Konsul Jeneral Malaysia Davao City anjur sambutan Tahun Baharu Cina
DAVAO CITY: Konsul Jeneral Malaysia di Davao City, Deddy Faisal Ahmad Salleh dan isteri menganjurkan majlis makan malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC). Majlis tersebut dihadiri oleh rakyat Malaysia yang menetap di Davao. Penganjuran majlis itu bertujuan mengeratkan silaturahim sesama komuniti rakyat Malaysia di perantauan sambil menikmati juadah tradisional yang melambangkan kemakmuran dan kesejahteraan. […]
Warisan budaya, keharmonian kaum tunjang kekuatan negeri
KUCHING: Kepelbagaian warisan budaya dan keharmonian kaum menjadi pemacu kemajuan negeri ini sekali gus mercu tanda perpaduan dan pembangunan. Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kestabilan politik turut menjadi asas yang memangkin arus pembangunan di negeri ini. “Kekuatan Sarawak terletak pada warisan budaya kita dan keharmonian kaum yang berkekalan hingga ke hari […]
Pelbagai inisiatif bantu pesakit buah pinggang
KUCHING: Pelbagai inisiatif dirangka Kerajaan Sarawak untuk membantu pesakit buah pinggang agar golongan ini dapat menjalani kehidupan lebih bermaruah dan berkualiti. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, bantuan yang disediakan tidak hanya terhad kepada rawatan dialisis semata-mata, tetapi turut merangkumi sokongan perjalanan, pemasangan AVF serta pengagihan mesin dialisis baharu. […]
Kesejahteraan, kebajikan rakyat jadi keutamaan kerajaan
KUCHING: Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) mencerminkan usaha kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat Sarawak. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, melalui inisiatif murni ini, sebanyak RM460 juta diperuntukkan di bawah program SKAS yang memberi manfaat kepada kira-kira 800,000 penerima. Katanya, langkah ini bukan sahaja […]
Kerajaan GPS tidak bercakap kosong
KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah membuktikan apa yang dicakap akan dilaksanakan bagi memastikan Sarawak mengecapi manfaat sumber gasnya daripada hanya mengeksport ke luar negara. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sr Abang Johari berkata, dengan siapnya loji gas pertama di negeri ini, Sarawak telah membuktikan dapat menjayakannya seperti yang diusahakan oleh syarikat besar. Dalam […]
Kampung Santubong lokasi projek perintis program saringan kanser serviks
KUCHING: Sarawak kekal sebagai antara negeri dengan kadar insiden kanser serviks tertinggi di negara ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, melalui program saringan HPV DNA dari tahun 2019 hingga 2024 seramai 45,313 wanita di Sarawak menjalani ujian ini yang mampu mengesan jangkitan sehingga 10 tahun sebelum menjadi kanser. “Walaupun […]
Yayasan Sime Darby bantu laksana projek berimpak di Sarawak
KUCHING: Yayasan Sime Darby akan terus melaksanakan pelbagai projek berimpak tinggi di Sarawak melalui pelbagai industri yang mampu membantu memperkasa komuniti di negeri ini. Pengerusinya, Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar berkata, sehingga kini Sime Darby telah menyalurkan sebanyak RM60 juta ke Sarawak melalui yayasan tersebut dengan tiga penyumbang terbesar iaitu Sime Darby […]
Mesyuarat MT Parti PBB sahkan semua jawatan tertinggi dikekal
KUCHING: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengesahkan lima jawatan tertinggi parti itu tidak akan dipertandingkan semasa Perhimpunan Agung Parti PBB Ke-16 pada 14 hingga 16 Februari ini. Setiausaha Agung Parti PBB, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi berkata, jawatan utama itu adalah Yang di-Pertua, dua Timbalan Yang di-Pertua dan dua Naib Yang […]
Program PERANTIS sasar lahir 100 tokoh wanita di Sarawak
KUCHING: Program ‘Women in Orange Economy’ (PERANTIS) 2025 menyasarkan untuk melahirkan 100 tokoh wanita dalam pelbagai bidang, menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri. Ujarnya, usaha ini bertujuan memberi peluang kepada wanita muda untuk menyerlahkan kreativiti dan keupayaan mereka dalam pelbagai bidang, termasuk politik dan ekonomi. “Di Sarawak dan seluruh Malaysia, […]
448 penduduk Daro berjaya daftar SKAS
DARO: Seramai 448 orang penduduk daerah ini berjaya mendaftarkan aplikasi S Pay Global dan Sarawak ID melalui Program Engagement Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang berakhir hari ini. Program bermula sejak 24 Januari lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk Daro. Pejabat Daerah Daro menyediakan 20 kaunter di 11 lokasi sekitar daerah itu termasuk kawasan pesisir […]
