20 ahli MACMA terima sumbangan zakat Ramadan
BINTULU: Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Bintulu akan terus berusaha menyantuni komuniti Cina Muslim di sini melalui program kebajikan. Pengerusi MACMA Cawangan Bintulu, Norhayati Abdullah berkata, antaranya program sumbangan zakat Ramadan yang membantu meringankan beban golongan yang memerlukan. “Saya berharap sumbangan yang disampaikan dapat membantu penerima menyambut Ramadan dan Syawal,” katanya. Beliau berkata demikian […]
Program saringan perkembangan manfaatkan 1,800 kanak-kanak prasekolah
KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan RM1.9 juta bagi melaksanakan program saringan perkembangan digital dan intervensi awal kanak-kanak di prasekolah SeDidik. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata program ini juga membantu peralihan kanak-kanak dari Pusat Intervensi Awal Kanak-Kanak Sarawak (OSEIC)ke tadika aliran perdana, dengan tiga kanak-kanak berjaya melakukannya pada 2025. ‘’Program […]
Konflik Timur Tengah beri kesan pada pelancongan Sarawak, jika berlarutan – Abdul Karim
KUCHING: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berharap konflik yang berlaku di Timur Tengah tidak berpanjangan. Beliau berkata, jika konflik yang sedang melanda Timur Tengah itu berpanjangan memberi kesan terhadap industri pelancongan Sarawak termasuk penganjuran Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) yang dijadual berlangsung pada Jun ini. “Semua […]
SAIC tandatangani MoU dengan Llamalitica
BARCELONA: Sebuah syarikat pakar dalam penyelesaian kecerdasan buatan (AI) untuk sektor jagaan kesihatan, Llamalitica dan Pusat AI Sarawak (SAIC), menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU). Perjanjian itu untuk bekerjasama membangun dan melaksanakan peralatan AI bertujuan meningkatkan penyampaian dan membaiki mutu jagaan kesihatan masyarakat di bandar dan luar bandar. Perjanjian strategik itu selari dengan agenda memperluaskan transformasi digital […]
2026 ‘Delivery Year’, realisasikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan Sarawak
KUCHING: Tahun 2026 disifatkan sebagai ‘delivery year’ bagi Kerajaan Sarawak bagi merealisasikan penyampaian perkhidmatan serta memastikan perancangan pembangunan negeri diterjemahkan kepada hasil dan dirasai oleh rakyat. Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, ini khususnya di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) “Tahun ini merupakan […]
TYT, Premier Sarawak hadiri Majlis Sungkei Perdana 2026
KUCHING: Barisan pemimpin tertinggi negeri turut sama mengimarahkan bulan Ramadan dengan menyertai Majlis Sungkei Perdana 2026 yang diadakan di Surau Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya, malam tadi. Majlis dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Turut hadir pada […]
Perkukuh pembudayaan Al-Quran, 10,000 mushaf diedar ke seluruh Sarawak
KUCHING: Sebanyak 10,000 naskhah mushaf wakaf diagihkan ke seluruh Sarawak menerusi Majlis Agihan Mushaf Wakaf Bahagian Kuching sebagai inisiatif membudayakan dan mengembangkan ilmu Al-Quran. Majlis keberkatan ini diadakan di Dewan Majma Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, di sini hari ini, di bawah seliaan Majlis Islam Sarawak (MIS) yang dilaksanakan oleh Pusat Pengembangan Al-Quran Darul Hana […]
Pelbagai aktiviti imarahkan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak 6 Mac ini
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Pengelola Majlis Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak di kediaman rasmi beliau, di sini. Kunjungan diadakan hari ini diketuai oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul […]
Memacu ekonomi jadi fokus utama DUN Tanjong Datu – Azizul
LUNDU: Seramai 52 ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tanjong Datu dan 34 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) menerima sumbangan Aidilfitri, di sini, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menyempurnakan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu. Azizul berkata, fokus utama pembangunan akan […]
Juh Sungke @ Lundu bakal diadakan 7 Mac ini, orang ramai dijemput hadir
LUNDU: Program Juh Sungke @ Lundu bakal menghimpunkan masyarakat dalam majlis berbuka puasa secara santai dengab penuh pengisian pada 7 Mac ini di Centexs Lundu. Program yang dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik itu bertujuan mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat kebersamaan sempena bulan Ramadan. Antara pengisian yang disusun termasuk kaunter bayaran zakat […]
