan empat hari yang bermula 26 Januari lalu itu bertujuan mengukuhkan hubungan diplomatik serta memperkukuhkan kerjasama antara Malaysia dan Qatar, khususnya antara Dewan Negara Malaysia dan Majlis […]

Yayasan Wakaf Sarawak bangun masyarakat Islam, ekonomi

KUCHING: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak merupakan salah satu inisiatif memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan ekonomi negeri ini. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, wakaf bukan sahaja sebahagian daripada syariah Islam, tetapi mekanisme penting dalam pembangunan umat Islam dan penyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. “Yayasan Wakaf harus dipersetujui kabinet. […]

Sarawak cadang anjur program antirasuah peringkat antarabangsa

KUCHING: Sarawak serius dalam usahanya untuk membanteras gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa melalui penganjuran program anti-rasuah peringkat antarabangsa yang akan diadakan di negeri ini. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr. Juanda Jaya menegaskan program tersebut akan menjadi platform untuk mempamerkan komitmen Sarawak terhadap integriti, antirasuah dan pentadbiran yang cekap. “Program […]

PERKIM Cawangan Lawas giat laksana aktiviti tahun ini

LAWAS: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysi (PERKIM) Cawangan Lawas yakin akan lebih produktif melaksanakan pelbagai aktiviti pada tahun ini. Pengerusi PERKIM cawangan Lawas, Dato’ Dayang Morliah Datuk Awang Daud melahirkan keyakinan itu dan menyampaikan penghargaan kepada semua ahli yang komited menjayakan pelbagai aktiviti PERKIM sepanjang tahun 2024. “Tahun ini kita sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) akan […]

Sektor keterjaminan makanan, infra asas diperkasa

KUCHING: Sektor keterjaminan makanan terus diberi keutamaan Kerajaan Sarawak melalui pemerkasaan infrastruktur asas di luar bandar. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, 70 peratus daripada Bajet Sarawak 2025 yang berjumlah RM15.6 bilion diperuntukkan kepada kawasan luar bandar yang menumpukan sektor keterjaminan makanan dan pelancongan. “Kita telah memberikan infrastruktur daripada jalan […]